Pemuda, Puteri UMNO sokong keputusan tidak naikkan RON95
KUALA LUMPUR 25 Mei - Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO hari ini merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan kerana membuat keputusan yang tepat untuk tidak menaikkan harga minyak RON95.
Ketua Pergerakan Pemuda, Khairy Jamaluddin berkata, keputusan untuk tidak menaikkan harga minyak tersebut membuktikan bahawa kerajaan mendengar suara rakyat terutama golongan muda di negara ini.
"Kerajaan telah membuat keputusan yang tepat. Keputusan tersebut juga amat bermakna kepada Pemuda UMNO di mana sebelum ini kami lantang menyuarakan bantahan kenaikan harga minyak itu."Kami yakin keputusan kerajaan ini telah melegakan hati seluruh rakyat Malaysia dan sedikit sebanyak dapat membantu mengelakkan kenaikan kos perbelanjaan harian mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Khairy juga berharap harga tersebut akan terus kekal untuk satu jangka yang lama bagi mengelakkan rakyat menanggung beban akibat kenaikan harga minyak dari semasa ke semasa.
"Kami amat berharap kadar ini akan kekal buat satu tempoh yang lama kerana dengan keadaan inflasi yang tidak menentu, kami khuatir ia akan membebankan rakyat sekiranya harga minyak RON95 dinaikkan," jelasnya.
Sementara itu, Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula berkata, keputusan itu sejajar dengan keprihatinan kerajaan terhadap keperluan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah.
"Keputusan untuk tidak menaikkan harga minyak RON95 ini diharap akan terus mengekalkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan," jelasnya -utusan online-
I cant recall my memory, when did this kj has 'lantang menyuarakan bantahan disini'? Yang aku tahu menteri tunduk dengan keluhan rakyat dalam pelbagai blogs dan media sosial. Dia neh dah perasan sangat neh.. patutlah orang umno sendiri menyampah dengan dia.. heh.
Sozcyili : Lembu punya susu, sapi dapat nama.
Tiada ulasan
Catat Ulasan