t>

Breaking News

Melodi buka aib adira dan siti saerah.

Semalam aku tengok melodi. Semalam hari apa hah? Hari jumaat. Tapi dah masuk sabtu dah. Sebab dalam pukul 12 lebih kot rancangan tu ke udara di tv3. Aku tahu rancangan tue ulangan. Aku takde lah tengok dari awal tapi ketika aku buka tue melodi tengah bercerita pasal artis yang baru berkahwin tapi dah mengandung. Aku fikir dorang tengah bercerita pasal kris dayanti tapi rupa-rupanya bukan.

Enh melodi rupanya dah ada pengacara baru lah. Zizan dengan seorang artis baru. Artis baru tue perempuan. Tak reti dia mengacara. Aku tengok fara fauzana lagi bagus. Bukan lah aku nak compare baru dengan lama. Cuma nak mengata je dia memang tak reti mengacara. Heh

Nama dia aku tak tahu. Pasal aku tengok melodi ketika ia dah start. Kalau awal2 biasanya mereka akan memperkenalkan nama masing2. Ataupun akhir2 rancangan lah kot. Macam fafau dan wahid. Tapi aku pun tak tengok sampai habis. Pasal aku dah panas ahti dengan melodi. Bengkek ahti aku.

Mula2 melodi bercerita pasal adira. Adira neh yang jadi penyanyi untuk lagu awan dania tue. Tajuk lagu dia aku tak ingat. Tapi lagu dia aku selalu dengar kat astro ria. Lawa gak budak neh. Artis baru. Jangan2 artis akedemik fantasia. Selalu astro mesti promote budak2 af je dalam channel2 mereka.

Interview melodi dengan adira tue takde apa sangat pada mulanya. Tapi ianya makin melampau bila wartawan melodi yang bernama zuan bertanya adakah adira neh masih suci. Dia tanya adakah adira masih suci di depan tv dalam rancangan melodi. Bodoh ke wartawan neh? Soal suci ke tak suci ke apa kena mengena pula dengan kita semua? Apsal pula nak tanya soalan2 peribadi yang boleh menjejaskan nama baik dia? Kesucian, keperawanan, kedaraan dia sebenarnya takde kena mengena dengan kita langsung. Peduli hapa aku dia suci ke tak suci. Bukan nya kesucian dia menjejaskan periuk nasi aku pun. So buat apa aku nak amek tahu masalah peribadi dia pula?

Memang betul kalau dia suci buat apa dia takut nak jawab soalan tue. Masalahnya soalan tue tak patut wujud. Konon nya nak kaitkan kesucian adira dengan gosip yang mengatakan dia pengkid. Pengkid ke dia? Mana lah aku tahu. Benda takde bukti. Lainlah kalau ada gambar, ada saksi. Kalau terbukti dia pengkid bolehlah report JAWI untuk betulkan diri adira tue. Bukan lapor pada melodi. Pasal melodi akan membangangkan lagi situasi. Memang itu kerja melodi. Tengoklah berapa ramai dah artis bercerai dan dimalukan oleh melodi.

Lagi satu soalan berkaitan suci neh ditanya 2,3 kali. Wartawan tue tak percayalah tue yang adira neh suci. Mungkin wartawan mempunyai persepsi yang kebanyakkan artis tidak suci. Tak kesahlah tue. Tapi daripada membuka aib artis2 tertentu apa kata melodi bantu mereka berubah dan dihukum. Kalau dah tahu ada artis2 yg terlibat dalam maksiat, siasat dan laporkan pada JAWI agar boleh ditangkap basah macam memey dan hakim tue. Benda terbukti. Hakim dan memey pun jadi malu. Kan sekarang mereka dah tak duduk sepejabat lagi. Heh.

Dah kurang satu perlakuan zina. Kan bagus? Sama juga macam kes siti saerah. Aku heran betul lah dengan pemikiran melayu tipikal yang akal sempit zaman sekarang. Orang dah kahwin, orang dah ada anak, korang nak kutuk2 kenapa? Pula tue yang korang kutuk ialah perbuatan lampau dia. Baca betul2 LAMPAU = SILAM . Benda dah lepas beb. Apsal nak ungkit2?

Asas melodi nak kutuk siti saerah ialah gambar ini ;


Nampak? Gambar yang tak nampak muka. Melodi siap interview kakak2 siti saerah. Untuk apa? Untuk siasat betul ke neh gambar siti saerah dengan anak dia? Untuk pengetahuan korang, rupanya siti saerah kahwin tahun lepas. Sebenarnya aku pun taktahu dia dah kahwin. Aku baru tahu bila tengok melodi. Kalau di tengok dari gambar di atas, anak dia tue macam dah beberapa bulan. Maksudnya mungkin dia berkahwin ketika kandungan dia berusia 5bulan kot. Budak sebulan dua mana boleh tegak kepala macam tue. Aku tahu lah.

Apa yang melodi buat semalam ialah nak menyiasat samada gambar di atas benar atau tidak. Ye. Dia tukar perkataan mengaibkan orang kepada menyiasat orang. Cantek betul matlamat dorang. Aku mesti respect. Tujuannya pula nak tahu apa? Konon nya nak menjawab dakwaan2 pihak tertentu mengenai siti saerah. Pihak tertentu yang dimaksudkan disini rasa akulah kan ialah pandangan umum kot.

Bila melodi dah korek macam neh daripada orang yang taktahu macam aku terus jadi tahu lah. Tapi takpe kalau aku tahu. Pasal aku akalnya cerdik. Aku tak melihat perbuatan siti saerah itu salah. Mari sini aku terangkan kepada korang kenapa ;

1. Berzina + mengandung + mengugurkan anak + kembali  berzina.

Atau

2. Berzina + mengandung + berkahwin + melahirkan anak + membela anak + mendengar cacian masyarakat + berhadapan dngan cacian tersebut + sedih + minta pertolongan dari Allah swt

Antara dua situasi di atas, korang rasa yang mana satu lagi bagus?? Situasi macam neh selalunya orang2 melayu yang tak cerdik mereka tak nampak. Hanya orang islam je nampak. Orang islam faham sangat2 bahawanya ;

perbuatan zina yang dibuat secara sembunyi2 dan dihentikan akibat sebab2 tertentu kita tiada hak nak buka atau ungkap kembali perbuatan silam mereka ataupun diri kita sendiri kepada orang lain.

Maksudnya disini, kalau ko berzina, ko diam2 sudahlah. Tapi kalau ko teruskan dengan perzinaan ko, dan ko ditangkap basah kelak, ko kena tanggung risiko dihukum ikut undang2 islam iaitu sebatan dan kecaman masyarakat sbb dosa/perbuatan itu ko melakukan secara berterusan dan tiada inisiatif untuk berhenti ketika ko ditahan.

Tapi bagi mereka yang tidak ditangkap dan keluar dari lembah kejahilan usahlah kita membongkarkan kegiatan2 lepas dia selagi mana dosa2 dia tak bersabit dengan orang lain. Orang tue berzina, dia guna duit korang ke?  Tak kan ? So watpe nak buka aib. Lantaklah dia pun. Kalau dia berkahwin sbb dia mengandung pun, lantaklah. Korang sibuk apa?

Korang nak cakap perbuatan2 dia neh menjejaskan orang islam yang lain? Akan menyebabkan orang bukan islam pandang serong pada orang islam? Sbb tue kena kutuk orang2 mcm neh? Macam mana orang bkn islam tak pandang serong kalau dah org islam sendiri yang pergi kecoh aib saudara2 mereka di seantero dunia? Macam mana? Benda dah aib, ko pergi buka pula. Dari orang taktahu jadi tahu. Lepas tue ko salahkah dia bila org2 bkn islam TAK respect pd orang islam. Kalau ko tak buka aib orang, ko fikir org lain akan tahu?Inilah dia namanya aib orang yang kita tutup. Kita jaga. Demi kesejahteraan masyarakat umat islam. 

Bukan nya prkara2 jahat yang melibatkan pemimpin2 kita. Sebab bila pemimpin buat dosa menyeleweng wang rakyat, ia bersabit dengan kita secara langsung. Melainkan dosa2 maksiat pemimpin je kita kena tutup selagi dosa2 dia tak bersabit dengan kita, jangan kita buka. Kalau dah dosa dia tue menyusahkan kita, memang wajar kita dedah untuk diambil tindakan. 

Tapi golongan artis neh bukan pemimpin. Pergilah mamposlah dengan dosa2 dia yang tak bersabit dengan kita. Yang nak kecoh satu dunia buat apa. Sepatutnya melodi patut interview linda jasmine dan que haidar sbb menghadiri majlis yang ada arak di sini. Atas kapasiti mereka sebagai wartawan artis, mereka patut laporkan pada jawi agar que dan linda di ambil tindakan sebab melakukan perkara ini di suatu tempat secara terangan2 meskipun dalam kelab yang tertutup pintunya. Sebab orang dah bagi bukti. Kalau tak di ambil tindakan ia akan menjadi adat dan ikutan pula anak2 mereka kelak. 

Apa pun aku respect juga jawapan bijak dari kakak2 siti saerah. Sbb mereka tidak menipu untuk menyelamatkan maruah adik sendiri. Namun mereka tidak pula memberikan gambaran negatif pada adik sendiri. Kalau aku jadi wartawan melodi, aku malu. Malu buka aib orang yang dah berubah. Daripada aku sibuk cungkil kisah silam siti saerah lagi bagus aku skodeng artis2 yang buat maksiat, peh tue aku lapor kegiatan mereka pada JAWI. 

Dan artis2 yg suka dedah aurat pula, aku akan sentiasa edarkan risalah yang tertera dengan firman Allah swt pasal dosa buka aurat kepada mereka sampailah mereka jemu menerima risalah itu lagi. Tak pun aku provoke mereka habis2an dengan berdebat pasal aurat umat islam. Pueh gak ahti buat macam tue. Sbb akhlak mereka itu jadi ikutan penganut2 artis tersebut. At least jalan untuk mengubah itu aku ada buat, ada usaha. Bukan duduk diam, tunggu kesalahan lama artis terdedah lepas tue kecoh bagai nak rak kat satu dunia. Melodi, kalau ko tak diban di malaysia neh ahti aku mmg takan puas. Aku berperang dengan ko. Aku di pihak yang membela siti saerah, adira dan pelbagai lagi aib lain2 artis yang ko buka atas nama rating.


Nota : Link artikel neh akan diberikan kepada wartawan melodi yang ada facebook.

Sozcyili : Jangan buka aib org yang mana dosanya tidak bersabit dengan kita.

17 ulasan

mykhalis berkata...

mula -mula ingatkan nak cerita sekadar blog hiburan..dah berlambak2..tapi kalau dari sudut hiburan dan pandangan kita sebagai orang islam.. ini yang terbaik.. aku sokong blog nie..

Email 1 Malaysia!!! penting untuk rakyat malaysia
Jom anti PAS!!!??
koleksi artis seksi dalam majalah mangga

..cik faTiha Tea'ah... berkata...

salam..sila betulkan kalau sy salah..tp kan, bukan ke, kalau seorang wanita itu mengandung anak luar nikah, dy kene lahirkan anak tu dulu, baru leh kamwin, xkira lah ngn pak sanggup ke, atau btl2 ayah baby tu...kalau x,anak tu ttp dikira anak xsah..begitu juga dgn perkahwinan mereka..

kairulizwan berkata...

melodi nie banyk buruk dari baiknya....aku pun dh nyampah nk tgk...kalo tgk pun psl fafau huhuhuhu...bila masuk gosip aku trus tuka chnl..heranya napa tkder sesapa saman melodi nie..

Unknown berkata...

@sutera kasih.
kita ikut mazhab syafie. boleh berkahwin dgn perempuan mengandung. tapi, kandungan dia mestilah lebih tempoh 6 bulan dalam perut baru bleh dibinkan kepada suami mak dia. tp dlm kes si saerah, tak tau la anak tu lebih atau kurang 6 bulan. tak berani nak buat spekulasi apa2..

Jue Nara berkata...

setuju sangat, rancangan hiburan masa kini banyak mengaibkan org, klu artis tu dh bertaubat rasanya tak perlu la bukak balik kes tu..

eira berkata...

salam..
sutera qasih-seseorg ley kawin ngan org y tgh mngandung ank luar nikah..setiap ank luar nikah xley d binkan pada sape2..
*2 y eira blajar la,mntak maaf klau slah..

hmm..b'blik pada entri ni,jgn sesekali buka aib org,sbb t Allah akn buka aib kita kt akhirat kelak..

wallahualam..eira xmo komen byak2..tkt2 kecoh an..

Ismi Azraf berkata...

Untuk sudah berzina dan wanita sudah mengandung, untuk pelaku zina si lelaki dan wanita bernikah sedangkan wanita tersebut sedang mengandung , ianya ada khilaf Ulama.Ada yang membenarkan dan ada yang mengharamkan(untuk perkahwinan pelaku zina si lelaki berkahwin dengan pelaku zina wanita yang mengandung). Tapi kalau lelaki suci mahu bernikah dengan wanita yang mengandung anak zina,wajib ia tunggu wanita tersebut lahirkan anak tersebut, jika wanita tersebut tidak mengandung tetapi ianya penzina,maka lelaki suci kena tunggu wanita tu 3 kali haid(Untuk memastikan tiada benih lelaki lain di dalam rahim wanita tersebut).

p/s : boleh Rujuk:
1. Kitab Fiqh islam Waadillatuh,bab Iddah mukasurat 595-596 dan 154-156
2. Fiqh al-Islami wa Adillatuhu oleh Syeikh Wahbah Zuhaili cetakan Darul Fikr Syria Jilid 9 mukasurat 6648-6650
3. Tafsir Ayat al-Ahkam oleh Syeikh Muhammad Ali al-Shabuni cetakan Darul Shabuni Jilid 2.
4. Fatwa Darul Ifta’ Misriyah jilid 8
5. Fatwa Syeikh Ali Jumuuah Jilid 1


FARISZ@AZ.Com
Wanita buat gangguan Seksual Terhadap Lelaki!!!
Cara Buka Banyak YM dan Banyak ID pada 1 Masa

p/s : Melodi memang suka buka aib individu , malah pernah membawa kesan artis bercerai akibat pergaduhan.

Farhana Jafri berkata...

mlas tgk melodi.. yupp.. pngacara pmpuan tu nme dira.. bru mnggu lpas msuk jd pngacara.. suke SS.. zizan je yg bnyak buat lwak.. adira yg kne tuduh pengkid tu dax AF8.. naib juara.. yg psal wrtawan dy tny tu mmng xptut la smpai mcm tu.. bnda tu prvate.. yg psal anak siti sarah tu.. xnk komen pape.. xd bukti..

jemput singgah ANASAURUS :)

hana berkata...

erm..
x patut la melodi ni d teruskan..
x bole ke kalo d hentikan?

Afdal Collections berkata...

ala. mcm keling la admin nie. melodi bkk aib org xelk t masyarakat mencaci diaorg. ble ali rustam bkk skolh tuh ko bangkang pdhal matlamat ape? sbb nk elak dicaci org laa. ko ckp dasar politik mcm nie la. sume je slh mcm PR tuh sume btol? adoi macha2.

AmenoWorld berkata...

afdal ; sebelum ko termalu sendiri, aku sarankan ko baca balik betul2 apa yg aku tulis kat entry ali rustam tue dan fahamkan betul2 apa yg aku tulis kat dalam blog aku. walaupun ko bakal malu, aku no hal. aku terima ko sebagai pengkomen yg kurang peka. okey. biasalah bab2 kesilapan dan dosa neh, aku lagi mahir dari ko. kan? heh

Mama Qist berkata...

salam ameno world..aku nak ko betulkan fakta budak baru lahir tak boleh tegakkan kepala..sapa cakap???? ko tgk sendiri ke? macam mana kalau aku cakap anak aku umur baru sehari dah boleh tegakkan kepala..macam mana? macam mana? macam mana? aku tak menipu, ini juga yang makcik2 aku terkejut,...heh tak payah terkejut..bila aku selidiki..org dulu2 mn makan supplemen yg doktor bg,tak mcm org sekrg.. org dulu2, ank keluar mata masih tertutup, kepala lembik..aku? aku sentiasa makan suplemen yg doktor bagi, tak miss..ank aku lahir..mata bulat..kepala tegak..ko kena amik tahu bnda ni sebelum menulis artikel..klu tak silent reader macm aku tembak ko balik..

AmenoWorld berkata...

mama qist, yg ko nak bengang kenapa? kalau anak ko leh tegakkan kepala, baguslah. tahniah. heheheh tp aku takmo betulkan apa2 kat sini sbb takde apa yg aku cakap tak salah pun. apa yg brlaku kat anak ko ialah 00000000000000000000000000.1%.dan kecil. apa2 pun tahniah sbb anak ko kuat dan ko pun kuat.

memandangkan ko cakap makcik2 ko pun terkejut. kenapa terkejut sbb ia masuk ke tahap mustahil. sbb apa mustahil sbb ia hampir tak berlaku. tp dah berlaku kat ko macam aku cakap tadi tahniah la ye. lagipun kata2 ko kat sini, org akan baca juga. so lama2 dorang tahu lah yg ada budak sehari dah leh tegak kepala. kan? jadi takyah runsing apa2 lah.benda kecik je. heheheh. jgn marah2 okeyh.

mia hannah berkata...

haha btl ank sbulan 2 xleh tgakkan kpala..klu dkg pon kna ampu kpala..tp ak bbkn komen psl ank saerah ni..ak cm nk btlkan pndangan mama qist ni..sbb ank ak xbole pon buat mcm 2..hehe jgn mrh ye..

justme berkata...

se7..nGee~~ sangat hebat dia....

Tanpa Nama berkata...

hahahahahahaha...hebat sesangat bukan...kah kah kah..!! anak ak pun lahir mata dah buat,rilek jer..xde pn rasa nk sembur admin ni..hahahah..kita kena paham..admin cakap ikut fakta..ade paham...wiwiwiwiw

Tanpa Nama berkata...

mama qist tue meroyan....apesal laa nak marah sesangat....