t>

Breaking News

12 Majlis Bandaraya Selaraskan Kompaun Kesalahan Lalui Lintas

Semua 12 Majlis Bandaraya di seluruh negara kini menggunakan kadar baru yang diselaraskan bagi kompaun kesalahan lalulintas dan bayaran untuk tindakan mengalih dan menyita kenderaan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987
Penyelarasan itu diputuskan pada mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan, MNKT ke-64 yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, siang tadi.
Pada sidang media selepas mesyuarat itu, Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung menjelaskan, dengan penyelarasan itu kadar kompaun minimum kini dinaikkan kepada RM50 dan maksimum RM300 mengikut kesalahan
Ia berlandaskan dua prinsip iaitu peningkatan nilai kompaun jika lewat bayar dan kompaun berganda bagi pesalah tegar.
Kadar baru itu membabitkan 13 kesalahan yang memberi kuasa kepada warden trafik pihak berkuasa tempatan mengeluarkan saman mengikut Akta Pengangkutan Jalan.

DATUK CHOR CHEE HEUNG / MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Dengan adanya penyelarasan kadar kompaun baru kesalahan lalulintas dan fee bagi tindakan untuk mengalih, menyita kenderaan ini, ianya menjadi standardize for all this offences dan all this compound also standardise.

Turut diluluskan, cadangan mewajibkan pemasangan talian komunikasi termasuk internet bagi setiap bangunan kediaman baru. -tv3-

 Makna nya kompaun terrendah rm30 tue dah tak wujud lagi lah. Masyarakat malaysia patut di ajar untuk mematuhi undang2 jalanraya bagi mengurangkan kadar kemalangan di malaysia.

Sozcyili : Lewat bayar kena bunga whoo sekarang..

Tiada ulasan