Bahan pornografi ditemui di rumah agam osama.
WASHINGTON 14 Mei — Unit komando yang menyerbu rumah didiami Osama bin Laden dekat Islamabad awal bulan ini dilaporkan turut menemui bahan-bahan pornografi termasuk video.
Laporan agensi berita Reuters yang memetik bekas pegawai-pegawai Amerika dan semasa berkata tidak jelas di bahagian mana di rumah agam itu yang didiami Osama sekitar lima hingga enam tahun lalu bahan-bahan pornografi itu ditemui.
Tidak pasti motif laporan mengenai penemuan pornografi ini dikeluarkan Osama terbunuh dalam serangan komando khas Amerika dekat Islamabad Pakistan awal pagi waktu Malaysia.
2 Mei lalu Operasi serangan dan kaedah jenazah Osama disemadikan juga mencetuskan kemarahan di sebahagian besar negara-negara Islam Ketua rangkaian pengganas Al-Qaeda itu menjadi buruan Amerika Syarikat AS sejak lebih satu dekad.
Malah juga tidak jelas siapa yang menonton bahan-bahan itu.
Laporan itu juga mendakwa pegawai-pegawai itu secara khusus tidak tahu sama ada Osama sendiri memperoleh bahan itu ataupun menontonnya Lima klip video yang dilepaskan pihak berkuasa AS minggu lalu menunjukkan Osama sendiri menonton siaran televisyen dengan mengendalikan alat kawalan jauh.
Anak Osama dan dua orang dewasa yang lain yang merupakan utusannya tinggal di rumah tersebut ketika AS melancarkan serbuan Bahan pornografi itu antara bahan komputer yang dirampas oleh pasukan elit SEALs yang membunuh Osama.
Bahan-bahan yang dirampas dari pejabat Osama di tingkat kedua rumah agam itu termasuklah jurnal tulisan tangan lima komputer cakera padat dan 110 cakera pemacu Kesemua bahan itu kini dianalisis oleh sebuah pasukan diketuai CIA lapor Associated Press
Hait. Ada bahan pornografi lah pula. Mula2 temui nota osama bin laden. Sekarang temui bahan pornografi. Peh neh apa lagi agaknya berita yang amerika akan reka bagi membuktikan kat dunia bahawa osama tue wujud. Heheheh.. macam2.
Sozcyili : Asal teringat video seks malaysia neh yerk? Heh.
Tiada ulasan
Catat Ulasan