Isteri Hosni Mubarak serah aset kepada kerajaan Mesir
KAHERAH: Isteri presiden Mesir yang digulingkan, Suzanne Thabet, bersumpah beliau sudah menyerahkan harta dan wangnya kepada kerajaan, beberapa hari selepas arahan penangkapan dikeluarkan atas dakwaan rasuah, menurut laporan agensi berita MENA.
"Suzanne Thabet, isteri kepada Hosni Mubarak, memberi kuasa kepada ketua Pihak Berkuasa Pendapatan Haram, Assem al-Gohari, dengan membenarkan beliau mengeluarkan wang daripada akaun di dalam dua bank dan menjual villa miliknya," katanya di sini, Isnin (waktu tempatan). - AFP
Padan muka. Pemimpin zalim macam neh memang patut di ajar. Sepatutnya seluruh keluarga hosni patut dipenjarakan. Dan mereka patut dipenjarakan dengan tempoh yang maksima kerana selama neh telah menindas ramai rakyat mesir selama 30 tahun.
Itu tak masuk lagi tokoh2 agama yang dibuang negeri dan dipenjarakan tanpa sebab. Ada yang mati, ada yang hilang begitu sahaja, ada yang di aniaya. Pokoknya kekejaman hosni mubarak bukan main2. Orangnya betul2 kejam. Benar2 buat orang menyampah. Teringat hosni, teringat kezaliman pemerintahan hosni dan teringat revolusi mesir.. membuatkan aku teringat tentang malaysia, kerajaan, dan kezaliman. Kenapa ya rasa semua neh macam ada persamaan?
Sozcyili : Pemerintah zalim ada di mana-mana.
Tiada ulasan
Catat Ulasan