t>

Breaking News

Beli barangan Malaysia bantu pertumbuhan ekonomi

Bernas kata-kata ismail sabri. Aku sokong sangat2. Lihat gambar di bawah neh ;


Kereta di atas neh dikatakan milik adun dari sabah. Ini ialah kereta tempatan keluaran proton. Dan macam yang kita semua sedia maklum semua pemimpin malaysia juga kebanyakkan menggunakan kereta buatan tempatan. Semoga kita mencontohi sikap pemimpin-pemimpin kita. Baca bawah ;

SANDAKAN 25 Jun — Kerjasama dan peranan aktif rakyat diperlukan terhadap kempen ‘Beli Barangan Malaysia’ bagi membantu mempertingkatkan lagi pertumbuhan ekonomi negara, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, kempen itu yang pada tahun lepas mencapai nilai jualan sebanyak RM26 juta merupakan satu daripada aktiviti nilai tambah yang mampu membantu merangsang ekonomi negara.


Katanya, ini menunjukkan peranan pengguna dapat membantu meningkatkan permintaan domestik negara melalui perbelanjaan harian mereka.


"Kita perlu sentiasa mempunyai persepsi positif bahawa jenama produk tempatan mempunyai kualiti yang setaraf atau lebih tinggi dari produk luar negara,” katanya pada perasmian Ekspo Beli Barangan Malaysia peringkat negeri Sabah di sini malam tadi.


Teks ucapan beliau dibacakan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri Elopura, Au Kam Wah. — Bernama

Sozcyili : ketam PAKSA anak dia jalan lurus.

Tiada ulasan