t>

Breaking News

DAP lancarkan portal berita Melayu Roketkini

Dalam usahanya untuk menonjolkan imej sebagai parti untuk semua, DAP hari ini melancarkan portal berita bahasa Melayu - Roketkini.Portal yang memfokuskan kepada berita dan analisis itu khusus untuk menarik sokongan pengundi Melayu, yang selama ini dianggap anti-DAP.


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang juga setiausaha 
agung parti itu, melancarkan portal berita itu dan mengumumkan Wan Hamidi Hamid (kanan) sebagai editornya.

Lim memberitahu wartawan bahawaRoketkini akan menjadi wadah untuk menyampaikan dan membetulkan isu-isu yang dieksploitasi oleh pembangkang untuk memburukkan imej DAP.
Beliau mendakwa, media BN telah berjaya memanipulasi persepsi palsu bahawa DAP anti-Melayu.
"Kita terima bahawa mereka telah berjaya...jadi kita mengambil usaha untuk memperbetulkan perspektif tersebut.

"Ini adalah satu usaha untuk membuktikan bahawa perjuangan DAP adalah untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum dan agama," kata Lim.


Sozcyili : Bila umno nak lancar umno-online dalam bahasa mandarin dan tamil pula? Hehehe..

Tiada ulasan