t>

Breaking News

Saman fitnah Hisham: Anwar kemuka saman balas

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman balas berhubung saman yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berhubung video seks yang mengaitkannya.

Anwar, yang juga ahli parlimen Permatang mengemukakan pembelaan dan hujah balas dengan transkrip penuh sidang akhbarnya.


Sebelum ini, Hishammuddin berkata tindakan Anwar yang juga ketua umum PKR mengaitkannya dengan video seks tersebut semata-mata untuk mengalihkan perhatian masyarakat.

Permohonan Anwar difailkan oleh pejabat peguam Tetuan Faiz dan Co.

Perkara itu timbul bagi sebutan kes hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Wazeer Alam Mydin Meera.

Wazeer kemudiannya menetapkan 3 Jun untuk pengurusan kes dan mengarahkan Hishammuddin bagi menjawap hujah pembelaan Anwar sebelum 1 Jun.

Hishammuddin diwakili oleh peguam Cecil Abraham manakala Leela Jesunathan pual mewakli Anwar.


Hishamuddin patut bersumpah je membersihkan nama dia daripada tuduhan anwar ibrahim. Kan bersumpah itu amalan yang boleh membuktikan seseorang itu tidak bersalah di malaysia? Ke dah tukar? Hehehhee..

Sozcyili : Tubuhkan aje siasatan suruhanraya diraja bagi membuktikan siapa salah, siapa benar daripada saman menyaman.

Tiada ulasan