Hot : Dua gadis muslim bermesra di tempat awam.
Setelah aku menerima sesi tarbiah beberapa kali aku dapati harus untuk mentarbiah orang lain juga mengenai hal ini. Tetapi bukan dalam kontesk menghukum. Menghukum memang boleh tetapi itu bagi mereka yang sudah mendapat pengadilan. Contohnya kes yang dibicarakan di mahkamah. Layaklah mereka mendapat penghukuman jika terbukti bersalah. Dan layak juga mereka mendapat penghukuman jika orang yang memang2 terang-terangan kita tahu mereka bersalah tetapi tidak dihukum seperti khir toyo bekas menteri besar selangor yang mana aku tahu, engkau tahu, kita semua tahu dan Allah swt lebih tahu bahawa khir dan rasuah adalah sebatian dalam istilah sains.
Berbalik kepada topic di atas, aku nak tunjukkan korang satu gambar ;
Ya aku faham korang akan tanya kenapa gambar ini disensor? Beginilah ada dua perkara aku nak kupas sebenarnya ;
1. Isu penyebaran gambar seperti ini.
2. Isu gadis lesbian.
Aku taktahu sapa yang sebarkan gambar ini. Jangan tanya aku. Aku cuma nampak ia wujud di beberapa blog sebelum aku memutuskan aku nak tulis kisah ini. Ya, aku faham gadis berdua ini bercium di tempat awam. Bagi aku ini perbuatan yang tidak senonoh. Tetapi apa yang lebih tidak senonoh ialah perbuatan org yang tangkap gambar ini. Tujuan dia tangkap gambar ini dan upload di facebook tidak aku ketahui. Bukanlah aku ahli nujum sehingga bisa menilik apa yang ada dalam ahti sang pengupload pic. Tetapi aku agak terkesan memikirkan emosi gadis2 yang berada di dalam gambar ini. Aku yakin dan percaya yang amat 99.9% melayu yang melihat gambar ini akan mengutuk gadis lesbian ini.
Katakanlah sang gadis ini sendiri yang upload gambar dia di facebook, maka aku ucapkan padan muka ko. Tetapi jika orang lain? Kawan dia yang mungkin musuh dia kini? Putus sahabat atas sebab tertentu ataupun mungkin juga pihak ketiga yang melihat aksi ini di khayalak? Jika ya, kenapa tidak tegur sahaja mereka secara berdepan? Mereka melawan? Lalu menyebarkan gambar ini berupaya memberikan kesan yang baik kepada mereka? Nah.. disinilah silapnya kita sebagai umat melayu. Kita boleh sahaja menasihatkan orang ttp hak untuk orang menerima, mendengar, dan melaksanakan nasihat2 kita, bukanlah di dalam kawalan kita.
Dia nak dengar, dia dengar. Dia taknak dengar, kita tak boleh paksa. Dia nak ikut, dia ikut. Dia taknak ikut, kita tak boleh paksa. Dakwah yang keras, kasar dan pentingkan diri, takan berjaya. Ini hanya dilakukan oleh umat melayu, bukan umat islam. Umat islam mencintai keamanan dan tolenrasi. Umat islam tidak akan menyebarkan gambar di atas waima atas apa sebab sekalipun. Hanya umat melayu je yang akan buat.
Hey come on lah artikel2 ko itu pun sama gak. Ada gambar2 lucah. Ya, memang betul. Tetapi itu dulu. Ia sengaja dibiarkan agar anda memahami bagaimana aku berubah dan mahu mengubah. Dulunya aku seperti mereka. Bagi aku, sapa suruh ko bercium depan2, sapa suruh ko pakai seksi depan2 aku, sapa suruh ko itu ini.. aku amek kesempatan menyebarkan gambar2 ini. Aku fikir mereka neh jahat. Aku mereka mereka yang cari pasal sebab mempromosikan zina dan maksiat di facebook dan blog.
Sedangkan aku lupa, yang harus disebarkan ialah membendung perlakuan itu. Bukan sang pelaku. Jika mahu sebarkan perbuatan, wajah sang pelaku haruslah disorok sebaik mungkin kerana mereka bukanlah artis dan pemimpin. Pemimpin dan artis lain. Perbuatan mereka jadi tontonan dan ikutan masyarakat.
Manakala org2 biasa [masyarakat] neh lain. Mereka neh cuma org biasa. Yang mana aksi2 mereka neh harus kita bendung agar mereka sedar bahawa apa yang mereka lakukan itu satu kesilapan. Menghukum mereka dengan menyebarkan gambar2 mereka tidak akan selesaikan masalah yang mereka hadapi iaitu berada dalam kegelapan akibat bercinta dan bermaksiat dengan teman sejenis.
Membendung dosa [sang pelaku maksiat] dengan menyebarkan dosa [menyebarkan aksi dosa] tidak akan menjadikan aku lebih baik dari mereka kerana aku sebenarnya berdiri sama rendah dan duduk sama tinggi dengan mereka iaitu sama2 jahil lagi menjahilkan.
Jika kita punya facebook mereka, maka nasihatkanlah mereka cara baik. Bukan orang lain pun. Sedara mara kita juga. Kalau sudah sampai disatu tahap yang melampau sekalipun usahlah mendedahkan wajah2 mereka secara terang-terangan. Gambar di atas aku sensor kerana walaupun orang tak berapa nak cam muka mereka berdua, org ttp boleh cam baju dan beg yang disandang oleh gadis2 ini. Kalau di blog lain memang tak disensor. Terserah pada mereka. Penilaian aku dan mereka berbeza. Aku tidak tulis disini untuk hukum dua orang gadis di atas.
Aku cuma harap dua orang gadis di atas ini sedar yang perbuatan ini mereka ini "sakit". Sakitnya mereka bila sanggup bercium tempat terbuka. Tidak kah ada perasaan geli bibir perempuan bercium dengan bibir perempuan? Bukan kah itu perbuatan yang jijik lagi menjijikkan? Nafsu yang sangat songsang ini haruslah dibanteras. Gadis2 lesbian ini patutnya kita dakwah dan tarbiah mereka. Sudah sampai masanya untuk kerajaan mewujudkan pusat khas untuk merawati mereka yang lesbian dan gay. Jika dibiarkan aku risau kalau2 suatu hari nanti ;
1. lesbian
2. gay
3. maknyah
4. pengkid
5.3 alam
akan menjadi halal di malaysia kelak. Lagipun adam lambert pun dah pernah buat konsert kat sini kan? Heh.
Nota : Jika gadis2 di atas dianiaya untuk mengambil gambar seperti di atas atau telah bertaubat atau insaf maka aku minta maaf dengan penulisan di entry neh.
Sozcyili : Tengah nak tukar template baru.. huhu
Siapakah DJ Lin? Anda berminat baca kisah kecekalan ibu tunggal ini?
Siapakah DJ Lin? Anda berminat baca kisah kecekalan ibu tunggal ini?