t>

Breaking News

Pelajar perempuan dibelasah pelajar perempuan.

GEORGETOWN: Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dikhuatiri mengalami pendarahan dalam perut selepas didakwa dibelasah sekumpulan empat pelajar perempuan di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini, Isnin lalu.  
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, Nur Atiqah Abdullah, yang dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut, mendakwa dia turut dipijak oleh kumpulan pelajar berkenaan yang berusia 16 hingga 17 tahun.
Mangsa mendakwa, dia hanya mengenali seorang daripada empat pelajar terbabit dan semua mereka bukan pelajar sekolahnya.Sebelum kejadian itu, Nur Atiqah bersama seorang adik dan empat rakannya berada di kompleks berkenaan sebelum ditegur empat pelajar terbabit.  
Mangsa mendakwa hanya mengenali seorang daripada pelajar terbabit yang tinggal di flet tempat dia tinggal tetapi jarang menegurnya. Pelajar itu dikatakan menegur dan bertanyakan namanya. 
"Saya memberitahu nama dan dia bersama rakannya terus menampar serta memijak perut saya tanpa perasan kasihan," dakwanya yang sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu. 
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, mengesahkan menerima laporan daripada mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. 


Gengster gila pelajar perempuan yang boleh belasah pelajar lain depan2 kat shopping complex. Jangan2 pasal pakwe tak? Remaja pompuan sekarang aku tengok kalau pasal laki amboi dalam facebook pun slumber otai maki2 musuh cinta dia even musuh cinta tue friend dengan fb dia. Tapi tak merujuk kepada semua remaja lah ya. So jangan offend pula. 


Sozcyili : 1 lawan 4 memang lah 4 menang. Cuba kalau 4 lawan 4. Ada berani ke? 

4 ulasan

mykhalis berkata...

nampak hak kesemarataan telah berjaya..mesti shahrizat berbangga dengan pencapaian wanita skrang

Mengapa mereka merakam 3gp lucah??

koleksi artis seksi dalam majalah mangga

coccyxache berkata...

aku rase macam nak hampuk je budak2 pompuan gaduh sbb boyfren. mintak jauh la keturunan aku. kla dah gatal sgt kawen kan senang.

Ismi Azraf berkata...

Zaman sekarang ni perempuan gaduh berbagai sebab, ada "kaki pau".
Sasaran "samatara" yang "mereka" target dar tercapai lah tu.

Hentikan Gangguan Seksual Terhadap Lelaki!!!

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine berkata...

confirm pasal jantan la tu... jangan jadi bodoh la... haha