t>

Breaking News

Suspek penyimbah asid semakin menjadi-jadi

Rasanya ramai dah tahu kes baling asid sejak kebelakangan neh. Sang pembaling asid neh hanya membaling asid kepada kaum wanita sahaja. Teori aku mudah. Aku syak dia putus cinta. Sebab tue dia meroyan macam tue. Maybe kena tinggal awek, dia tak boleh terima then lepaskan geram pada wanita lain.


Menurut sidang media pihak polis semalam ;

1. Mangsa terbaru ialah anak seorang pegawai polis.
2. Dipercayai penjenayah memang sengaja menyerang anak polis dalam niat untuk mencabar pihak polis.

3. Anak polis ialah mangsa yang ke 23 suspek setakat yang diketahui sehingga kini.

4. Jika sebelum neh wanita / perempuan pejalan kaki sering diserang, tetapi kali neh yang berkereta pun harus berhati2 ketika buka cermin ini kerana kejadian anak polis disimbah asid berlaku ketika mangsa membuka cermin kereta.

5. Asid yang dimaksudkan ialah sejenis cuka. Ia tidak menyebabkan kesan melecur ataupun terbakar tetapi ia akan menyebabkan iritasi seperti kegatalan di kulit muka [tempat yang disimbah asid terbabit].

6. Jika anda rajin menonton berita di tv3, pihak polis sebenarnya telah mengeluarkan kenyataan amaran tak silap 3 kali sehingga semalam. Tetapi masih terdapat lagi wanita2 di sekitar kl dan selangor tidak menyedari amaran tersebut. Mungkin kenyataan ini tidak harus disiarkan di tv semata2, jadi sila hebahkan kepada rakan2 anda yang duduk di sekitar selangor dan kl supaya berhati2 [hopefully ibu ku selamat juga sebab dia kat key ell tue]

7. Suspect menggunakan motor ketika menyerang mangsa. Dan semalam pihak polis ada mendedahkan bahawa suspect bukan berseorangan, iaitu suspect ada rakan sepenjenayah. Namun masih tunggu siasatan lanjut. Baca bawah ;

Seorang gempal, seorang lagi kurus.

Usia pula sekitar 20-an dan 30-an.

Itu gambaran suspek kes simbah cecair dipercayai asid.

Melalui kamera litar tertutup di beberapa lokasi kejadian juga, polis dapat mengecam warna kulit suspek. Suspek juga katanya menggunakan 2 jenis motosikal.Setakat ini, 22 kes simbah cecair dipercayai asid di Lembah Klang dilaporkan.70 peratus daripadanya dilakukan berseorangan.Bakinya dilakukan berpasangan.Cecair terbabit juga katanya, sejenis bahan kimia sukar didapati.
Kegiatan menyimbah sejenis cecair dipercayai asid jenis thinner dan alkali semakin menjadi-jadi.Penjenayah yang masih belum diberkas dikatakan menjadikan wanita sasarannya.Polis kini sedang mengkaji corak aktiviti jenayahnya

DATUK SERI MOHD BAKRI ZININ / PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH BUKIT AMAN
Monday to Friday dia bergerak sebelah petang. Saturday-Sunday bergerak sebelah pagi. So this is the thing kita kaji. By the way, without info detail dari public, its very difficult for us. Not to say kita tak boleh tapi akan ambil masa panjang.

Sehingga kini, 22 wanita sudah menjadi mangsa perbuatan tersebut yang dikesan aktif, Februari lalu.Polis bagaimanapun sehingga kini belum mengenal pasti motif perbuatan jenayah suspek berkenaan.Orang ramai yang menjadi mangsa atau melihat kejadian diminta melaporkan kepada polis di talian tertera.


8. Apa yang perlu dibuat oleh wanita sekarang ialah berhati2 dan dalam masa yang sama cuba hafal / lihat no plat motor yang menghampiri anda. Memang betul, lari, lari juga. Tapi kalau dapat hafal no plat motor tue lagi bagus. Dengan no plat motor tue pihak polis boleh locate suspect dengan lebih cepat. 

9. Dan jika korang rasa korang kenal penjenayah neh sila jangan segan silu bagi maklumat tersebut kepada balai polis yang berhampiran anda. Ataupun hubungi rakan cop. No rakan cop ialah seperti tertera di bawah neh ;


Sozcyili : Kena tinggal dengan 1 pompuan, 23 pompuan lak jadi mangsa!

Tiada ulasan