t>

Breaking News

Remaja Berbasikal 3 Jam Di Awal Pagi Untuk Berlepak

Di Shah Alam, 10 remaja berusia antara 12 dan 16 tahun ditahan dalam operasi cegah samseng jalanan awal pagi tadi.

Semata-mata mahu melepak, mereka sanggup menunggang basikal selama 3 jam dari Sijangkang, Banting.

Semua remaja ini ditahan dalam sekatan jalan raya polis, di Jalan Masjid Shah Alam, 3 pagi tadi.

Menurut pegawai operasi trafik IPK Selangor, ASP Hambazi Abdul Rahman, soal siasat mendapati mereka berbasikal dari Sijangkang ke Shah Alam tanpa pengetahuan ibu bapa.

Pemeriksaan juga mendapati, 2 daripada mereka turut menyimpan rokok dalam poket.



Baru berumur 10 tahun dah pandai2 melepak sampai ke jam 2,3 pagi? Dasat lah budak2 zaman sekarang neh. Teknologi pun tak terkejar kecanggihan mereka dalam bersosial. Heran aku. Apsal budak2 zaman sekarang tak macam budak2 zaman dulu ye?

Sudahlah melepak, siap merokok lagi. Umur baru setahun jagung tapi dah merokok? Orang umur dah 20++ pun tak pernah sentuh rokok. Ini budak umur 10 - 12 tahun dah pandai pegang rokok? Apalah nak jadi dengan budak2 neh. Dan mereka semua neh keluar rumah tanpa pengetahuan ibu-bapa masing2. Mesti pakat2 tipu keluarga masing2 cakap tidur rumah kawan kan? Last2 terkantoi melepak kat shah alam. Mentang2 lah shah alam tue malam = siang.

Rasanya ibu bapa kena lebih kerap awasi anak masing2. Kalau anak sendiri bermasalah pun nak salahkan kerajaan juga, taktahu lah aku nak kata apa dah. Pandai beranak, pandai jaga anak. Simple.

Sozcyili : Motor = merempit. Basikal = ?

Tiada ulasan