Luahan terhadap sikap cikgu shida.
SAYA menulis di ruangan ini untuk mengulas mengenai fenomena ‘Cikgu Shida’ pada laman web popular Youtube. Daripada seorang guru biasa yang tidak dikenali, namanya sepopular artis lain di Malaysia gara-gara hobi uniknya iaitu menghasilkan video miming lagu artis terkenal tanah air dan antarabangsa.Cikgu Shida juga terkenal dengan gaya dan aksinya menyanyikan lagu berkenaan secara miming dengan kostum dan aksi tersendiri.
Sebagai rakyat biasa yang pernah melihat video yang dihasilkannya, saya kesal kerana beranggapan seseorang yang mempunyai kerjaya yang dianggap mulia oleh masyarakat tidak sepatutnya menghasilkan video sebegitu rupa. Mungkin alasan penghasilan video ini sekadar hobi dan ruang untuk berkreatif dan menghabiskan masa lapang.
Bagaimanapun, ia tidak bermakna atau memberi faedah kerana masih banyak cara lain yang boleh dilakukan untuk mengisi masa lapang. Sepatutnya Cikgu Shida memikirkan sesuatu untuk meningkatkan prestasi pelajaran anak muridnya, atau mencungkil bakat anak muridnya melalui penganjuran program kesenian. Bukan tujuan saya menidakkan bakat kreatif Cikgu Shida, tetapi di mana integriti anda sebagai seorang penjawat awam yang bergelar pendidik, yang kita tahu satu tugas yang amat mulia, mendidik anak bangsa untuk menjadi seorang manusia berguna pada masa hadapan?
Melihat aksi beliau dalam videonya pada laman web Youtube, saya begitu jelak dan hairan melihat seorang guru wanita, berpakaian seperti seorang lelaki, menghias diri menyerupai seorang lelaki semata-mata untuk menghayati lagu.
Tidakkah beliau tahu kesan di sebalik perbuatannya ini? Sudah jelas dalam hukum Islam, adalah berdosa berpakaian menyerupai lelaki bagi seorang perempuan. Bagaimana sekiranya perbuatannya ini ditiru oleh anak muridnya mahupun pelajar lain?
JULIANA AZMAN,
Damansara Perdana, Selangor.
Sumber dipetik dari BHOnline.
Aku baru lepas video cikgu shida yang pakai baju lelaki tue. Kalau korang nak tengok, ini hah salah satu dari koleksi video cikgu shida ;
Mungkin cikgu shida patut fahamkan nasihat juliana azman sebelum membuat apa2 ulasan. Anggaplah juliana azman memberikan nasihat sesama saudara islam. Tapi komen kat utube tue dah disabledkan lah. Mungkin cikgu shida tak bersedia terima kritikan negatif. Kot. Nasihatlah cara baik. Tapi video dia neh mmg kelakar lah pulak. Benda2 camne tak yah nak marah2 cikgu shida sangat. Tegur guna ayat baik pun bukan rugi pun.
Sozcyili : Popular rupanya cikgu shida neh. hehehe
Ada ipod percuma untuk anda. baca sini untuk tahu cara2nya.
4 ulasan
batu je minggu lepas khalis bagi mak tengok..hehe..terus dia meluat.. ape agenda hot fm, tv3 mempopularkan lagi cikgu shida nie, sampai ctpun nak panggil dalam show dia..perghhh
Seandainya semua lelaki sudah tidak berminat pada seks
Mengapa mereka merakam 3gp lucah??
koleksi artis seksi dalam majalah mangga
Sekadar mimik mulut tapi suara orang lain dah jadi kebiasaan lakonan hindustan.
Cara mencapap (publisiti murahan) memang banyak berlaku , lebih2 lagi melalui youtube.
Smartphone : Risiko "privasi" pengguna terdedah.
Cara Buka Banyak YM dan Banyak ID pada 1 Masa
Wanita Yang Di Sayangi Dan Dicintai Iblis
.
bukan nk kondem tapi agak-agak la..kalau itu hobi dia bermiming buat simpanan peribadi sudah la..xyah nk expose kt you tube ke ape ke..memalukan je..org yg tengok bukan memuji tapi byk mengutuk..hormat la sikit tudung yg di pakai..jgn duk terkinja-kinja sana sini..
dulu dia pakai tudung. skang, dah. . aduhh. sedih aku.
Catat Ulasan