Mangsa Terakhir Runtuhan Hulu Langat Ditemui Selepas 15 Jam
Mangsa terakhir runtuhan Hulu Langat ditemui pada jam 5:05 minit pagi tadi, setelah operasi mencari dan menyelamat berterusan selama 15 jam.
Mangsa dikenali sebagai Mohd Kamarul Amiezan Johari.
Serentak dengan penemuan itu, operasi mencari dan menyelamatkan ditamatkan kira-kira jam 5:40 pagi.
Tragedi malang itu berlaku semalam pada jam 2.30 petang ketika 25 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan rumah anak yatim berada di sebuah khemah yang dipasang untuk persiapan satu majlis yang dijadual berlangsung tidak sampai tiga jam sebelum itu.
Runtuhan tanah dari bukit berdekatan kawasan rumah dikatakan menimbus keseluruhan khemah yang terletak di luar rumah anak yatim itu, yang terletak di lereng bukit.
Sejurus itu, operasi menyelamat dimulakan lima belas minit kemudian membabitkan 500 anggota penyelamat daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis, angkatan tentera, Jabatan Pertahanan Awam, St John Ambulans, RELA, SMART dan Bulan Sabit Merah Malaysia.
Sozcyili : Alfatihah untuk mereka yang terkorban dalam tragedi malang ini. Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh.
Tiada ulasan
Catat Ulasan