t>

Breaking News

Pertahankan utusan malaysia - zahid hamidi


BAGAN DATOH 25 Mei - Rakyat perlu mempertahankan akhbar Utusan Malaysia yang menjadi sasaran kritikan parti pembangkang kerana akhbar itu berperanan memperjuangkan hak orang Melayu di negara ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pengorbanan yang dilakukan oleh wartawan dahulu terbukti dengan memberikan sumbangan dan menjadi penyambung suara rakyat dengan pemerintah.

Katanya, ketika belum ada pembangunan, wartawan Utusan menyeberang sungai untuk mengumpul dan menulis berita.

“Wartawan dahulu menggunakan mesin taip yang kini sudah tiada dan mana ada akhbar Cina, India dan Harakah yang sanggup berkorban seperti akhbar Utusan Malaysia ataupun Utusan Melayu ketika itu.

“Kita sepatutnya mengenang jasa pengorbanan wartawan Utusan kerana mereka orang Melayu Islam yang memperjuangkan hak orang Melayu.

“Saya akan menjadi orang tengah menghalang mana-mana pihak yang cuba memboikot akhbar Utusan Malaysia,” katanya.

Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian komputer riba 1Malaysia di kawasan Parlimen Bagan Datoh di Sekolah Menengah Sri Muara, Bagan Datoh semalam.

Seramai 2,876 pelajar di kawasan Parlimen Bagan Datoh menerima komputer riba atas keprihatinan kerajaan.

Ahmad Zahid berharap kerajaan mengambil langkah tegas dan bertindak ke atas pembangkang yang tidak menghormati pengorbanan wartawan Utusan Malaysia.

Sehubungan itu, tegasnya, orang Melayu yang menyertai pembangkang perlu keluar daripada pakatan pembangkang dan kembali menyokong orang Melayu dalam pilihan raya umum akan datang. - utusan online-


Sozcyili : Perjuangan utusan dulu dan sekarang masih sama ke? Hahaha..

Tiada ulasan