t>

Breaking News

Jangan ragui status halal susu 1Malaysia - TPM


BALING 20 Mei - Orang ramai tidak perlu meragui status halal susu UHT 1Malaysia kerana ia mematuhi piawaian pensijilan halal yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, bekalan susu itu, yang diimport dari Korea Selatan, mempunyai sijil halal Jakim selain sijil negara pengeksport.

Muhyiddin berkata, bekalan susu untuk diedarkan ke sekolah-sekolah tidak mencukupi menyebabkan sebahagian darinya terpaksa diimport luar negara.

"Bagaimanapun orang ramai tidak perlu risau kerana Jakim terlebih dahulu mengeluarkan arahan agar syarikat pembekal susu ini memperoleh sijil halal sebelum membekalkannya. Jadi jangan risau,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Baling/Sik di Pulai di sini hari ini.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, diminta mengulas dakwaan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Kubur Panjang, Pendang, Shaharol Niza Omar baru-baru ini mengenai susu berkenaan, yang didakwa tidak mempunyai logo halal Jakim. - Bernama

Sekali lagi TPM menjelaskan bahawa susu itu halal. Masalahnya sekarang bukan hanya soal halal haram aje dipersoalkan. Ada banyak aspek. Antaranya ;

1. Jika bekalan susu tidak mencukupi kenapa tidak beri peluang kepada anak tempatan untuk usahakan perternakkan lembu dan pemprosesan susu?

2. Diberitakan juga pecahan kandungan susu import dari korea itu ialah ;

40% susu dan 60% bahan lain termasuk high fructose corn syrup [HFCS]

Mengikut peraturan 129, pengguna HFCS memang dibenarkan sebagai bahan pemanis namun penggunaan secara berterusan mendedahkan kepada risiko berat badan berlebihan. 

3. Berat badan berlebihan dikalangan budak2 sekolah ialah isu terbaru yang dikupas oleh kerajaan baru2 neh. Apakah ada kaitan dengan susu ini?

Siasat susulan yang telus haruslah dilakukan.

Sozcyili : Susu pun deman korea?

Tiada ulasan