Lelaki haram pakai inai..
Aku taktahu sebenarnya lelaki haram pakai inai. Siyes. Baru2 neh anak2 sedara lelaki aku seme pakai inai. Siap tumbuk inai depan aku lagi. Nak pergi kenduri kahwin. So sajalah berinai. Pengantin lelaki pun berinai. Ramai. Selalu aku jumpa. Jaranglah pergi ke majlis perkahwinan yang lelaki tak pakai inai. Hampir kebanyakkan nya mesti pakai inai. Paling kurang 3 jari. Mungkin trend mungkin bukan. Aku taktahu sebab yang pasti.
Tadi ada member fb share satu benda kat aku. Pasal hukum pakai inai bagi orang lelaki islam. Ble aku baca baru aku tahu. Rupanya haram lelaki berinai. Ceh. Nampak sangat aku tak peka. Selalu tengok benda2 besar sampaikan benda2 kecil tinggal. Padahal dosa2 kecil neh berhimpun menjadi satu sehingga menjadi dosa besar dalam sedar tak sedar.
Konsepnya macam menabung. Sama je. Katakanlah satu hari kita simpan 0.20sen. 30 hari dah jadi berapa? Setahun dah jadi berapa? 10 tahun dah jadi berapa? Sama lah dengan perbuatan dosa kita. Bagi kita ia mungkin kecil. Tetapi kalau berterusan akan jadi bertimbun2 lah dosa kita. Mula buat dosa menipu. Esok wat dosa pakai inai. Lusa wat dosa mencuri. Tulat wat dosa pekena kan org. Akan datang wat dosa len plak. Dikumpul2 masuk buku bank. Kalau dosa lagi banyak dari pahala maka yuran masuk syurga tak cukup. Kena wat kerja tambahan dalam neraka. Hah mampos masa tue.
So benda kecik2 macam neh lhar bagi kita yang tak peduli perlu untuk peduli. Dulu sapa tah kahwin keluar tv siap pasang lagu ala2 gereja.. berselawat plak tue. Tak silap aku selawat tue tak lengkap. Aku pun seriau dengar.. adoiiyaii.. macam2 stail lhar org sekarang. Kot yer pun moden, biarlah selari dengan tuntutan dan kehendak islam. Bukan tak boleh. Memang boleh tetapi saja je takmo..
Tengok bawah ;
Jawapan dari ustaz zaharuddin. Petik dari sini.
Memandangkan kita dah tahu ia haram so kena tinggallah. Memanglhar nanti ada lhar myleis2 moden cakap bab inai je kecik je. Bukan kisah lah. Cuba pentingkan hal besar cam bersolat ke, berzakat ke apa ke.. takpe2. Aku faham. Sabar lhar dulu. Benda2 kecik [betul ke kecil] dan mudah macam neh lhar ujian bagi kita beb. Kalau benda kecik [ikut kata myleis moden lhar kan] camneh ko tak mampu bendung dan tarbiah masyarakat nko, toksahlah berangan nak pergi kepada benda yang leh besar beb. Wat malu jek. Heh
Sama cam tudung gak. Kalau sendiri tak bertudung tapi dok bangga kata solat lhar berzakat lhar [agak riak plak tue] tapi still tak pakai tudung pun tak guna gak. Kalau dah faham bersolat mesti faham hukum bertudung. Bukan nak bersyarah ttp nak bagitau je. Orang yang tak bertudung walaupun bersolat kalau tak pakai tudung hukum ttp sama. Bukan ada beza pun.
So dah alang2 bersolat pakailah tudung sekali. Takpe wat sikit2. Janji buat. Kondem jangan. Usaha utk berubah mesti ada dan mesti buat. Jangan dok cakap nak berubah tp tahap masih disitu juga. Sampai mati pun tak kemana2. Heh
Pernah juga aku baca org yang tak bertudung marah ble di tegur. Dasat. Susah nak cakap. Cuba tengok gambar profile mereka. Tak kiralah via belog ataupun fb. Dah lhar tak bertudung siap tayang dada.. entahlah susah aku nak cakap tp terang2 tulis kat status fb saya bersolat walaupun tak bertudung.. apa kes?
Soklannya bukan ko bersolat atau tidak. Soklannya ialah ko tak bertudung. Takde sesiapa pun yang mempertikaikan ko bersolat atau tidak. So kenapa org yang tak bertudung mesti terasa setiapkali nasihat datang kepada mereka, mereka akan cakap ;
walaupun saya tak bertudung ttp saya bersolat takpayah lah nak pandang negatif kat org macam saya
Aku tak faham kenapa dia mesti mengaitkan solat dengan tudung sebab ble org bagi nasihat soh bertudung mereka tak mempersoalkan solat individu terbabit. Yang mereka persoalkan ialah aurat. Itu je. Kenapa nak sensitif sangat sampai fikir yang bukan2? Biasalah manusia bukan sempurna. Hari neh aku nasihat ko, esok lusa ko nasihat aku. Cam kawan fb aku yang baru je nasihatkan aku pasal inai. Aku terima je walaupun sebelum neh aku siap menginaikan budak lelaki lagi. Kan simple? Kenapa perlu wujud pertentangan?
Umat myleis malaysia neh sebenarnya dah terlalu jauh bergolek2 dengan kehidupan sekularisme. Sehingga kita ubah pemimpin untuk melakukan perubahan drastik, sehinggalah itulah kita kena berdepan dengan mereka. Nak ubah sikit2 bukan tak boleh. Mmg boleh. Itulah yang dibuat selama 54 tahun neh. Tetapi momentun tue tak menyeluruh sebab tak tiba kepada seme penduduk myleis islam di malaysia.
Kalau nak merasai arus perubahan, tukar pemimpin yang boleh menukar corak pentadbiran negara. Kita dah merasai corak sekular. Memang tak best. Sekarang kita nak rasai corak islam. Sapa sokong?
Ameno : Inai kat rambut dalam bentuk product cam ane pula?
12 ulasan
ble, plak, neh, siyes, jek, lhar, ahti, tue...bla³ BM kew acik oii?
owang laki sunat pakai inai kat rambut atau janggut yg beruban. inai merah tapi bukan pewarna hitam dsb...yg tu haram. kat kuku harus pakai utk tujuan perubatan jew...
inai kat rmbut tu produk yg mmg berasaskn inai ajer. xde campo2 dengan pewarna/lemak/pape. mmg pure inai 100% baru lah boleh dipkai kat rambut / janggut/ misai. tp kebanyakan produk kedai skang ni mmg akan tambah ape2 bahan lain. yg aku tau kat Makkah byk produk inai pure...
Salam, admin...kenapa selamba je ckp haram...ustaz tu pn tak berani nk sebut hukumnya secara jelas...ustaz tu kata "diantara haram dan makruh"...so jgnla suka2 post tajuk kata inai tu haram...takut ada salah faham bg mereka yg selalu malas n baca tak abis...mcm ana dlu...huhuhu...
sbnrnyer benda ni ada byk pendapat (khilaf)...contoh, inai menjadi haram apabila dilukis kt badan menyerupai tatu...lukis benda2 yg mengarut dan haram seperti gambar pompuan, setan or salib...tp klu pkai kt kuku, takde masalah pn...atas sbb n alasan kesihatan la, mcm bro pt mention kt atas...dan bleh gak jd sunat plak, kt rambut n janggut yg beruban...pure inai 100% merah...mcm bro affif mention kt atas gak...
so apa yg ana nk smpaikn adalah hukum haram selalunya adalah bergantung kepada senario, keadaan, tmpt dan ketika...mcm bab kawin gak arrr...ada harus, sunat, wajib, smpaila haram...dan kecuali haram yg mmg dh nyata, seperti mkn babi, berzina dsb...
so tlg perbetulkan fahaman anda...dan klu bleh tukar tajuk serta tambah content...tambah lebih byk penjelasan bagaimana yg menjadikan ia sunat, harus, dan haram....btw, yg lain2 kt bwh psl tudung tu mmg ana setuju 100%....
wallahu'alam...
Assalamualaikum..
Di negara kita ini memang menjadi amalan para pengantin sama ada lelaki atau pun perempuan untuk memakai inai di jari. Biasanya jika kita melihat seseorang itu memakai inai maka kita akan beranggapan bahawa dia baru sahaja berkahwin. Jika kenyataan dari ulama di negara lain yang diambil kira, maka mungkin kenyataan tersebut akan lebih sesuai digunapakai di negara2 tertentu sahaja kerana pandangan mereka terhadap sesuatu perkara yang berlainan dengan masyarakat di tempat yang lain.
Jika perbuatan atau pemakaian kita boleh mengundang prasangka negatif terhadap kita maka sewajarnyalah kita menghindari dari melakukannya. Kalau mewarnakan rambut dengan inai dibolehkan dalam Islam tetapi masyarakat pula memandang perbuatan mewarna rambut ini menyamai seperti yang diamalkan oleh kebanyakkan samseng dan sebagainya maka pada saya kita juga harus mengelakkan diri dari melakukannya. Mungkin di negara2 Arab, India, Pakistan dsb. masyarakatnya tidak berpandangan begitu tetapi jika dilihat di negara kita sememangnya itu pandangan awal masyarakat kita bila melihat seseorang itu berambut merah atau jingga.
Jadi saya berpandangan biarlah hukum untuk berinai bagi lelaki ini ditentukan sejelasnya dalam fatwa serta mengambil kira semua aspek. Saya belum lagi ada membaca fatwa yg diwartakan di negara ini berkenaan hal ini maka saya sangat berharap ianya dapat dikaji dan dijadikan satu ketetapan untuk digunapakai oleh umat Islam di Malaysia.
Wallahualam..
mintak admin kaji balik...tu je.. hehhe
sbb shah slh sorg pengguna inai di rambut, tapi buatan sendiri la..
ade jugak org berinai utk menghilangkan cekam kuku.
ade jugak yg berinai utk menghilangkan kelimumur dan sakit kepala.
tapi klo bab pengantin ni siyes x taw.. tapi byk pendapat.. mintak admin kaji balik...tu je.. hehhe
korang cakap laki sunat pkai inai kt rmbut n janggut jika bruban ? ? ?
sblum 2 aku nak tnye sbb ape brinai 2 ? ?
da mmg putih2 la .
x pyh la nak boh inai .
zaman rasulullah .
shbat2 pkai inai untuk berprang .
sbab ape ?
sbb lau org yahudi nmpak rmbut ptih depe bersmngat la sbb tntra2 islam dah tue .
so nak cover tue 2 depe pkai la inai .
bkn suka suka je pkai .
lagi 1 .
korang ckap ust pun x brani nak ltak hkum haram atau mkrukh .
woi ko tau x yg perbuatan mkrukh 2 hmpir kpada haram ? ?
n seelok eloknye tggal kn bnde yg mkruh 2 .
lagi pun buat ape pkai inai ? ?
nak bergaye ? ?
nak buat ape sume 2 ? ?
adakah bergaya @ bersolek 2 dpat phala ? adakah dye dkira oleh allah ? ?
silap2 jatuh dosa je .
dah mmg putih , watpe nak perang kn walaupun pkai inai .
yg hitam 2 mmg betul la jatuh haram .
ape2 pun kaji la balik .
rujuk kpada org yg brpngatahuan agama yg luas .
walluhualam . .
assalamualaikum .
eh, dh ada fatwa rupanya...hahaha^_^...sila rujuk link ini...
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pemakaian-inai-bercorak-mengikut-syarak
wassalam^_^
Great article! gfmnvoiwngs
Assalamualaikum.
Bagi org2 tassauf yang makruh 2 dah d kira haram. yang sunnat 2 di kira wajib. Ini ustaz budak yang cakap. Kata ustaz Azhar plak,bleh pakai inai kaler apa2 selain kaler itam. Pompuan yg nak inai rambut, hanya pompuan yang ada suami n utk suami jer! Yang xde suami (blum kawin) @ janda,HARAM samasekali! Kalau org leleki dia cuma ckp pakai inai kt janggut je.Wallahualam.
admin jgn mmbuta tuli ltk hukum..kecewa la dgn admin.
ok ari tu ak pnah tgk discovery channel, org india kawin dorg pki inai, sebab nye nak menakutkan roh jahat ble die tgk inai kat jari yg merah menyala hahahaha,
so start dari tu aku da mmg xsuke nk pakai inai sebab ni kn ade dlm salah 1 adat org india berkahwin, adat org melayu ade pengaruh skit2, ni adat je bkn hukum Islam ble kawin kne pki inai
ye ke llki haram pakai inai sbb zmn rasulullah dulu die pnh terserempak dgn sahabat die yg ade tande kuning2 keorenan dkt tgn,,,, lalu die tny ape tnde warne ni ,,,, sahabat pon jwb die bru kawen dgn wanita yg die cinte ,,, so nabi pon kate buat la semampu engkau dan pukol lah gendang bagi menandakan kau sudah berumah tangge,,, so rasenye tu cume tande perkahwinan so ape yg haramnye????
Catat Ulasan