t>

Breaking News

Cuti bersalin : Ditipu atau tertipu?

Ada seorang teman yang meminta saya menulis mengenai perkara ini tidak lama dulu. Disebabkan saya selalu buat2 sibuk maka saya mengambil masa yang agak lama untuk menulis entry neh.  Apa yang dia minta saya ulas ialah mengenai cuti bersalin yang ditambahbaik oleh kerajaan kepada kakitangan awam pada tahun lepas.

Mula2 elok kita tengok dulu keratan kat bawah neh ;



Apa yang tertulis kat atas ialah ;

1. Cuti bersalin kini adalah flexible.

2. kalau dulu cuti bersalin ditetapkan pada 60 hari [2bulan] utk kakitangan kerajaan kini 90hari [3bulan].

3. Namun tempoh masa cuti itu tidak berubah, iaitu kekal untuk 300 ratus hari sahaja sepanjang tempoh berkhidmat.

Contohnya macam neh ;

Korang ada 300 hari untuk cuti dengan gaji penuh. Kemudiannya korang amek cuti 90 hari setiap kali korang bersalin. So untuk 3 kali bersalin,

3 x 90 = 270 hari.

Ada baki lagi 30 hari. So 30 hari neh kalau korang bersalin untuk anak keempat, 30 hari neh je la bergaji yang selebihnya cuti tanpa gaji.

Sepanjang korang berkerja dengan kerajaan korang cuma ada 300 hari je yang diperuntukkan untuk bersalin, berpantang dan menjaga anak. Tak lebih dan tak kurang. Bagi yang cuma nak 3 anak, okeylah kut aku rasa. Tapi bagi yang teringin nak anak ramai maybe tak okey kot. Itupun ikut tempoh berkhidmat gak. Kalau berkhidmat baru 3 tahun dah 3 anak.. dasat gak tue kan? So pepandailah urus.

Korang rasa cukup ke? Mana aku tahu. Aku bukan pekerja kerajaan. So aku taktahu sama benda neh cukup ke tidak buat korang. Apa yang aku nak ulas ialah kerajaan buat citer neh nampak pelik. Ya, siyes aku cakap. Tengok bawah lagi ;



Dah tengok. Yang tak tahan mereka kata amek berat.. dalam artikel berita yang lain ada yang ulas ia satu 'anugerah' kerajaan kepada kakitangan wanita. Entahlah. Aku bukan lah pekerja kerajaan so takde pula aku tahu apa rasa sebenarnya ble kerajaan memberikan flexiblity kepada kakitangan wanita sedemikian rupa.

Apa yang aku dapat tengok ialah ;

kalau 60 hari = 5 anak bergaji penuh

kalau 90 hari = 3 anak bergaji penuh

So takde lah apa2 yang 'anugerah' pun kat situ. Lainlah kalau kerajaan tambah 'tempoh had masa cuti bersalin itu sendiri'. Daripada 300 hari kepada 500 hari ke. Kalau perasan, budak2 sekarang neh seperti kehilangan kasihsayang mungkin kerana ibu-bapa sibuk mencari rezeki. Nak salahkan ibubapa pun tak boleh sebab barang asyik naik dan kos sara tinggi makin tinggi sampai rumah flet [di bandar besar] pun bakal cecah rm200k pada 2014 nanti.

Mungkin ada yang bagi alasan, lainkali suruhlah mak bapak dia belajar rajin2 cari kerja yang bergaji tinggi sket. Tapi kalau seme bergaji tinggi, bijak2 belaka sapa pun yang nak wat kerja biasa2?Kerja2 perkeranian? Upah orang luar? Dah tue mampu ke kerajaan sediakan peluang pekerjaan untuk semua manusia bijak2 belaka di malaysia? Kalau semua rakyat malaysia cerdik2 belaka, semua tahap akedemik first class cemerlang tahap professor belum tentu kerajaan mampu sediakan peluang pekerjaan untuk mereka apatah lagi mahasiswa kita masih ramai yang mengangur dan membuat kerja yang bukan dari bidang mereka semata2 utk terus hidup.

Mungkin ada yang bercakap kalau tak mampu, jgn kahwin. Heh. Ingat perkahwinan dan kebahagiaan untuk org kaya je ke? Orang yang tak berapa nak kaya pun nak merasai kebahagiaan juga. Jangan pentingkan diri sendiri. Tapi dalam kes cuti bersalin neh aku tengok ;

1. Pekerja wanita kerajaan boleh pilih 60 atau 90 hari. Lain lah kalau dipaksa utk amek 90 hari sekaligus itu mungkin jadi isu.

2. Pekerja wanita kerajaan secara lantikan dapat benefits yang sama.

3. Pekerja wanita swasta tidak mendapatkan kemudahan di atas.

Tengok bawah ;



- cuti bersalin 90 hari belum tertakluk utk pekerja swasta.

- kalau tempoh 300 hari itu di ambil kira [utk sektor swasta tertakluk atau tidak saya tak pasti] maka, cuti bersalin 60 atau 90 hari yang diperjuangkan ini pada saya tiada beza.

- kalau diperhatikan banyak majikan swasta tidak menitikberatkan kebajikan pekerja2 wanita yang mengandung.

- terdapat banyak kes pekerja wanita dibuang kerja apabila didapati mengandung atas faktor majikan enggan tanggung kebajikan mereka.

- banyak kes2 seperti ini tidak mendapat keadilan. Mungkin atas faktor lambat diproses, tidak di endahkan, tidak tahu mengadu kat mana, org2 kampung yang kurang pendidikan, mereka [pekerja2 wanita] tidak tahu bahawa perbuatan majikan tersebut salah.

4. So daripada memperjuangkan tempoh cuti bersalin 60 atau 90 hari lebih baik perjuangkan tempoh had cuti bersalin dilebihkan dari 300 hari dengan ada had tahun mengandung lah. Contohnya 3 tahun sekali mengandung. Kalau tiap2 tahun tue.. perghh.. tak boleh dibayangkan oleh aku. Heh

5. Selaraskan untuk semua pekerja wanita dan tak kira majikan swasta atau kerajaan, syarikat kecil atau besar.

6. Tubuhkan satu talian/website/biro pengaduan jika terdapat wanita2 mengandung yang diberhentikan kerja. Kalau boleh lengkap dengan peguam untuk mengendalikan kes dan menasihatkan pekerja yang diberhentikan. Ditambahkan dengan peruntukkan bantuan khas dan pertolongan utk mencari kerja. Apatah lagi pekerja wanita tersebut sedang mengandung mesti susah cari kerja dan punca pendapatan pula tiba2 terputus.

7. Majikan swasta yang menjaga kebajikan wanita mengandung [mengikuti semua peraturan yang tertakluk oleh kerajaan] diberikan insentif tertentu. [kalau dah ada baguslah]

8. Pusat pentadbiran kerajaan di bandar2 besar seperti ipoh, putrajaya dan etc patut sediakan pusat penjagaan bayi dan kanak2 untuk pekerja mereka. Walaupun mungkin mereka amek cuti bersalin 60hari tetapi mereka boleh jenguk baby atau anak mereka kat pusat penjagaan tersebut ble time rehat. Pusat tersebut mestilah dalam bangunan kerajaan. Kalau dibuat kat tempat lain sama macam takde beza sebab nak jenguk tue susah kena keluar office. Kan dah bazir masa tue.

Bagi aku lebih relevan memperjuangkan hak2 wanita mengandung yang selama ini tertindas. Daripada memanjangkan tempoh masa bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari.  Apatah lagi 60 hari yang dipanjangkan ke 90 hari seolah2 takde beza sebab had masa 300 hari sepanjang tempoh berkhidmat masih tertakluk.

Klik sini untuk lihat perbandingan cuti bersalin antara negara.

Sony playstation menanti anda di sini.

Apa ada dengan conneto?

Ameno : Ditipu sebab tak amek peduli. Menipu sebab mereka tak peduli.

2 ulasan

Anonymous berkata...

aku rasa mu ni mnusia tak reti terima kasih ko krjaan.cuba kira berapa ari dlm stahun ore keja. kalu cuti bersalin x da had. aku rasa seorang penjawad wanita banyak makan gaji buta dari kerja. kerana asyik2 beranak. kalu nk beranak byk mtk cuti separoh gaji ko atau cuti tnpa gaji. kan krjaan ada bui pelepasan utk cti x gaji. kesihan pada ore lain yang xleh branak asyik ganti kerja ore yang nk branak. dlm islam pun tak galak ore tina krja. kan cari rezeki tu hak ore jantan. sbrlah ssikit. retilah bersukur dan terima kasih pd krjaan. jgn jadi ore pas, semua hak krjaan buat tak kena tp dia dmidim jah wakil rkyat tp bole buat umah besar harga stgh Juta.kalu x caya mari k/krai tgk rumah ust Latif dan sepupunya Ust Zul. rumah klh rumah bkas wakil BN.

Nora berkata...

ttiba rasa cm nak duduk sweden atau negara2 europe so dpt la cuti bersalin bergaji lama2.. msia ni kedekut sgt.