t>

Breaking News

Melodi : Kenapa melodi fitnah maher zain?

Ini adalah surat pertanyaan terbuka kepada team Melodi. Semoga team Melodi boleh menerima baik segala kritikan membina daripada aku yang memang ikhlas nak maki hamun melodi.

Tujuan aku sound melodi neh tak lain tak bukan ialah sebab melodi telah fitnah maher zain dengan membuat vitie yang berniat jahat untuk menjatuhkan karektoristik maher zain. Vitie terbabit akan diupload kelak oleh admin maher zain fanpage malaysia. So ble dia dah upload nanti aku tumpang edarkan vitie terbabit lah.

Sebagai peminat2 lagu dakwah macam neh memang aku tak puas ahti cara melodi menfitnah dan menjatuhkan nama baik Maher Zain. Sedari seminggu yang lepas aku tengok melodi dan utusan berniat jahat dengan meletakkan tajuk2 yang berniat untuk membunuh peribadi maher zain. Aku tak tipu. Boleh tgk bawah neh, aku sempat captured meskipun internet aku ketika itu lemau nak mampus akibat jajahan maxis yang tak menyeluruh.



Dah nampak apa yang aku tayang? Untuk pengetahuan korang, bukan itu sahaja, menerusi group melodi aku sempat printscreen satu kenyataan berniat jahat untuk memburukan imej maher zain. tgk sini


Boleh tengok jawapan daripada admin page maher zain sendiri kat sini berhubung isu di atas. Asas kepada rasa tidak puas ahti aku neh sebenarnya mcm neh ;

1. Melodi ada wat montage/preview pasal Maher Zain mungkir janji, buat vitie dengan muzik yg semacam boleh menimbulkan persepsi serong.

2. Tajuk dia plak tue agak panas.. mula2 dia kutuk Maher Zain besar kepala lah apa lah peh tue dia tanya Maher Zain neh bangun lambat ke apa? Apa dia ingat Maher Zain tak bersolat mcm dia ke? Ehh.. [enh ter-lepas cakap plak, kalau solat baguslah weh]

3. Dua tiga kali wartawan melodi dok ulang2 tak silap aku, Maher Zain mungkir janji la, bangun lambat, hipokrit lah, lebih kurang gitu tp mmg agak melampau lah kenyataan dorang tue sebab dorang dok wat vitie2 yg tak sepatutnya, sepatutnya ko tulis lah tajuk biar terang, mcm MELODI TANYA, ARTIS JAWAB ke apa ke, bolehlah kita terima neh tidak masuk2 vitie terus wat kenyataan panas yg boleh menimbulkan persepsi serong terhadap Maher Zain, ini boleh menyebabkan org bengkek ngan wartawan melodi even sebelum isu Maher Zain pun dah mmg ramai yang bengkek ngan melodi tue.

4. Memang Maher Zain jawab steady aku puji. Tapi masalahnya aku rasa wartawan melodi neh dah besar kepala, bangun lambat dan jarang di sound secara direct dan berapi.

5. So ini adalah salah satu kesempatan yang aku amek untuk sound team melodi tanpa tapisan kata2.

6. Selama neh aku tgk melodi mmg hebat wat citer2 utk merosakkan rumah tangga orang, daripada kes berpisah sampailah kes bercerai berai, maki hamun seme melodi cover atas nama peminat ingin tahu.

7. Pernah ke melodi wat review ataupun research at least secara online betul ke peminat benar2 ingat tahu kisah artis bercerai berai neh?

8. Nak naikkan rating? Ada mcm2 cara, aku rasa cara korang neh membuatkan rating melodi jatuh menjunam. Citer dia simple, ko siar aku tgk. Aku pun takde  plan nak tgk, selalunya aku tekan2 tv ble tertengok rancangan melodi yang sedang terjah menerjah rumahtangga mmg aku tgk, siyes. Tak pun mcm contoh kes maher zain, aku tahu pasal korang wat propa menerusi tv3 time iklan so aku mmg tunggu sebab nak tahu korang kutuk maher zain apa.

9. Melodi korang wat citer pasal artis mmg hebat, tetapi kenapa korang tak terapkan unsur2 dakwah artis? Maksud aku, korang dah tahu artis berpakaian tak sopan dan sebagainya kenapa korang tak amek alternatif dengan dakwah artis2 tersebut? Setakat kutuk2 artis aku pun hebat, , malah lagi hebat dari melodi, tetapi apa yg aku dapat dengan kutuk mengutuk artis?Aku tak dapat apa, tapi kalau aku kutuk pun logic sense lah juga sebab aku tak deal dengan artis tue secara direct, ini berbeza dengan team melodi, korang berhadapan dengan artis tue so why not amek langkah mendakwahkan artis menerusi melodi? Aku rasa rating melodi mesti meletup2 berapi punya.

10. Pernah korang tgk rancangan gosip artis yg membawa pendekatan yg berbeza? Maksud aku pendekatan dakwah? Cuba jgn hanya pandai copycat rancangan2 mat saleh seperti mentor lah kamilah bintanglah apa kejadahnya semua2 tue yg aku tak hafal sangat nama2 rancangan tue, sebaliknya cubalah cipta kelainan sket. Macam aku katakan tadi, cuba mendakwahkan artis menerusi melodi, kalau takde idea boleh minta kat aku, aku ada banyak cara utk mendakwahkan artis2 kat malaysia neh samada mereka rela ataupun dipaksa, aku no hal.

11. Kesimpulannya kalau melodi nak wat citer, tolong wat citer dengan jujur. Korang wat citer2 propa utk naikkan rating buat apa? Benda tue ibarat korang jual fitnah utk dapat nama, apa fitnah tue adalah salah satu bentuk product masakini utk mencari rezeki ke?

12. Memang betul kalau korang nak kata aku terlalu membela Maher Zain pun aku no hal. Artis2 dakwah neh aku mmg suka dan sayang. Aku yg tak sayang artis2 mcm fasha sandha yang lebih banyak merapu, mengarut dan meroyan je.

13. So melodi kalau korang berani aku cabar korang jawab dengan kejujuran. Kalau setakat jawab depan tv berapi2,  beria2 nak menang sampai mampus apa de hal? esok mampus mengadap Allah swt bukan mengadap tokey media prima yang bayar gaji korang. Heh

76 ulasan

syahir berkata...

kalau pasal tajuk , aku rasa blog ni pun perlu ubah taktik. Bukan ape, memanglah tengok tajuk2 yg ko buat memang sensasi ,dan membuat pembaca ingin baca , tp taktik ni lebih kurang sama je dengan Utusan tu . Macam "Pijak AlQuran ialah rahmat Allah", "anak Nik Aziz kantoi bersosial" .Memang isinya ade kebenaran , tp aku rasa bende2 centu xpatut dibuat gitu . Maaf kalau salah faham

Nisha berkata...

Assalamualaikum,
Smoga teguran anda sampai pd pihak melodi. Mmg diorg dah melampau dgn soalan2 yg ditanya,sampai naik meluat nak tgk.
Kasar sungguh....lagi hampeh bab interview MZ...english si interviewer tu berterabur~ sebaiknya, hantar la rep yg leh berbahasa bgan btol. ish ish. Seb baik MZ leh fhm & mmg salut cara MZ jawab. Mau tak terdiam ngan jawapan ;its between me and Allah!

khairunnisa' berkata...

sampai hati memburukkan artis yang penat-penat datang sini dengan niat baik..saya sangat setuju dengan post ni..semua orang pun ada cara masing-masing kemukakan pendapat..jadi, kalau ada yang terasa itu masalah dye orang..kita hanya tulis tentang kenyataan..teruskan usaha anda! ganbatte!

princess berkata...

kah3 amek ko melodi...!!
org dtg dgn niat baik utk berdakwah...sedap2 je kata mcm2 kt our bro...
walaupn aku xtgk MELODI tp fan MZM ade cite buat aku geram gk..ape kes cari pasal ngn bro MZ..
semoga bro MZ xmenyesal ckp 'malaysia is my 2nd home'
malu beb kalau dia ckp menyesal..!!!

linda berkata...

teruklah rancangan tu sebab fitnah MZ.lain kali iasat lah betul2 baru nak terjah2 orang..memang xpatut mereka buat macam tu...syabas admin kerana berani meluahkan pendapat anda...

khairunnisa' berkata...

aduhai melodi neyh..bro MZ dah penatdtg cneyh..sambutlah dgn baik..dah la dye ske giler kt org m'sia..nape ade lak yang nak cakap buruk sal bro ni?? jaattttt!!!!

anonymous berkata...

setiap org wat kesalahan..kalau maher zain salah, mengaku jela salah...korg pun xpayahla backup dia...

n melodi pun satu...suke porak perandakan org...dlm hal ni aku x sokong sape2...mmg maher zain xdtg masa nasi lemak kopi o..so..mmg salah dia la..dhla x inform pape..dia bgn lmbt ke apa ke..tu mslh dia la..yg korg nak kutuk balik melodi punye pengacara pehal plak..ko ingt maher zain tu nabi ke ko puja2 sgt...sume org wat kesalahan...
kalau x setuju dgn melodi...sape suruh tgk..korg tgk..korg naikkan rating dia..so setiap tahun melodi tu ada..sbab korg jugak yg berminat nak tgk...so..fikir2 kanla...

alisabki berkata...

"Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh”.

Anonymous berkata...

mcm bodo je aq tgk mamat yg post time 18:06..aq xtaw nk ckap pe..tp..ko mmng cam bodo..xtaw sal aq ckap cmni..

khairunnisa' berkata...

xde yg ckp mz tu nabi pown..tp, rancangan2 gni, alang2 dh famous semalaysia, nape x gne utk dakwah jek? hdup kt bumi ni sampai bila2 ke? dh x yah kumpul amalan lgi ke? x amek inisiatif ckit pun nk dakwah. kre ok la bro tu dh taw pe nk buat. yg kte neyh? dah wat pape ke? "org2" di luar dah siap ready2 lagi nk sambut dajjal dtg..kte neyh? mseh ngan kejahilan yg x berkesudahan..bila org ckp mende bek dgn cara yang kite x berkenan ckit, mulalah nk melatah..camni je la..klo ske, telan..x ske, tinggal..yg pntg, stp org islam itu ada tanggungjwb masing2 dlm sebarkan islam. klu dpt ikut cre yg dianjurkan Rasulullah lgi berkat. jgn nyesal kelak klo dh dsoal di sana. apepown, keep on writing..sye mseh brani dok lam ni..hahah..

far-east berkata...

salam...sbenarnya klu kta x tengok btul2 melodi memang kta akan memaki hamun sbb x tau cerita yg btul. tp, klu maher zain jawab dengan jujur dan terbukti yg katanya tu benar, confirm melodi akan malu sndiri sbb pepandai je buat cerita.. tp klu sebaliknya..allahualam

anonymous berkata...

reply to 1822
aku xckp aku nak baking sape2....bagi aku dua2 salah..biasala tu...n setiap org ada pendapat sendiri...n aku respect setiap org punye opinion...kalau ko nak kutuk aku..amin...aku terima je...
thanks sbab panggil aku bodo...semoga tuhan akan memberkati anda...

isaac ismael berkata...

to admin of this blog:ameno world.

keep up the good work bro..
melodi mmg suxs..
bro mmg superb.

Anonymous berkata...

aku rase tv3 ni skang byk unsur2 freemason la...korang tgk la nti kat AJL...tapi aku taktau la....ni pendapat aku je....

Anonymous berkata...

mmg betollah melodi ni satu wadah direct dari yahudi israel yg mmg nk menghancurkan melayu@muslim kat malaysia nih..

Melodi Kaki Fitnah berkata...

To

anonymous
January 2nd, 2011 at 18:06

dan

anonymous
January 2nd, 2011 at 19:42

Dua-dua salah?
Tahu kes sebenar?
Dalam kes ni salah Melodi sebab Mz xdatang ke NLKO adalah misscommuncation antara NLKO ngan MZ.
Melodi salah sebab main tuduh saja.

hani berkata...

Assalmualikum,

terpanggil tuk wat kenyataan psl isu Maher Zain

Kadang2 heran gak ngan orang melayu kita ni.Wat baik pun dipandang serong.

Cuba kita lihat mcm mana penerimaan orang luar pada nasyeed kita ( melalui kmpln Raihan )Diorang xder pun kutuk2 pendawah islam kita macam mana kita memburuk-burukkan pendakwah luar.

Bagi aku,xelok apa yg dah Melodi wat kat Bro MZ kita.Sepatutnya diorang sokong hijrah dan pendekatan yg Bro MZ wat,bukannya mencari n sebarkan aib orang.

Lebih baik kita sokong MZ yg berhirah ke arah kebaikan dari menyokong Adam Lambert,Justin Bieber,Lady Gaga etc yg blm tentu ujung pangkalnya.

P/S : Open your eyes!...MELODI!

Anonymous berkata...

assalamualaikum..
sy stuju dgan masalah maher zain itu..cuma,sedikit teguran dari saya..menegur kesilapan orang adalah baik,tapi biarlah berhemah,biarlah ada sntunnya..jgnlah berkata kasar macam ni..kita maki hamun orang,guna bahasa kasar,itu bukan cara islam.dalam masa yang sama kita menegur orang tidak beradab,kita juga lakukan benda yang sama.kita mengata melodi buat fitnah,mengata maherzain,memalukan maherzain..tapi kita juga sedang lakukan perkara yang sama.dalam masa yang sama kita dah mencerminkan imej yang buruk pada islam.xsalah mnegur,tapi biarlah ada kelembutannya.ada hikmahnya.teguran macam ni bukanlah mendatangkan penyelesaian,tapi hnya mndatangkan kemarahn..lebih mmbuatkan perkara ni mnjadi makin teruk.
lihatlah contoh terbaik kita,Rasulullah saw..macamna cara Rasulullah..pernahkah baginda menenking dalam berdakwah..hebatnya baginda,apa sekalipon tindakan jahat orang sekeliling tidak skalipun baginda memaki hamun,membalas kembali perbuatan buruk itu..tapi apa yg dibalas rasulullah??rasulullah membalsnya dengan kebaikan,mendoakannya kembali,memohon kepada ALLAH ampunkan dosa mereka..akhlak yang macam tu lah kita nak cerminkan..barulah islam dipandang mulia..sekadar teguran~wallahualam~~

Budak comot nak cakap ; berkata...

Zaman-zaman aku layan melodi dah LAMA BERLALU. Syukur aku dah tak layan program macam tu. Tak sangka diorang boleh kutuk sewenang-wenangnya Maher Zain. Yes. Maher Zain manusia. Nak puja lebih lebih pun tak boleh. Tapi kita hormat dia as human juga laa. Tak boleh lah terus buat fitnah. Aku nak cakap, aku datang konsert maher zain. 17 oktober tu. Chill je. maher zain okay je layan fans dia. Tak tahu macam mana boleh ada cerita macam tu pasal maher zain. Bak kata PRINCESS, harap-harap dia tak menyesal lah cakap Malaysia ni second home dia. Serious. Aku tabik dengan maher zain.

and melodi, makcik aku pernah cakap ;

MELODI SEKARANG AND MELODI DULU, LAIN BEBENOR.

aku setuju cakap makcik aku tu. nak tahu kenapa?
-Intipati dia tak seperti tajuk.

ini kan MELODI. bukan PARODY!

Faham? bagus. Alhamdulillah :)

Abdul berkata...

MELODI CAN GO TO HELL !

Abdul berkata...

Pernahkah Melodi berjuang untuk Islam? Aku pernah menonton Maher Zain menyanyi lagu Islam secara live dan aku merasa kagum dengan Maher Zain dan lagunya yang indah !



Melodi ...apa itu Melodi? katak musim hujankah?

Abdul berkata...

Selama ini kita menyangka Zionis sahaja menentang Islam. Melodi juga bersikap anti-Islam apabila Melodi cuba mengaibkan Maher Zain yang merupakan penyanyi lagu Islam yang hebat yang telah berjaya menarik perhatian orang Islam dan orang bukan Islam untuk menghampiri Islam.



Apakah sumbangan Melodi terhadap Islam?

alihassan berkata...

dorang kata urusan maher zain dengan Allah tentang ikhlas tak ikhlas. Dorang yang dok cucuk cucuk tabur fitnah buat cerita bukan bukan solat entah jaga tak jaga, tak de pulak dorang pikir camna nak jawab depan Allah nanti. Saya paling tak suka bila saudara seislam saya yang ada niat baik dituduh difitnah tanpa sebab.

Zuan Melodi Tv3 berkata...

Adalah tidak adil meletak pos facebook sy di atas..kerana ianya adalah ttg konsert pertama MZ di Malaysia..apa yg blog ini nak kutuk adalah ttg kehadiran MZ buat kali kedua di Malaysia yg di provokasi oleh rakan wartawan sy dan bukannya sy.
Utk pengetahuan umum,sy adalah antara pengamal media yg memberikan publisiti POSITIF kpd MZ pada showcase yg pertama MZ di Malaysia.Sy begitu mrnghormati MZ kerana sy sempat berbual dgn MZ selama 7min sewaktu sesi temuramah dgn MZ...
Apa yg ingin sy katakan disini adalah sy meminta admin blog ini pautkan link yg sebetulnya dgn apa yg kamu nak bangkitkan,dan bukannya pautkan link yg tidak ada kena mengena dgn sy..kamu paparkan nama dan gambar facebook sy krn kamu tidak berhati2 dlm membuat research,kamu dptkan link yg betul dan kamu pautkan,dgn itu sy tidak akan marah...
Saya harap kamu semua tidak salah org krn sy hanya membuat intvw dgn MZ pd sesi pertama MZ di Malaysia..bukan pd ahad lps..tidak adil kalau sy dipersalahkan krn sy juga salah seorg peminat maher zain.
Mohon ditukar pautan di atas utk mengelakkan tindakan yg seterusnya...

Ameno World berkata...

Iskh.. wartawan melodi dah marah ya, baiklah tunggu saya jawab kasi terang supaya kamu faham maksud sebenar saya.

Zuan Melodi Tv3 berkata...

Sy ingin memetik kata2 saudara abdul di atas...apa sumbangan melodi pada islam...
Apa yg awak nampak di melodi sememangnya bukan rancangan dakwah , melodi lebih kpd rancangan hiburan..jadi semua jenis muzik filem teater termasuk dlmnya skali..
Sy ingin bertanya kpd anda,anda jgn tanya apa yg melodi buat ttg islam,sebalik sy nk bgtau apa yg sy buat sebagai wartawan melodi kpd anak2 seni yg memperjuangkan nasyid..sy telah beberapa kali membuat laporan yg positif ttg kumpulan2 nasyid spt raihan,inteam dan byk lagi..sy juga telah membuat laporan ttg raihan dan genius aulad yg telah menggembara ke australia Dan bagaimana ianya telah diterima baik oleh masyarakat islam di sana..melodi telah menyiarkan pelbagai laporan yg juga membantu menyelesaikan masalah rumahtangga...org kata melodi melaga2 suami isteri nk bercerai,tapi anda taktahu yg pasangan tersebut dah pun bercerai dan tak mahu ke mahkamah utk lafaz sah,apa tugas melodi di sini?kami melaporkan isu ini sehingga pasangan tersebut tampil kr mahkamah n mengelak maksiat berlaku...
Ramai artis yg beragama islam ditipu oleh organizer beragama lain,kami juga tolong kupaskan...isu kes rasuah dan kes aniayi,juga kami tolong..
Apa yg org tak faham di sini adalah ttg provokasi ataupun soalan2 kami..provokasi itu adalah salah satu cara utk menyiasat,pihak berkuasa juga melakukan provakasi..begitu juga peguam bela dan peguam cara..mereka mengikut cara mereka sendiri..takkan ada org nak dptkan penjelasan dgn tanya baik2,sudah tentu tiada rahsia tersirat akan terbongkar...anda fikir2kan lah...
Dan kalau anda tanya kami kenapa tak tegur artis yg pakai seksi dan menjolok mata,kami dah tegur dan akan terus menegur,namun mereka tak makan saman..kalaun kerajaan malaysia tetapkana syarat,pasti mereka akan ikut...kami bukannya ada kuasa yg besar utk menegur atau menyelesaikan kes,cuma kami membantu secara tidak lgsg...
Sy turun ke blog ini dgn memberikan penjelasan adalah krn sy mahu anda semua faham situasi ini..dan jgn sesekali mengatakan bhwa KAMI MEDIUM DARI YAHUDI...kerana sy juga pejuang ISLAM,sy bersedia utk menjadi tentera ALLAH dan melawan Dajjal dan konspirasi nya pd umat Muhammad SAW..saya tahu halal dan haram dlm Islam,namun begitu tiada manusia yg sempurna melainkan Rasul Allah SWT...sama2 kita renung2kan utk kebaikan semua..

Zuan Melodi Tv3 berkata...

Saudara ameno..sy tak marah org nak menghentam melodi atau apa,tetapi awak dah tersilap org..bukan sy yg buat laporan isu maher zain tak berdisiplin di melodi ahad lps,tetapi awak gunakan pautan yg ada nama sy di atas itu..sy tidak mahu org salah paham dgn tindakan awak ini.
Sy intvw maher zain pd showcase yg pertama dan bukan yg keluar di melodi ahad lps...mungkin awak lupa yg sy stelah memberikan publisiti yg positif pd beliau...

Aku bdak bnci melodi berkata...

melodi nih btol2 zzzzzzzzz. x gune. dlu laen, sdap ditgk. tpi skrg melodi buat provok lak, cam cibai la krew melodi tu.

Zuan Melodi Tv3 berkata...

Awak kata sy ada anasir yg nk jatuhKan MZ???awak tahu tak pihak media tak dibenarkan Merakam apa2 footage pd shOwcase berkenaan?sbb itu sy explain yg penganjur tak benarkan...takkan itu pun dianggap salah?dah penganjur tak benarkan sy rakam apa2 dan peminat maher zain bertanya kenapa tiada story ttg showcase maher zain yg prtama di shah alam,dan itu lah jwpan sy...subhannallah,siapa yg fitnah siapa skrg ni?

Zuan Melodi Tv3 berkata...

Saudara ameno,sy hanya nak tahu knpa kamu fitnah sy nak menjatuhkan maher zain?awak dah silap letak pautan,dan awak dah silap org...
Itu adalah wartawan yg satu lg..takkan awak tak reti bezakan org yg intvw maher zain dlm melodi ahad lps?kenapa awak membabitkan sy yg MEMBERIKAN GOOD REVIEW PD MZ YG KENA?
Kalau awak masih tak faham,tak mengapa lah,semoga awak diberkati ALLAH krn menfitnah sy.
Yang pastinya jgn biarkan diri anda menjadi mangsaaaa BIKIN PANASSSSS

Anonymous berkata...

damn to melodi jgn la nk memecah belahkan rumah tangga org dan jgn la fitnah2 dan jgn fitnah maher zain dan kutuk dia.....dulu aku ade tgk gak melodi sbb nk tgk klo ade cite pasal karya2 indie band,tp payah nk ade dan kadang2 xde langsung.....huhuhu....skunk ni aku xtgk dah syukur......asyik buat cite bengong dan syok sendiri je hampeh......

kerikil kerikil tajam berkata...

zuan meloditv3 ko ke wartawan yg macam bagus tu program terjah xsilap aku....ko ni mmg hampeh la........

Zuan Melodi Tv3 berkata...

Silap org bro..program terjah org lain..

Anonymous berkata...

akhirnya orang melodi rasa balik apa yg diorang buat kat orang.camana rasa cili?pedas?orang luar datang sini nak berdakwah,korang kutuk.artis2 barat yang kurang akhlak,datang buat persembahan,korang puja,puji melambung.korang kan Islam.camana nak tegakkan Islam kalau umat nya pun xsokong Islam.

Anonymous berkata...

to~Zuan Melodi Tv3
tlg la smpaikn kt melodi eh..sy mmg tgk mlodi ahd lps.mmg agk x beradab wrtwn tu.sy yg tgk pon geram.xptutla melodi wt cmtuh..melodi x tw ppe tp da tuduh2 maher zain.pstu nk prtikai pe yg maher zain ckp "it's between me n Allah".hanya Allah je yg tw niat seseorg.btula pe yg MZ ckp..dia niat nk prjuangkn Islam.bkn nk back up MZ ke ape tp nmpkla kurg sopan sgt pe yg d siarkn kt melodi mstu..

pahlawandunia berkata...

terdapat satu hadis dan crita dy lebih kurang cmni la,

pada ktika itu, seorg shabat sdg terdengar pasangan yg belum berkahwin sedang berzina, lalu dy berjumpa Rasulullah dan ingin menerjah pasangan zina tersebut...namun begitu, baginda melarangnya...bukan sebab BERZINA itu dibenarkan, ttp, KITA ADALAH DILARANG SAMA SKALI MASUK CAMPUR DALAM HAL EHWAL 'PRIVACY' ORANG LAEN...dan BERKENAAN NGAN SAKSI ZINA, saksi itu tidak spatutnya trus menerjah membabi buta...konsep ni salah dlm ISLAM...4ORANG SAKSI BERKENAAN SPATUTNYA MEMANGGIL PASANGAN TERSEBUT KLUAR DAN BUKAN TRUS MENERJAH...MY POINT IS, MELODY AS WELL AS THEIR CREW(ORANG2 YANG BERSUBAHAT) HARUS BERHENTI MASOK CAMPOR DALAM HAL EHWAL KLUARGA ORANG LAEN DAN TRUS MNYEBARKAN BRITA YANG MEMALUKAN TENTANG ORG TERSEBUT!!!

P/S: KHAS UNTUK ZUAN, JAUHKAN LA DIRI ANDA DARI TEMPAT2 YANG BOLE MEMUDARATKAN ANDA DAN TERUS MENJADIKAN DIRI ANDA ANTARA ORANG2 YANG "BERSUBAHAT". DOSA ORG YG BERSUBAHAT ADALAH SAMA SPT DOSA ORG YG MELAKUKANNYA...BIAR PUN AWAK CKP AWAK DAH MNEGURNYA, TAPI MASI BERADA DI BAWAH MEREKA, ANDA MASI DIKIRA SBG "BERSUBAHAT"!!!!HIDUP KITA ADALAH SMENTARA, BERHATI-HATI LA!!!

~unknown~ berkata...

agree wif pahlawandunia

rsenye melodi xptut msuk cmpur hl rumh tangge.mengaibkab.lagi pon artis ni bkn spe2 pon yg prlu dsiarkn pkare2 yg trjadi kt dorg.kdg tu mslh yg xprlu dhebohkn mlodi akn mengeruhkan keadaan.bia artis2 sndiri slesaikn ape yg ptut d buat.dan buknnye menghebohkan pkare2 yg rsenye masyarkt xprlu thu

kairulizwan berkata...

bro zuan..brenti je la keje dgn melodi tu..rezeki kt memana ada...maybe kalo ko di tmpt lain rezeki ko lagi berkat kot..ko keje interview org ni senang dpt susah..kalo silap skit dunia akhirat nk kene jawab..amacam..berani tngglkn comfort zone ko tu..rasanya ko lagi suka duit gaji ko kot...

Anonymous berkata...

mmg da merapu melodi skrg nih...komen2 kebyknnye da di edit dlu bru publish....kdg2 tu rse x logik je...tgh2 artis tu berckp tup2 bunyi lain mcm lak..seolaah-olah mcm ada perkastaan yg di potong...korg perasan x??

anon berkata...

perghhhh!!! melodi rerun ptg ni takde tunjuk langsung citer MZ. takut la tuh... lagi tayang, lagi ramai la yg akan menyampah kat melodi.

p/s: zaman tgk melodi dah berlalu. ni tgk pun konon2nya nak tunggu citer pasal MZ, tapi dah kena potong plak.

warmcherryhouse berkata...

zuan melodi tv3 apa kata ko suruh melodi buat cite yg bermaruah skit xelok le buat cite terlalu exstream cam sebelum ni dan aku nasihat kt ko dan wartawan melodi yg lain tolong jgn terlalu over nijust nasihat ok....dan pasal maher zain jgn la terus menghukum die........peace

Anonymous berkata...

sedangkan nabi ampunkan umat~apatah kita,hnya insan yg hina..jgnlah trus mghntam zuan tv3..cukup2lah tu..setiap orang xpna terlepas dari mlakukan ksilapan..seandainya benar itu adalah salah zuan tv3,anggaplah itu kesilapn yg dia pnah lakukan...jgn terus mghntam,mghina,but bantulah dia..pada zuan TV3,pe yg mereka katakan tu ada benarnya..melodi sekarang semakin teruk..sampaikan ustaz di tempat saya belajar ni xmmbnrkan tgok melodi..sometimes fitnah tercetus,ada kalanya mngaibkan org..ingatlah mmbuka aib orang juga 1 dosa..n pada zuan tv3,carilah kerja lain..yg mgkin rezekinya lbih berkat..waalahualam

shinkai jiraiya berkata...

ape pun semua kru melodi tu agen syaitan......agem adu domba....ingat lah.....bukan ckap kosong, tp dgan sikit ilmu yg ada ni la aku bcakap......Melodi ni salah satu rancangan yg direncakan syaitan dan korg penggeraknye....ingat sikit hukum Allah....

shinkai jiraiya berkata...

bertaubat lah zuan.....kamu dah jauh dari Islam.......

Abdul berkata...

Jawapan untuk Zuan Melodi Tv3:



Zuan: melodi lebih kpd rancangan hiburan..jadi semua jenis muzik filem teater termasuk dlmnya skali


Abdul: Hiburan adalah dibenarkan selagi ia tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam. Hiburan yang melalaikan manusia atau merangsang atau menimbulkan kemungkaran, maksiat, fitnah, godaan atau memberikan mesej negatif adalah haram.


Zuan: sy telah beberapa kali membuat laporan yg positif ttg kumpulan2 nasyid spt raihan,inteam dan byk lagi..sy juga telah membuat laporan ttg raihan dan genius aulad


Abdul: Semoga Allah membalas kebaikan saudara dan menjadikan saudara seorang Muslim yang lebih baik.


Zuan: Ramai artis yg beragama islam ditipu oleh organizer beragama lain,kami juga tolong kupaskan…isu kes rasuah dan kes aniayi,juga kami tolong..


Abdul: Jika artis-artis itu beragama Islam, mengapa mereka menderhaka kepada Allah dengan berkelakuan, bercakap dan melakukan pelbagai aktiviti yang bertentangan dengan ajaran Islam? Artis yang mengaku beragama Islam sepatutnya tidak terlibat dengan aktiviti kemungkaran. Adakah saudara akan mendapat pahala atau dosa jika saudara membantu kemungkaran mereka?


Zuan: Apa yg org tak faham di sini adalah ttg provokasi ataupun soalan2 kami..provokasi itu adalah salah satu cara utk menyiasat


Abdul: Tidakkah saudara tahu bahawa provokasi Melodi boleh menjatuhkan maruah orang seperti Maher Zain? Tolong tunjukkan saya mana-mana ayat Qur'an atau hadith yang membenarkan Melodi memprovoke orang sehingga orang ramai memandang serong terhadap mangsa provokasi Melodi !



Peringatan untuk Melodi:

"Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebahkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan mendapat azab siksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang sedemikian). Surah An-Nur ayat 19

vervain berkata...

panas2....baru xsenang duduk geng melodi.... salah satu dosa besar..."membuka aib sesama saudara islam".......

kaki gelak berkata...

kahkahkahkahkahkahkahkah

padan muke ko!!!

hahahahahahaha

len kali jgn nk tegak kn benang yg basah..

hehehehehehehehe

mustafa berkata...

i lap u melodi ... xpe teruskan perjuangan anda !.. amenoworld, melodi, due2 i sokong ..!

Herman Tino berkata...

Melodi memang rancangan bangang amat bangang. takde benda positif, takde kebaikan. asik sibuk kejar cerita buruk org, tanya soalan perangkap bukan2 dan bodoh2. yg tukang bertanya tu yg lebih2 nak bodohkan org yg tengok. dah la azuan, ko jgn nk banyak bunyik. grip tengkuk tu kang! melodi lahanat!

Anonymous berkata...

bangang btul la warga melodi ni..nak bercakap ttg hukum islam,sedangkan x pernah cermin diri sendiri..ckp sumbangan kpd ajaran islam,tapi aurat x ttup,rambut diwarnakan,pakaian entah ape2 ntah..bckp pun xde tamaqninah..dlm islam hal rumahtangga org jgn dihebahkan..jgn bukak aid org..dh terang2 disebut dlm al-Quran..

itu la,org suruh blajar al-Quran &terjemahannya,depa duk blajar hal-hal hiburan dunia..bile kena kt muka sendiri konar sane sini nk mnjwb jgk..xblh terima kenyataan..

MELODI KAKI FITNAH..KAKI LAGA ORANG..RANCANGAN PALING TERUK !!!!! berkata...

HOHO...OIH WARTAWAN...
YG KO NK SEBUT2 TU YG KO BUAT YG POSITIF..YANG NEGATIF KO XNAK SEBUT PLAK...CAM SYIAL AN...SUDAH LAH...KO DUDUK JELA DALAM INDUSTRI JUJIK KO TUH...KO INGAT KO BAGUS SGT ?? TANYA SOALAN MACAM ORANG XDER ADAB...APABNDA TUH ?? YANG NK MNJAWAB SATU HAL DAH....YANG BERTANYA LAGI SATU HAL..KONON NK TUNJUK BERANI..NK TUNJUK EKSKLUSIF..KEPALA HOTAK NENEK NGKO...

fuck off melodi !!!

nini berkata...

aku dh berzmn x tgk melodi...sbb jrg tgk tv pon...anak jer lyn kartun....tp biler sesekali dpt tgk fara fauzana n wahid...ermmm...btul lerrr...mrk tu juz mengacara jerrr... tp buatkan ramai org tertunggu2 citer suspen...gosip artis...aku rase yg camtu pon x brp elok...jatuhkan maruah org....ini lg yg hentam cara bertubi2...

shah lagi berkata...

KAHKAHKAH seronoknya baca!

Amat bangang rasanya bila marah2 orang provok tapi masing2 dok mencarut dan provok jugak!! kahkahkah. dua kali lima!

ini baru hiburan.
satu2nya hiburan yg lagi syok dari tgk melodi di malaysia..

RF berkata...

bagi ak melodi x ubah sbgai 1 rancangan yg MEMBUKA AIB ORANG LAIN. Sesungguhnya, ketika membuka aib orang lain, sama dengan memberitahukan aib kita sendiri.

Dalam hidup, kita terkadang terlupakan dengan aib-aib sendiri yang begitu menggunung karena begitu seringnya memikirkan aib orang lain. Kita juga sering lupa untuk bersyukur bahwa Allah telah menjaga aib-aib kita. Sesungguhnya, manusia bukanlah apa-apa jika semua aibnya dibukakan di depan mata orang lain.

Ape Pun Bleh berkata...

kite sebagai negara umat islam sepatutnye menyokong ape yg d lakukan oleh penghibur2 yg memperjuangkan islam dgn ape care skli pun, kite x spatutnye memperlekekkan ape lg memfitnah walhal kite blum tahu kesahihannye.sperti melodi sendri haruslah meneliti terlebih dahulu dan menyiasat seblum menyiarkan sesuatu artikal itu.sekirenye sesuatu artikal itu d siarkan tanpa penelitian maka akan t'jd bebagai spekulasi d kalangan para penonton yg bleh mngaibkan pihak t'tntu.

takut da dedahkan indentiti berkata...

komen cam "bagus" la korang ni.. haha..

F**k Melody berkata...

aku benci gler melody.....arghhhhhhhhhh

XD uwek berkata...

hahaha melody..betol laa.. saya pown tengok melodi ahad lepas... sakit ati ni.. da laa cakap maher zain mungkir janji.. pas tu pandai2 plak tuduh sorang artis yang jugak menyampaikan lagu2 dakwah nak kikis wit pompuan.. pergghh..!!! kat situ nampak sangat melodi ne antidakwah... dalam sehari jaa.. dia hentam dua orang artis yang ingin menyampaikan risalah Allah.. hemmppphhhh...

nasib ko laa melodi.. keke.. pasni korang terjah laa plak ameno XD aku nak jugak tengok penulis blog ne XD

tahniah ameno XD

Retards berkata...

This is the only thing that you pathetic people are capable of. Being religious fags and getting butthurt for ridiculous reasons. This 'holier than thou' attitude gives nothing but disruption of peace. Semua nak tunjuk baik. Semua nak tunjuk alim.

Dah sah sah Melodi tu rancangan hiburan. Nak kondem apa lagi? Genre hiburan tak kan nak tukar pergi genre agama pulak. Nak sangat rancangan agama sila pergi tengok Al-Kulliyyah. Rakam pastu tengok ulang-ulang sampai lebam.

Anonymous berkata...

This is the only thing that you pathetic people are capable of. Being religious fags and getting butthurt for ridiculous reasons. This 'holier than thou' attitude gives nothing but disruption of peace. Semua nak tunjuk baik. Semua nak tunjuk alim.

Dah sah sah Melodi tu rancangan hiburan. Nak kondem apa lagi? Genre hiburan tak kan nak tukar pergi genre agama pulak. Nak sangat rancangan agama sila pergi tengok Al-Kulliyyah. Rakam pastu tengok ulang-ulang sampai lebam.

Hahaa.. berkata...

Sabar la zuan..diorg nie bkn paham bahasa pn..
Yg ameno ckp sindir & pedas diorg seronok jer tp bila melodi ckp sindir & pedas diorg plk tmpang terasa.. Klu ameno karang dgn myindir korng blh paham,melodi lontar soalan2 pedas pn pham2 la...xkan jd singkat plk otak 2..

Aku bkn la myokong melodi sbb aku pn jarang tgok melodi nie tp soalan2 mcm 2 la mbolehkn kita melihat keperibadian MZ..
Klu dh nk kena tnya soalan elok2,penyamun pn blh blakon..hahaa

Dan lg 1,korang dok kondem2 melodi nie apa faedahnya??
pihak melodi sah ada jgk mtk maaf & bsalaman dgn MZ lps interview tp korang???hahaaa...fkir2 la

Abdul berkata...

Bila saya baca tulisan kamu ynag bernama 'Hahaa..' (January 6th, 2011 at 01:27), saya dapati kamu ini adalah seorang manusia yang jahil dan cuba menjahilkan orang lain !



'Hahaa..' berkata: Sabar la zuan..diorg nie bkn paham bahasa pn..
Yg ameno ckp sindir & pedas diorg seronok jer tp bila melodi ckp sindir & pedas diorg plk tmpang terasa.. Klu ameno karang dgn myindir korng blh paham,melodi lontar soalan2 pedas pn pham2 la…xkan jd singkat plk otak 2..



Abdul: Orang ramai tahu membezakan antara kebaikan dan keburukan oleh sebab itu mereka berhak merasa marah terhadap Melodi kerana Melodi cuba menjatuhkan maruah Maher Zain yang sedang berusaha menjadi Muslim yang baik dan agu-lagu Islam Maher Zain berjaya menarik perhatian orang Islam dan orang bukan Islam kepada Islam ! Apakah kamu merasa benci melihat kebangkitan Islam?


'Hahaa..' berkata: Aku bkn la myokong Melodi sbb aku pn jarang tgok melodi nie tp soalan2 mcm 2 la mbolehkn kita melihat keperibadian MZ..


Abdul: Terima kasih kerana menunjukkan sifat munafik kamu. Kamu berkata kamu tidak menyokong Melodi tetapi komen kamu secara terang-terangan menyokong Melodi. Apa kamu ingat kami bodoh? Ingatlah manusia sekarang bukan sempurna (not perfect)tetapi manusia mesti berusaha menjadi sebaik-baik hamba Allah dan Maher Zain sedang berusaha menjadi hamba yang lebih baik. Nampaknya kamu suka sangat mencari aib orang, bagaimana pula aib diri kamu? Apakah kamu suka aib kamu didedahkan oleh Melodi di hadapan berjuta-beruta manusia?


'Hahaa..' berkata: Klu dh nk kena tnya soalan elok2,penyamun pn blh blakon..hahaa


Abdul: Soalan-soalan dan kenyataan Melodi yang tidak bermoral terhadap Maher Zain dan orang lain boleh menimbulkan fitnah terhadap magsa provokasi Melodi. Nampaknya kamu amat gemarkan provokasi yang bertujuan menjatuhkan maruah orang. Apakah perasaan kamu jika anak kamu diprovokasi oleh Melodi sehingga mnejatuhkan maruah anak kamu? Adakah kamu masih merasa gembira? Lol.


'Hahaa..' berkata:Dan lg 1,korang dok kondem2 melodi nie apa faedahnya?? pihak melodi sah ada jgk mtk maaf & bsalaman dgn MZ lps interview tp korang???hahaaa…fkir2 la



Abdul: Masalahnya ialah Melodi telah menfitnah Maher Zain dihadapan berjuta-juta penonton. Jika ada orang menfitnah kamu berzina dengan bini atau laki orang dan berjuta-juta manusia mempercayainya, bagaimanakah kamu boleh menghapuskan FITNAH YANG TELAH TERSEBAR LUAS walaupun kamu telah memaafkan orang yang menfitnah kamu? Eloklah orang ramai mengutuk Melodi supaya Melodi menyedari kesalahan Melodi terhadap mangsa-mangsa provokasi Melodi !

FS berkata...

korang macam xtahu plak. melodi mana suka kalau artis macam maher zain tu datang malaysia. tu pasal la dok tabur fitnah segala. bak datang shakira ke paris hilton, tu baru la taste melodi. yang tu la dorang puja2, bagi galakan suh datang malaysia.

anon berkata...

melodi ni kan ejen illuminati..so,,dorang mmg xsuke pada kebaikan ni...pergi mampos lah melodi...haram jadah suke menfitnah..2kali5 je dgn umgok...yelah media kita kan prokerajaan...sume konspirasi..mmg bull**** lah melodi ni..bende baik tu jugak yg dorang nak jatuhkan..

tak der name berkata...

sokong Abdul.
Walaupun diorang dah minta maaf pada MZ,tapi fitnah yang diorang dah sebarkan dan didengar pada hampir seluruh rakyat
Malaysia yg tonton Melodi plak macam mana?

Macam mana diorang nak tarik balik?Aku bukan cakap kosong sebab aku sendiri dah dgr dari ramai org kat luar ni yg dah anggap MZ ni sorang yg mungkir janji.Sedih gak aku dgr sbb aku ni slh sorang peminat MZ.Tp aku xslhkan diorang sebab aku tau puncanya dari MELODI sendiri.kebanyakan penonton cuma percaya apa yg diorang dgr dari wartawan.

Macam mana korang warga MELODI nak tarik balik fitnah ni dari tersebar,korang pikir la sendiri!

Tp alhamdulillah la masih ada 900,000 lebih peminat yg masih menyokong MZ!!

Abdul berkata...

Re: MY RESPONSE TO IMMORAL COMMENTS OF ‘Anonymous’aka ‘Retards’ January 5th, 2011 at 23:50 & January 5th, 2011 at 23:51


CORRECTION:


Error: "You the so-called ‘Anonymous’aka ‘Retards’ is one of the worst creation for you are enjoining evil and forbidding evil !" SHOULD BE READ AS:



You the so-called ‘Anonymous’aka ‘Retards’ is one of the worst creation for you are enjoining evil and forbidding GOOD!

tak der name berkata...

to sedare Abdul,

harap dpt layari :

http://fdausamad.blogspot.com/2010/10/maher-zain-ni-sunni-ke-syiah.html

dan bagi komen.Nyirap plak aku tgk komen & hentaman diorang ttg Bro MZ.

Abdul berkata...

Re: tak der name
January 8th, 2011 at 13:24



Sesungguhnya fdausamad dan kuncu-kuncunya telah melampaui batas dengan menfitnah Maher Zain. Saya telah menulis sedikit komen tetapi komen itu perlu melalui tapisan fdausamad sebelum dipamerkan.


Jika amenoworld.com sudi membenarkan saya menolak fitnah http://fdausamad.blogspot.com/2010/10/maher-zain-ni-sunni-ke-syiah.html , sila hubungi saya melalui email saya sebab sekarang saya sangat sibuk maklumlah awal tahun. Yang saya perlukan ialah masa yang sesuai dan satu laman web dimana saya akan berbahas dengan fdausamad SAHAJA !

hang tuah berkata...

ade blog laen yg mcm ne x yg gduh2....aku suke la bace....

yumi berkata...

to anon: yer ker?? tp kan aku rasa baik ko siasat ada satu kedai ni... mmg dia ada lmbang illuminati... kt area seremban 2... aku rasa tuh dah secara terang2an... klu tak silap aku lahh.. ameno pun boleh siasat... lebih baik kot... cuba lahh...

yumi berkata...

lupa nak ckp... kedai mamak... ;)
nama restoran tu JESS restoran... klu lah korg arif sgt.. cuba g terjah.. yelah... mana lah tau kot2 nanti ada umat islam termkn kt situ ker... klu korg buat liputan kompom org islam takkan pegi... tuh pun dah menyelamat kan org islam... cuba yer... :) tq

thon berkata...

maher zain tu ntah2 agen yahudi.die jadik artis,sbb nk porak poranda kn orang Islam.tgok je la mcm korang.tak henti2 bgadoh dlm ni.wahahaaa

Tak der name berkata...

Assalamualaikum,

Saper la kiter nak mendakwa dia org Yahudi atau tidak.Diorang bergaduh pun bkn berpunca dari dia.Diorang cuma nak pertahankan apa yg diorang minat.Jgn salahkan org lain diatas sikap kita sendiri

"I’m walking with my head lowered in shame from my place
I’m walking with my head lowered from my race
Yes it’s easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves"

awak,mungkin blum pernah dengar lagu dia.Maher pernah kater,dia bkn nak berdakwah tp dia cuma nak menyatukan umat islam melalui lagu dia.So,dengar,hayati dan pikir sendiri.

lisa berkata...

melodi rancangan yg bodoh...diorg suka malukan org dasar tiada ajaran..bodoh xda pelajaran ,xda ajaran islam,adap2 jd manusia...layak kamu semua team melodi jd binatang la yg xda perasaan!belajar la jd manusia kalau lahir sebagai manusia..jgn tahu malukan aibkan org saja..lantak org la kehidupan org..mungkin kehidupan sebenar kamu lg dasyat dr artis2 yg kamu kejar2 fitnah2 tu..org sj x cari...kamulah binatang bertopeng manusia lg x berpelajaran dan adapppp!rancangan murahan dasar xda pelajaran mau cari kerja hasil titik peluh yg halal..kesihan makan duit gaji haram sj...hell la kamu semua team melodi kaki fitnah..mulakan dgn ABC,ALIF BA TAAA.......!

scaniaz berkata...

lagu dan melodi itu indah tapi rancangan MELODI ampess hehe...
sian budak MZ tu..lagu dia ok ape..biar la sama2 cari makan..tak kisahla dia dari planet mane pun kan..
scaniaz best post...Koleksi Gambar Van Gangster Di Jepun!

fhpxmnjfof berkata...

lzibvhpwnfrmqsxzizzj, ugzeazzjhk , [url=http://www.cvuzomawme.com]azpihnfivx[/url], http://www.mgyohuvxgw.com ugzeazzjhk