Anonymous ancam godam laman web kerajaan Malaysia Khamis ini
PETALING JAYA 14 Jun — Satu kumpulan yang dikenali sebagai Anonymous mengancam untuk menggodam laman web kerajaan www malaysia gov my di bawah “Operation Malaysia” awal Khamis ini.
Kumpulan itu menghantar mesej mengatakan bahawa ia akan menggodam pada pukul 3 30 pagi Khamis ini waktu Malaysia 7 30 petang waktu GMT esok.
Laporan The Star Online pagi ini menyebut ugutan dalam bentuk grafik disiarkan di laman web http i imgur com PTFWh png
Mikko Hypponen ketua pejabat penyelidikan di F-Secure Corporation sebuah firma sekuriti perisian yang berpejabat di Helsinki Finland menghantar mesej mengenainya menerusi Twitter kira-kira 4 42 pagi tadi waktu Malaysia.
Tiada butiran lain diperoleh ketika ini kata laporan itu.
Laporan itu menambah tidak diketahui sebab Anonymous menyasarkan laman web Malaysia
Takan berita portal rm1.4juta tue dah sampai ke pengetahuan pihak anomymous pula? Hahahaha.. jangan marah. Saja je perli sikit. Neh kes nak balas dendam ka menguji ka? Sama-sama lah kita nantikan khamis neh samada betul ke tak betul hal ini. Hahaha..
Tiada ulasan
Catat Ulasan