t>

Breaking News

Suasana Pilu Selubungi Bilik Mayat HKL

Semua yang terkorban dihantar ke Hospital Kuala Lumpur sekaligus menyebabkan suasana pilu diiringi tangis hiba keluarga dan sahabat handai menyelubungi perkarangan bilik mayat.

Bagi Zakiah Abdullah, beliau tidak menyangka pertemuan dengan anaknya, Zahir Haziq Abdul Muin Jumaat lalu ialah  pertemuan terakhir bagi mereka.

Lebih menyayatkan hati ibu ini,  jika anaknya bernyawa lagi, esok Zahir Haziq akan mendaftar di Pusat Matrikulasi Gopeng dalam jurusan perubatan.

ZAKIAH ABDULLAH/IBU ALLAHYARHAM ZAHIR HAZIQ
"Cita-cita dia nak jadi doktor, nak ambil medic. Actually hari ni dia dapat jugak offer Uitm tapi dia pilih medic dekat belajar kat Gopeng."

Bagi nenek yang kehilangan cucu ini pula, dia tidak mampu menyusun kata-kata lagi ketika ditanya mengenai cucunya.

NENEK ALLAHYARHAM ZAHIR HAZIQ
"Kehendak Allah swt, tak payahlah nak, dah takdir Allah taala apa kita nak buat...cucu, bukan anak makcik."

Kesedihan sama turut dialami rakan yang kehilangan sahabat baiknya dan hanya mampu membisu serta menangis tatkala didekati media.

Sumber : tv3.

Tiada ulasan