t>

Breaking News

Khir Toyo Arah Catat Nilai Ubah Suai Banglo RM600,000 Sahaja - Saksi


Pereka lamab, Nasir Ismail memberitahu, bahwa dia hanya menuruti permintaan Dr Mohamad Khir Toyo untuk menyediakan surat yang menyatakan nilai pengubahsuaian rumah di Seksyen 7, di sini ialah RM600,000 walaupun mendakwa nilai keseluruhannya adalah melebihi RM6juta.
Menurut Nasir, surat tersebut disediakan selepas Mohamad Khir memerlukan surat bagi tujuan formaliti kerana berhasrat untuk membeli rumah tersebut dan dua lot tanah itu daripada syarikat Ditamas Sdn. Bhd.
Kata saksi lagi, jumlah RM600,000 itu juga dicadangkan oleh Mohamad Khir.
"Waktu itu dia adalah MB (Menteri Besar) Selangor, apa dia suruh saya buat," katanya di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin.

Kos ubah suai menghampiri rm6juta lebih tapi suruh dinyatakan bernilai rm600k je? Orang bodoh mana lah nak percaya kalau dah masuk ke banglo mewah tue. Nampak sangat khir toyo ingat rakyat bodoh gamaknya.

Khir juga mengarahkan pengarah ditamas membeli banglo pada harga rm5 juta + ubahsuai rm1.5 juta = kos keseluruhan rm6.5juta tapi khir memaksa pengarah ditamas menjualnya kepada khir pada harga rm3.5juta. Disebabkan rasa takut maka pengarah ditamas bersetuju je kerana ketika itu khir ialah MB selangor. Bayangkan ini baru satu penyelewengan khir toyo. Belum lagi yang lain-lain. Banyak betul lah dia songlap duit rakyat selangor padahal hanya pegang selangor selama 8 tahun. Sepatutnya dia dijatuhka hukuman mati laki bini kerana menyusahkan rakyat. Baca bawah ;


Shamsuddin dan Saiful Aznir menandatangani perjanjian jual beli pada 23 Disember 2004.
Pada keterangan lain, Shamsuddin memberitahu, Mohamad Khir telah melantik pereka laman bebas, Nasir Ismail, 55, untuk melakukan pengubahsuaian kepada rumah itu dan saksi ada membuat pembayaran berjumlah RM1.5 juta secara tunai kepada Nasir.
"Setiap kali saya buat pembayaran, saya akan maklumkan kepada Mohamad Khir. Beliau tidak akan cakap apa-apa. Sepatutnya beliau yang bayar," katanya dan menambah, tidak pernah menerima semula wang yang dibayarnya.
Shamsuddin juga memberitahu, hartanah tersebut yang dibelinya di atas nama Ditamas Sdn Bhd telah dijual dan dipindah milik kepada Mohamad Khir dan isteri, Zahrah Kechik pada tahun 2007.
"Perbincangan berlaku antara saya dan Mohamad Khir. Dia mahu penjualan pada harga RM3.5 juta. Saya sebenarnya tidak bersetuju kepada harga itu terlalu rendah dan saya nyatakan sekurang-kurangnya RM5 jutahingga RM5.5 juta.
"Waktu saya beli harga RM5 juta, tambah ubahsuai RM1.5 juta, jadi harganya sudah naik menjadi RM6.5 juta. Saya nak bagi diskaun sedikit, sebab itu saya letak RM5.5," katanya.
Beliau seterusnya menambah, Mohamad Khir memaklumkan bahawa beliau hanya boleh membeli rumah tersebut pada harga RM3.5 juta, yang kemudiannya dipersetujui oleh saksi.
Semasa diminta menjelaskan mengapa beliau bersetuju untuk menjual pada harga yang rendah, Shamsuddin berkata:
"Setelah berbincang dengan orang rumah saya (isteri), saya ada projek di Selangor dan seorang MB mahu rumah saya dengan harga RM3.5 juta. Saya setuju kerana khuatir dengan kedudukan saya sebagai seorang ahli perniagaan di Selangor dan projek saya tergugat."
Katanya lagi, perjanjian jual beli antara beliau dan Mohamad Khir serta Zahrah Kechik ditandatangani pada 29 Mei 2007.

Makna nya kat sini ;

pengarah ditamas beli banglo = rm5 juta + rm1.5juta kos ubahsuai <-- guna duit sendiri walaupun ada dimaklumkan kepada khir.

khir + isteri = paksa pengarah ditamas jual banglo pada rm3.5juta + kos ubahsuai rm6.5 juta + paksa saksi cakap kos hanya bernilai rm600k untuk mengelakkan rakyat tahu hakikat sebenar.

khir + isteri = firaun pun kalah.

Sozcyili : sapa ada makan duit menteri zalim neh?

Tiada ulasan