t>

Breaking News

[Truth story] Ali : from islam to christian part II

Bagi korang yang belum baca benda neh dari awal ataupun lebih tepat ali story, korang kena refer kat link dulu untuk pemahaman penuh. Dan kisah ali neh pula bukannya satu2nya kisah yang akan aku kupas pada masa akan datang. Ada banyak kisah macam neh akan aku tulis kelak. Bab2 akidah neh memang menjadi salah satu perkara yang aku suka nak ulas. Bagi pandangan aku bilamana aku amek tahu perkara2 macam neh secara tak langsungnya aku akan mencari ustaz dan membaca artikel2 berkaitan untuk memahamkan apa2 yang aku tak faham. Dari situ automatik aku belajar dan dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan islam.

Aku anggap korang yang baca neh memang dah baca lah pengakuan penuh ali kat artikel sebelum ini. Ali neh sapa? Dia bekas penganut islam yang bertukar anutan. Dari islam dia pergi ke kristian. Ali ni orang mana? Orang turki. Berdasarkan kepada artikel. Entah betul entah tidak aku kurang arif. Dari mana perkara ini aku tahu? Mudah. Hanya melalui facebook. Ataupun lebih tepat iklan facebook. Tengok bawah ;



Nampak apa yang aku nampak? Ini ialah iklan yang berlegar2 di facebook aku. Malahan facebook korang juga. Benda yang aku tutup tue ialah laman web dari mana aku dapat kisah ali neh. Tujuan aku tutup ialah aku takmahu mempromosikan laman dia di blog aku. Aku takde keinginan itu. Maaflah kalau ada pembaca2 kristian yang membaca ini. Aku rasa jika korang berada di tempat aku pun, korang mesti takde minat nak promosikan penganut kristian yang masuk islam ye tak?

Lagi satu boleh jadi mungkin ada pembaca2 blog ini yg berhajat tukar agama macam ali ke, so aku takmolah jadi penyumbang kepada memudahkan urusan tersebut. Sorry. Namun aku tahu di zaman canggih serba teknologi neh memang korang leh cari tak kiralah aku tutup macam mana pun.

Pandangan aku ialah ;

1. Iklan ini memaparkan wajah wanita yang seakan2 berpurdah. Ya, purdah. tutup semua kecuali mata. Masalah ke? Bagi aku memang ada sedikit masalah. Purdah ini lazimnya dikaitkan dengan orang islam. Bukan orang kristian. Mungkin kah ada di negara2 lain yang mana penganut kristian dia berpurdah? Kalau ya, aku minta maaf sbb aku salah anggap.

Dan kalau anggapan aku benar, adakah ini sebagai salah satu promosi untuk menarik orang islam masuk ke kristian? Aku sangat2 tidak menyukai perbuatan ini. Tetapi aku tiada hak untuk menghalang kristian mengembangkan ajarannya. Orang islam juga boleh berdakwah melalui konsep ini. Laman web ini bukan sahaja ada kisah ali malahan banyak kisah2 yang diceritakan. Aku baca tiga kisah setakat ini dan ketiga2 kisah ini sama sahaja. Iaitu org islam convert ke kristian. Malahan ada filem pendek lagi menceritakan mengenai ali [lakon semula].

2. Mereka juga meminta pandangan umum mengenai kisah ali dan lain2 kisah juga. Tetapi aku cenderung untuk tidak tinggalkan komen. Bagi aku ini mungkin salah satu cara untuk mereka memperbaiki kelemahan2 mereka dalam mengisahkan kemurtadan orang islam di seluruh dunia.

3. Kisah ali neh membawa nama turki. Turki ini adalah kerajaan sekular yang sedang berubah dan mula menerima islam sebenar sedikit demi sedikit. Turki juga kuat menentang israel dan sedang melalui zaman kebangkitan semula, dimana mereka mula sedar islam yang mereka amalkan dulu agak jauh terpesong. Memang tak hairan kalau kisah ali neh benar. Tetapi dalam satu hal yang lain juga, boleh jadi ini ialah salah satu taktik untuk memburuk2kan negara turki. Tak siapa tahu. Mungkin juga untuk memberikan persepsi bahawa di turki bebas tukar agama.

Dalam artikel itu juga disebutnya MEKAH. Haitt.. mekah beb. Itu maksudnya apa? Di sini aku sebenarnya memang takmo fikir bukan2 dan dalam2. Bukan niat aku nak kaitkan itu ini ttp fikirlah bila mereka dok mention2 mekah tue, aku merasakan mereka nak membuat persepsi bahawa ali yang kat mekah neh pun dapat hidayah masuk kristian beb. Jangan main2. Mekah tue tempat idaman umat islam selagi mana hayat dikandung badan. Lainlah kalau dah meninggal kelak. Memang lah syurga jadi pujaan pula. Mungkin mereka nak tanamkan pandangan bahawa mekah itu bukan tempat suci dan benar sebagaimana yang umat islam seringkali laungkan.

4. Laman web ini sangat tersusun. Ada video, ada forum, ada mcm2. Maksudnya ini satu gerakan kristian yang tersusun. Salah ke? Tak salah. Malahan aku kagum. Bagi aku orang islam patut buat macam yang mereka buat. Sekarang neh laman blog yang aku selalu baca iluvislam. Namun kalau ada medium macam yang laman web kristian neh buat lagi bagus. Bukan orang islam je ada convert ke kristian. Orang kristian pun ada yang convert ke islam, malahan lagi ramai apa.

5. Dari kisah ali tue aku dapat simpulkan bahawa ali peluk kristian sbb dia tak pernah dalami ilmu islam. Maksudnya disini kalau ko lemah akidah pasal malas nak polish dan upgrade iman dan ilmu ko, maka dengan mudah orang lain berupaya hasut ko untuk tukar agama.

Masih ingat kisah IFC? IFC tue apa? Yang neh ramai gak orang islam malaysia taktahu. Sedih gak aku. IFC neh persatuan kristian yang dianggotai oleh orang2 melayu + islam yang murtad. Dimaklumkan lina joy juga mengangotai ifc neh. Walaupun lina joy kalah dimahkamah untuk tukar agama dan nama tetapi cara hidup lina joy tak berubah. Dia mungkin tak boleh tukar ic dan menyatakan dia bukan org islam atas kertas ttp kehidupan yang dia lalui kini bukanlah kehidupan org islam pun. Dia masih bebas. Masih berkeliaran. Tanpa ada apa2 sekatan ataupun usaha untuk mentarbiah dan mendidik dia semula ke pangkal jalan.

IFC pada tahun 2009 tak silap aku telah membuat tuntutan 15 perkara yang sangat2 tidak munasabah. Salah satu idea yang karut lagi mengarut ialah IFC mahu kerajaan menetapkan bahawa budak umur 18 tahun kebawah tidak boleh ditentukan agamanya. Maksudnya disini ;

1. Katakanlah aku kahwin

2. ada anak 2 orang

3. aku org islam

4. anak aku tak boleh di anggap sebagai org islam

5. sehingga dia berumur 18 tahun barulah dia [anak2 aku tadi] boleh pilih apa agama yang mereka nak anuti.

6. walaupun aku kahwin dengan org islam

Korang rasa munasabah ke idea ifc neh? Tak kan? So idea yang sangat2 merepek dan childish ini ditolak oleh paklah pada ketika itu. IFC neh dianggotai oleh ramai peguam2 sebenarnya. Malahan apa yang membuatkan aku rasa sangat2 pelik, macam mana ifc neh boleh dinamakan as persatuan? Adakah persatuan ini berdaftar? Dan kenapa perkara ini tidak diwar2kan di media arus perdana?

Soal semangat kebangsaan [asobiyah] selalu menjadi teraju utama media arus perdana. Tapi kalau bab2 akidah fuuhhhhh... sebelah mata ko tak pandang ek. Buktinya ramai org islam yang taktahu cukur kening dan pakai bulu mata palsu itu haram! Nampak tak? Benda yang paling simple pun orang islam taktahu pasal dah terlalu bercampur halal + haram = haram lah hasilnya. Even aku pun baru tahu yang lelaki haram pakai inai. Aikk.. aku siap pakaikan inai kat anak2 sedara lelaki aku beberapa bulan lepas masa kenduri kahwin. Arhh sudah. Sesat lagi menyesat.  Nak salahkan kerajaan 100% memang tak adil. Tanggungjawab untuk kenal islam terletak atas diri masing2. Tapi janganlah sampai kerajaan lepas tangan dan biarkan rakyatnya bermain2 dengan akidah masing2 pula. Maksudnya disini

kerajaan + rakyat islam = sama2 berusaha menjaga akidah umat islam.

Kesimpulannya lah bagi aku kisah ali tue karut lagi mengarut. Mungkin hanya 0.00001 je yang benar. Selebihnya ditokok tambah bagi menyedap rasa dan jalan cerita sedangkan kita dah bagi umat kristian banyak masa untuk membuktikan yang Alquran itu ciptaan Muhammad saw.  Tapi mereka gagal sampai sekarang. Pandangan dari kristian mmg dialu2kan di blog aku. Tapi perbincangan sihat, bukan caci maki. Harap maklum.

Sozcyili : Berperang dengan org jahil islam lebih mudah daripada mengajak umat islam yg berciri2 munafiq mempertahankan islam yg benar.

5 ulasan

Ismi Azraf berkata...

Cerita yang belum tahu kesahihannya,mungkin ia bertujuan untuk memburukkan Islam dan negera Turki.

 Tutorial blog


Smartphone : Risiko "privasi" pengguna terdedah.


Wanita Yang Di Sayangi Dan Dicintai Iblis

.

Chybee berkata...

memang tak masuk akal cerita ali tu. harap2 takde la yang terpengaruh bulat2.

thanks utk artikel ni. suke baca :)

Unknown berkata...

Pakai bulu mata palsu tuh haram ke? Cukur kening tuh tahu sebab mengubah kejadian. Bulu mata palsu pon ye ker? Macam x boleh pakai rambut palsu tu ker?
@.@

Tanpa Nama berkata...

yup, sy setuju dgn penyataan anda.
gov kene lebih prihatin ttg tekno skrg utk mjaga akidah umat Islam, dan act umat islam sendiri yg kene ubah corak pemikiran mereka.

Zapperz berkata...

Lelaki pakai inai haram? Setahu aku kalau melukis sesuatu di atas kulit haram. Kalau ye, kenapa haram? Cukur bulu kening haram sebab mengubah kejadian yang Allah cipta. Tetapi pakai inai bagi lelaki haram????