Ancaman Anonymous: Malaysia pertingkat keselamatan
Malaysia mempertingkatkan keselamatan di alam siber berikutan ancaman sekumpulan pengodam tanpa nama yang mahu menyerang portal kerajaan berikutan tindakan kerajaan menyekat beberapa laman web perkongsian fail, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
Dengan menamakan kumpulan mereka sebagai Anonymous, mereka berkata tindakan kerajaan Malaysia yang menyekat beberapa laman web berkenaan dianggap sebagai satu bentuk penapisan.
Serangan yang diberi nama "Operation Malaysia", kata Anonymous akan dilancarkan pada jam 1930 GMT (3 pagi esok waktu tempatan) bagi memberi pengajaran kepada sesebuah negara yang menapis laman web Wikileaks.
"Kami menerima berita mengenai ancaman ini. Pelbagai agensi yang terlibat dan kita akan siasat,” kata Ismail kepada Reuters.
"Siasatan perlu dijalankan dan kita perlu melindungi sistem kita pada masa yang sama.”
Malaysia adalah negara terbaru yang menjadi perang siber oleh aktivis berkenaan yang sebelum ini melumpuhkan laman web MasterCard dan Paypal kerana menghentikan perkhidmatan kewangan kepada Wikileaks. -malaysiakini-
Perasan tak kebanyakkan rakyat malaysia bersama pasukan pengodam tue daripada memilih untuk bersama-sama kerajaan? Mungkin kerajaan patut fikir kenapa rakyat malaysia memberontak sampai macam tue sekali. Sudah tentulah dasar2 kerajaan yang membela kroni dan mengabaikan rakyat adalah punca terbesar rakyat memilih untuk rebel.
Penyokong kerajaan tidak boleh marahkan rakyat sebagai pengkhianat kerana yang mengkhianati rakyat ialah kerajaan. Sedangkan rakyat dah berikan kuasa kepada kerajaan untuk memerintah tetapi pemimpin gagal memerintah dengan adil dan bersih. Ini betul2 mengecewakan rakyat malaysia.
Tiada ulasan
Catat Ulasan