t>

Breaking News

Biodesel ganti diesel kini di putrajaya.

Kerajaan akan meneruskan pelan pengenalan Biodiesel, B5 dengan peringkat pertama pengenalannya bermula di Putrajaya. Efektif 1 Jun, semua stesen minyak di kawasan itu akan membekalkan diesel campuran minyak kelapa sawit, B5.

Tan Sri Bernard Dompok/Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
"We will see how's the first develope, meant to see the installion, the planing facilities that they being done by the companies so that it's better to test everything before the rest of central region is doing it."
(Kita akan lihat perkembangan peringkat pertama, perlu lihat dari sudut penyaluran dan pembangunan infrastuktur yang telah dilaksana syarikat minyak, kita perlu menguji semua sebelum pelaksanaan ke seluruh zon tengah negara.)

Untuk rekod, B5 merupakan diesel petroleum yang diadun dengan lima peratus biodiesel. Peringkat awal di Putrajaya dilaksanakan untuk mendapat respon awal pengguna.

Mengulas mengenai harga pasaran diesel B5, Tan Sri Bernard berkata ia akan ditentukan Kementerian Kewangan. Beliau ditemui selepas menyampaikan ucaptama di Persidangan Kelapa Sawit Antarabangsa pagi tadi.

Andaikata pengenalan kepada biodiesel neh untuk mengurangkan kos tambahan akibat kenaikan diesel memang lah patut diperkenalkan. Harap2 semua RnD dilakukan dengan sempurna sebelum ia benar2 dilancarkan pada 1 june 2011 kelak. 

Bukan apa, kita tidak mahu ada kenderaan yang rosak enjin akibat penggunaan diesel yang belum di uji. Tapi rasanya kerajaan kita memang jenis cekap dan telus. Tengok sahaja pembuatan proton, makin lama makin meningkat kualiti dan harganya. Bukti pentadbiran dan RnD proton semakin cekap dan bijak menambaikkan mutu product masing2.

Sozcyili : Biodiesel pasti murah, jangan bimbang. Product tempatan + alternatif kerajaan = untuk rakyat. 

Tiada ulasan