t>

Breaking News

13 cara memanggil setan.

JAKARTA: Selepas filem berbaur lucah Arwah Goyang Kerawang dan Suster Keramas ditayangkan, industri perfileman Indonesia dilanda kontroversi sekali lagi, kali ini membabitkan filem yang baru seminggu ditonton di pawagam berjudul 13 Cara Memanggil Setan.
Filem yang mendapat izin tayang Lembaga Penapis Filem Indonesia (LSF) dianggap pelbagai pihak sebagai filem yang melampaui batas kelucahan, walaupun dalam kategori seram. 


Semalam, anggota tiga buah pertubuhan, Front Pembela Islam (FPI), Laskar Pembela Islam (LPI) dan Gerakan Pembela Rasulullah (Gempur), mengadakan tunjuk perasaan di hadapan pejabat LSF di Jalan MT Haryono, Jakarta Selatan mendesak tayangan filem itu dihentikan kerana berpendapat filem itu ‘lucah terlampau’. Malah, ketua FPI Jakarta, Habib Salim Selon, memberi amaran pihak bersedia mengambil tindakan membubarkan LSF jika tayangan filem itu tidak dihentikan.

“LSF sudah memberi izin tayang kepada filem itu, bagaimanapun jika ia tidak dihentikan dalam tempoh sebulan, kami akan bertindak,” katanya.

Penerbit filem, Ki Kusumo, berkata filem itu sudah memperoleh jumlah penonton 500,000 orang tetapi enggan mengulas mengenai demonstrasi yang diadakan.

Filem 13 Cara Memanggil Setan mengisahkan mengenai Dilo, Tera, Sonya, Essy, Venus dan Fredi membeli buku di sebuah kedai. Secara kebetulan, Fredi terjumpa sebuah kitab Jawa kuno menceritakan mengenai 13 cara memanggil syaitan. 


Fredi terkejut apabila mendapati kitab itu kosong. Bagaimanapun, apabila Dilo mengambilnya secara senyap-senyap daripada Fredi, dia melihat arahan yang ditulis dengan darah menyuruhnya membaca kitab itu. – Agensi

WOW. Tajuk filem neh seram siot. Aku rasa teruja nak tengok filem neh. Tapi yang sayangnya filem neh ada babak porno lah pula. Hehehe.  Aku baca kat dalam beberapa blog indonesia filem neh walaupun diprotes ttp masih ramai yang masih sanggup tengok kat wayang. Kiranya protes tersebut berjaya menaikkan nama filem tersebut.

Kalau nak tahu, siap ada penonton yang dirasuk setan [ikut cakap dalam belog indonesia lah kan]. Nak tahu kenapa? Sebab dia cuba nak panggil setan sendiri kat rumah dengan meniru aksi2 memanggil setan dalam filem ini. Kata pengarah filem neh, dia cuma mengajak penonton untuk menonton cara2 memanggil setan je tapi bukan suruh penonton buat sendiri kat rumah. 

Dia pun dah bagi peringatan ketika mula2 tayangkan filem neh agar jangan buat @ tiru cara2 nak panggil setan neh dirumah. Alamak. Betul2 boleh panggil setan ke neh? Bila ada penonton yang telah menonton wayang itu meniru pula aksi memanggil setan dirumah sampai kerasukkan, pengarah filem terbabit berikan lagi peringatan secara besar2an. Agar mereka yang menonton tidak sesekali mencuba cara2 memanggil setan sendiri dirumah.


Sozcyili : Tajuk je dah seram.