t>

Breaking News

Kris dayanti akui jalani pembedahan komestik untuk cantik.


 

Ditanya mengenai rahsia kecantikan ketika usia mencecah 36 tahun, Krisdayanti tidak menafikan ia disumbangkan oleh kemahiran pakar bedah tertentu. Menurut isteri Raul Lemos itu, setiap wanita memang ingin sentiasa kelihatan cantik.

Justeru, katanya, tidak ada salahnya jika dia membelanjakan sejumlah wang besar bagi mendapatkan rawatan khusus menjaga penampilan dirinya. "Cuma saya tak mahu mempertaruhkan nasib di tangan doktor murahan,” katanya.

Krisdayanti yang baru-baru ini mencetuskan kontroversi kerana mengaku hamil sebelum nikah berkata, jika perlu mengeluarkan wang yang banyak, ia bukan masalah.

“Asalkan hasilnya maksimum,” katanya. Bekas isteri Anang Hermansyah itu berkata, kecuaian selalu menyebabkan seseorang yang ingin kelihatan cantik berdepan masalah.

Katanya, tanpa pemilihan teliti, mungkin seseorang itu dirawat doktor kurang berpengalaman sehingga ada yang membawa maut. “Misalnya, implan payu dara pecah,” katanya.

Kata Krisdayanti, dia menjalani pembedahan kecantikan di negara jiran walaupun kos pembiayaannya tinggi.  

Namun, katanya, dia berpuas hati kerana kesan pembedahan itu sesuai seperti diinginkan. Walaupun mahal, katanya, pusat perubatan dan kakitangan yang mengendalikan pembedahan itu boleh dipertanggungjawabkan jika berlaku sesuatu tidak diingini.

“Justeru, pembedahan kecantikan bukan sesuatu yang perlu ditakuti asalkan ia dilakukan pakar atau kita mengubah jantina menjadi lelaki,” katanya.

Apakah yang dia suggestkan melalui pengucapan dia kat atas neh? Suruh kita jalani pembedahan kecantikan macam dia? Ubah rupa yang Allah swt bagi? Tak faham aku. Cuba korang baca. Mungkin korang leh faham kot dari aku.

Sozcyili : Sejak bila pembedahan komestik tue halal yerk? Siap promote2 lak tue

Tiada ulasan