Anwar Diperintah Bela Diri Atas Tuduhan Meliwat
Datuk Seri Anwar Ibrahim diperintah membela diri terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu selepas mendapati ada kes prima facie terhadap tertuduh.
Enam hingga 30 Jun depan ditetapkan untuk ketua pembangkang itu bela diri.
Dalam hujah penghakiman yang berlarutan lebih sejam, Datuk Mohd Zabidin berkata tiada sebab bagi mahkamah untuk tidak menerima bukti diketengahkan pihak pendakwaraya.
Mahkamah katanya mendapati Mohd Saiful saksi yang boleh dipercayai dan keterangannya selaras dengan saksi pakar iaitu berlaku penetrasi.
Mangsa juga katanya berada di kondominium berkenaan ketika kejadian .
Selepas memerintahkan Datuk Seri Anwar membela diri, hakim kemudian menemui kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan untuk tarikh bela diri.
Enam Jun depan ditetapkan.
Barisan peguambela diketuai Karpal Singh.
Manakala pihak pendakwaan diketuai Peguamcara Negara Dua, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden.
Keputusan dibuat selepas 59 hari perbicaraan.
Nampaknya anwar ibrahim telah dijatuhkan hukuman bersalah atas kes liwat. Kalau dia tak dijatuhkan bersalah kenapa pula nak panggil dia bela diri? Betul tak?
Kes ini bagi aku mengandungi beberapa keraguan. Antaranya ;
1. Kisah saiful yang tak mandi hadas tapi bersolat jumaat.
2. Tak nak mandi sebab nak simpan bahan bukti sedangkan selepas diliwat dia boleh je buat laporan polis dan pemeriksaan perubatan.
3. KY jelly berada di dalam simpanan saiful. Takanlah seseorang yang dah liwat ko, ko akan simpan benda tue pula?
4. Spender lembab saiful yang dipakai pada hari kejadian liwat berada di rumah bekas tunang saiful. Maksudnya selepas diliwat dia sempat singgah rumah ex-tunang dia pula. Buat apa sampai tinggalkan spender kat sana?
5. 9 individu lain yang turut berada bersama2 anwar ibrahim di dalam appartment tersebut tidak dipanggil untuk memberikan keterangan. Seolah2 nak buat persepsi hanya anwar ibrahim dan saiful je berada dalam appartment terbabit.
6. Saiful makan karipap dan minum air kopi selepas diliwat. Entahlah. Kalau seseorang itu dirogol ataupun diliwat secara paksa.. takanlah sanggup nak makan?
7. Orang muda macam saiful tak mampu kalahkan orang yang dah berusia serta sakit tulang belakang macam dsai? Pelik.
8. Kemunculan video zina yang merakamkan aksi zina mirip pemimpin pembangkang. Mula2 dsai dikatakan peliwat..sekarang penzina pula? Macam2.
Susah nak cakap apa2 sekarang. Cuma kena tunggu keputusan mahkamah je lah.
Tiada ulasan
Catat Ulasan