t>

Breaking News

Warga asing menyamar jadi pengemis.

Lagi kisah pengemis terhormat dari negara jiran.

Sedang umat Islam berpusu-pusu ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, mereka menunggu rezeki di pintu masjid.

Dalam Operasi Pengemis Masjid siang tadi, tak sampai 2 jam, 17 pengemis ditahan.

80 peratus daripadanya warga asing.

Nurulhuda Abdul Aziz ada laporannya.

Macam lipas kudung, mampu pula dia memecut lari apabila disergah penguatkuasa, sedang pada mulanya, jalannya tempang.

Baik yang kudung, mahupun yang sempurna anggota.

Di Masjid Negara, mereka mengambil kesempatan mendakwa mengutip derma untuk kebajikan masjid.

Raut wajah seperti rakyat tempatan, fasih berbahasa Melayu.

Berbekalkan kopiah dan jubah, warganegara Thailand menggunakan modus operandi 'pengemis terhormat'.

Pengemis Thailand: "Bukan kerja saya, orang pun suruh saya. Mintak tolong.  (Siapa suruh u?) Tok imam situ, tok imam sanalah! (Imam masjid Thailand?) Ha'a!"

Di masjid Alam Shah, Kampung Pandan, sekumpulan wanita Myanmar menunggu jemaah selesai solat Jumaat.

Juga kutip derma atas nama masjid.

Apabila ditahan, masing-masing didapati berstatus pelarian UNHCR.

Kanak-kanak dieksploitasi, jadi bahan tagih simpati.

Pengemis Myanmar: "(Kenapa datang Malaysia? kenapa tak pegi negara lain?) Takmaulah. Sini saja, saya sudah 14 tahun sini, kecik-kecik saya dah mari sini. (Jadi you mengemis dekat sini sebab you rasa Malaysia selamat?) Ya."

Hampir semua pengemis asing yang ditahan, kes kemasukan berulang.

Semuanya dibawa ke asrama Sentosa, Sentul.

Ops Masjid di 4 lokasi siang tadi menahan 12 warga asing, termasuk 5 kanak-kanak.

Selain mereka, 5 pengemis tempatan minta sedekah, sedangkan mereka diberi bantuan kerajaan.

Jumlah wang hasil kutipan derma yang diperoleh, RM742.10.

Mujah Hamat, Ketua Operasi: "Mereka yang ambil kesemptan ni khususnya pemungut derma, mereka ni ada kes bukan islam. Yang kita dapati warga asing, ada juga warga tempatan. Mereka guna surat berbentuk sumbangan kepada rumah anak yatim dan rumah ibadah.

Nurulhuda Abd. Aziz / nurulhuda.aziz@tv3.com.my: "Termaktub dalam Akta Orang Papa 1977 bahawa mereka yg mengemis atau didapati berpeleseran boleh diberi perlindungan dan peluang untuk 'diselamatkan'. Namun persoalannya adakah akta ini masih relevan, melihatkan kebanjiran pengemis warga asing di negara kita? Nurulhuda Abdul Aziz, TV3."

Kisah ini pernah dipaparkan oleh buletin utama tv3 dulu. Ops pengemis ialah operasi pihak penguatkuasa mencegah kegiatan pengemis terutamanya dikalangan warga asing. Kebanyakkan yang mengemis ni orang bukan islam. Mereka kadang2 menyamar macam orang islam. Pakai selendang, bagi salam, pakai baju kurung. Ingatkan india muslim ke apa. Rupanya2 warga myammar. 

Yang dapat bantuan kerajaan pun masih sibuk mengemis lagi?  Macam profesion pula jawatan pengemis. Kalau lah kerajaan boleh buat satu hotline untuk laporkan kegiatan pengemis pun bagus. Boleh lah kita report terus kat kerajaan kalau terjumpa dengan individu2 yang menyamar macam neh. Sebab mereka neh mengemis di mana2 sahaja untuk raih simpati. Pernah gak terserempak dengan orang macam neh. Kita derma kat dia, lepas tue dalam selang beberapa jam bertembung balik dengan dia tengah makan mcdonald. Aik? 

Yelah.. faham bukan salah pun dia beli dan makan mcdonald tue cuma rasa macam pelik dan ralat je. Nak komen lebih2 pun susah sebab tak kenal pengemis tue siapa. Takut pula kalau2 kejadian mungkin berupa satu salah faham.

Kalau boleh daripada kerajaan berikan bantuan kepada pengemis2 neh, eloklah sambil2 tue ajar mereka berdikari. Cari pendapatan sendiri. Duit dari kerajaan elok dijadikan sebagai modal untuk berniaga ke, belajar kemahiran ke, apa2 ke. Dan kalau ada individu2 yang masih mengemis meskipun dah dapat bantuan kerajaan elok blacklist je. Bagi pada yang sudi menghargai. Tapi nak juga tahu berapa bantuan bulanan yang kerajaan salurkan tue? Kalau rm50 sebulan.. rasanya memang patut sambung mengemis. Dapat juga rm700++ sehari. Hehehe..

Sozcyili  : Patutlah warga asing suka mai kl.. ada pengemis dibalik masjid rupanya..

Tiada ulasan