t>

Breaking News

Cicak tokek punca Nazaruddin di culik Abu Sayyaf.

Rakyat malaysia yang telah diculik oleh abu sayyaf sejak 8 mei lalu, baca sini sebenarnya telah diperangkap oleh seseorang yang juga dipercayai dalang kepada penculikkan tersebut. Semua neh dikatakan berpunca daripada keinginan nazaruddin yang sedang mencari tiga ekor cicak tokek yang dipercayai dipelihara di sebuah perkampungan di pulau Jolo.

Mangsa yang juga ahli perniagaan baru beberapa bulan berjinak dengan perniagaan cicak tokek dikatakan sanggup mengeluarkan modal rm4,500 semata2 untuk pergi kepulauan sulu bagi membolehkan dia menemui seseorang yang bernama ghaffar yang dipercayai memelihara cicak tokek.

Rakan mangsa, Ali mendedahkan bahawa ghaffar berjaya memperdayakan nazarrudin untuk pergi ke filipina bagi melihat koleksi cicak tokek meskipun ali dan rakannya telah membatalkan hasrat mereka untuk berbuat demikian. Ini berikutan ghaffar pada awalnya memberitahu bahawa koleksi cicak tokek berkenaan berada di rumah ibu mertua nya di Zamboanga dan atas galakan Dr.Rodi yang juga rakan usahasama mereka dari filipina dalam perniagaan tersebut mereka sepatutnya berlepas ke sana untuk melihat sendiri kebenaran kata2 ghaffar.

Namun Ghaffar yang kemudian nya datang sendiri ke kuala lumpur menemui mereka dan memberitahu bahawa cicak tersebut tiada di Zamboanga sebaliknya ia berada di sebuah perkampungan di Pulau Jolo. Dr. Rodi dan Ali membatalkan hasrat mereka untuk pergi ke pulau jolo tetapi nazaruddin tetap berpendirian bahawa dia mahu melihat sendiri koleksi terbabit. 

Nazarrudin yang berlepas ke pulau jolo pada 27 april namun tidak menemui cicak tokek seperti yang diperkatakan oleh ghaffar. Pada 8 mei Ali dihubungi oleh Dr. Rodi dan memberitahu bahawa nazaruddin diculik dan dipercayai semua ini adalah perangkap ghaffar.

Mereka kemudiannya diminta oleh penculik untuk menyediakan wang tebusan sebanyak 80 juta peso = rm5.6 juta bagi membebaskan nazaruddin daripada tahanan. Dan buat permulaan mereka harus menyediakan terlebih dahulu sejumlah wang iaitu 5 juta peso = rm348,317 sebagai bayaran pertama.

Sedikit info mengenai cicak tokek ;

1. Haiwan eksotik yang banyak membiak di india, bangladesh, serata asia tenggara dan kepulauan new guinea

2. Mempunyai nilai tinggi di pasaran di luar malaysia dengan harga mencapai rm3 juta jika berat mencecah 500 gram kerana didakwa mujarab untuk merawat pelbagai jenis penyakit.

3. Enzim yang keluar dari badannya mampu mengubati penyakit HIV dan AIDS serta mendapat permintaan tinggi terutamanya di china dan jepun.

4. Dikenali dengan nama "tokay gecko" tetapi di filipina ia dipanggil dengan nama tuko atau toko kerana kepercayaan masyarakat ia mampu menyembuhkan penyakit.

5. Hidupan liar yang dilindungi di bawah akta pemuliharaan hidupan liar 2010 [Akta 716]

6. Tahun lalu, pencarian cicak tokek di google malaysia melonjak ke tempat pertama dalam kategori berita utama

7. Seorang ahli perniagaan baling kedah baru2 neh kerugian rm60,000 dalam urus niaga cicak tokek yang dikatakan bernilai rm1.5juta.



Sozcyili : Cicak tokek punya pasal.. last2 sendiri kena tokak.

Tiada ulasan