Norman hakim, memey suhaiza kahwin juga akhirnya.
Akhirnya pasangan kontroversi neh berkahwin. Tak silap aku dorang dah bercinta selama 3 tahun. Betul tak? Baca kenyataan memey kat bawah neh ;
“Kalau ikut persetujuan, majlis pernikahan akan diadakan di kediaman keluarga saya di Kota Tinggi, begitu juga majlis persandingan. Saudara mara sebelah saya ramai, jadi ibu bapa saya mahu majlis ini nanti menghimpunkan seluruh anggota keluarga kami.
“Hingga kini pun saya dibantu ibu yang setia menjadi penasihat. Sebenarnya sukar juga mahu memikirkan segala perkara, apa pun syukur kerana abang (Norman) tetap memberikan pendapat atau cadangan supaya saya tidak pening kepala,”
“Sebenarnya sudah ramai yang menghubungi kami fasal penajaan. Memang kami sangat berbesar hati dan berterima kasih atas kesudian mereka. Cuma kami harap tiada yang terguris jika ada di antaranya terpaksa ditolak kerana kalau boleh kami mahu semua turut serta.
“Apa pun kami perlu lihat kesesuaian konsep majlis selain beberapa perkara lain. Sebagai bakal pengantin, sudah tentu saya terharu kerana ramai mahu merealisasikan pernikahan dan persandingan seperti kami impikan - berlangsung dengan meriah serta bermakna,”
“Boleh dikatakan persiapan kami sudah hampir 50 peratus selesai. Namun bagi persandingan di sebelah keluarga bakal mentua, tarikh belum dipilih lagi. Kami hanya menyerahkan kepada keluarga kerana mereka lebih mengetahui yang terbaik,”
“Ya, saya sudah bersedia menggalas segala cabaran itu. Memang sebagai anak manja sedikit sebanyak saya pasti merindui keluarga, namun bagi saya segala situasi atau rasa berbelah bagi akan dilalui semua gadis.
“Banyak suka-duka yang sudah kami lalui. Apa yang boleh dikatakan, saya bersyukur dipertemukan dengan insan cukup penyayang, memahami dan menerima saya seadanya. Semoga segala urusan mendirikan masjid ini dipermudahkanNya,”“Inilah jodoh saya dan saya reda dengan situasi ini. Setakat ini hubungan saya dengan anak-anaknya tetap rapat. Mereka punya ibu dan itulah hakikat yang tidak mungkin boleh disangkal sesiapa, malah saya menghormati hak itu,”
Eloklah tue berkahwin. Memang banyak kontroversi pun yang melanda. Mudahan2 apa yang terjadi pada abby abadi tak berulang lagi kepada pasangan norman hakim dan memey suhaiza. Semoga berbahagia hendaknya.
Sozcyili : Kes mahkamah selesai ka?
Tiada ulasan
Catat Ulasan