30juta aliran tunai peserta bersih 2.0
Peserta himpunan yang bakal hadir pada Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai nanti adalah seramai 300 ribu orang yang datang dari seluruh negara dengan membawa duit perbelanjaan masing-masing, sekurang-kurangnya RM100 seorang.Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kayat (gambar) berkata, dalam masa 3 jam sahaja, aliran tunai paling minima di kalangan peserta himpunan Bersih 2.0 adalah RM30 juta kerana mereka akan berbelanja seperti membeli makanan, minuman, pakaian dan lain-lain."Bukan semua mereka berkenderaan ke Kuala Lumpur. Sebahagian besar mereka menaiki kenderaan awam. Oleh itu perkhidmatan bas, teksi, LRT dan lain-lain akan mendapat pulangan yang berganda."Kenyataan yang menyatakan bahawa penjaja, peniaga dan pemandu teksi akan mengalami kerugian adalah hujah yang paling dangkal di abad ini," ujar beliau.Beliau berkata, keadaan itu samalah juga seperti mereka melihat sambutan Maulidur Rasul dan perayaan Thaipusam di Batu Caves yang berlangsung dengan aman."Semua pihak hendaklah saling hormat menghormati antara satu sama lain. Pihak kerajaan, Polis, Jawatankuasa Bersih 2.0, Perkasa, Pekida, parti-parti politik dan lain-lain pihak harus menghormati kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.Ketua Penerangan Umno Malaysia, Datuk Ahmad Maslan seperti yang dilaporkan media tempatan baru-baru ini menyatakan bahawa Himpunan Bersih 2.0 akan menyusahkan rakyat, penjaja, peniaga dan pemandu teksi.Menurut Suhaizan, perkara pertama yang wajib difahami oleh Datuk Ahmad Maslan adalah himpunan aman tanpa senjata adalah dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Malaysia."Ini bermakna bahawa himpunan tanpa senjata adalah halal di sisi undang-undang negara. Semua warganegara Malaysia mempunyai hak yang sama untuk hadir dalam himpunan aman," tegasnya.
Itulah, aku pun fikir benda yang sama. Nak rugikan peniaga apa pula? Padahal peniaga untung lagi pada hari itu. Takyah nak menipu lah. Ramai orang tahu akan hakikat sebenarnya. Media internet akan mendedahkan rahsia yang media arus perdana sorokkan.
Sozcyili : celek akal dah..
Tiada ulasan
Catat Ulasan