t>

Breaking News

Akhil hayy bela bob lokman?

Akhil hayy nampaknya macam membela bob lokman yang diserang oleh ramai artis antaranya awie dan jamal abdillah baru2 neh. Bob lokman takde apa sangat. Dia pun diam-diam je bila banyak pihak kutuk2 dia yang dah berubah. Kononnya punca dia berubah sebab tak boleh cari makan di dunia seni. Boleh lihat sini.

Baca bawah neh kenyataan akhil hayy ;

PERSELISIHAN faham antara penulis lirik, pelakon dan pengacara, Bob Lokman dengan vokalis kumpulan Wings, Awie yang tercetus baru-baru ini mengejutkan banyak pihak.

Hubungan yang terjalin lebih dua dekad itu akhirnya goyah apabila Awie nyata tersinggung dengan kenyataan Bob Lokman yang disifatkannya sebagai memburuk-burukkan dunia hiburan hanya selepas dirinya berhijrah ke dunia dakwah.

Kedua-dua pihak saling berbalas kenyataan dan ini sedikit sebanyak memberi gambaran negatif terhadap mereka. Keadaan ini juga memberi peringatan terhadap apa yang pernah berlaku kepada penyanyi dan penceramah bebas, Akhil Hayy. 

Ia berlaku disebabkan kejujurannya ketika diminta mengulas oleh wakil media mengenai terdapat ajaran sesat dalam golongan artis. Akibatnya dia terheret dalam kancah kontroversi walaupun apa yang dinyatakan itu disokong dengan fakta dan bukti. 

Apabila berlaku perselisihan pendapat seperti ini, ia memberi gambaran seolah-olah sudah menjadi kebiasaan di kalangan artis yang berhijrah untuk cenderung menghentam dunia yang pernah mereka jadikan sebagai periuk nasi itu. 

Bagaimanapun ketika diajukan pertanyaan ini, suami kepada penyanyi Waheeda itu berkata, dia menafikan bahawa artis yang sudah berhijrah mempunyai niat untuk menghina artis yang masih aktif dalam dunia seni.  
“Saya hanya menjawab pertanyaan wartawan terbabit yang bertanyakan apakah wujud ajaran sesat di kalangan artis. Saya berkata sedemikian berdasarkan pengalaman sendiri dan juga isteri saya, Waheeda yang melihat ada sesetengah amalan yang dilakukan oleh segelintir artis ini menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar. 

“Tapi perkara itu disensasikan sehingga saya didakwa sebagai celupar kerana memberi gambaran tidak baik terhadap dunia hiburan, khususnya kepada golongan artis,” kata Akhil. 

Tambahnya, berdasarkan apa yang berlaku , artis yang sudah melalui proses perubahan itu sekadar berkongsi pandangan peribadinya selepas menerima hidayah dari Tuhan tanpa ada niat untuk memburukkan sesiapa atau berasakan dirinya lebih mulia. 

“Hanya mereka yang berada dalam situasi ini saja yang memahami keadaan sebenar. Siapalah kita untuk mengatakan lebih baik, manakala orang lain buruk. Jangan membuat andaian kerana perkara ini boleh memporak-perandakan lagi keadaan,” jelasnya lagi.

Nampaknya memang betul lah ada ajaran sesat lagi menyesatkan dikalangan artis malaysia. Kalau dah guna term sesat tue sahihlah orang yang terlibat tue orang islam. Hish.. rais yatim buat apa? Si nurul ain pun dia tak denda2 lagi. Takan tidor memanjang?

Patutlah ada sebilangan artis yang marah bila bob lokman menceritakan pengalaman dia ketika dia bergelar artis. Mereka bukan apa, takut kot kalau2 bob lokman bocorkan rahsia mereka.. heheheh.. aku agak je lah.

Sozcyili : Awie paling panas.. ada sebab ke?

Tiada ulasan