t>

Breaking News

Madonna, kekasih putus cinta kerana berbeza akidah



Madonna, kekasih putus cinta kerana berbeza akidah

Hubungan cinta antara penyanyi Madonna, 52, dengan kekasihnya, Brahim Zaibat, 24, berakhir selepas sembilan bulan, lapor akhbar, semalam.

Seorang teman rapat Brahim mengesahkan pemuda itu kini bersendirian.

“Brahim tidak mempunyai apa-apa hubungan lagi dengan Madonna. Tiada apa lagi yang perlu dikatakan,” kata rakannya.

Brahim kini dipercayai berada di kediaman keluarganya di Lyon, Perancis.

Menurut sumber terdekat perpisahan pasangan itu disebabkan perbezaan kepercayaan antara kedua-duanya.

“Keluarga Brahim tidak mahu dia menghadiri perjumpaan Kabalah dan ingin dia mengekalkan kepercayaannya sebagai Muslim.

“Hubungan mereka mula menjadi hambar dan mereka tidak lagi berjumpa selepas itu,” kata sumber itu.

Pasangan itu bertemu September, tahun lalu, dan selalu muncul bersama di beberapa restoran mewah di sekitar London. - Agensi

Bila masa maddonna bercinta dengan dia neh pun aku taktahu. Aku fikir madonna neh isteri orang. Dia dah bercerai ka? Bukan kah suami dia dulu bernama guy richie? Fuhh.. ketinggalan zaman rupanya aku neh.. heheheh..

Sozcyili : No komen lah pasal kisah cinta neh..

Tiada ulasan