t>

Breaking News

Pemuda PAS, PKR ditahan polis



Sekurang-kurangnya sembilan orang ditahan polis dalam tiga tangkapan berasingan malam tadi, dipercayai berkaitan dengan perhimpunan BERSIH pada 9 Julai ini.

Di Shah Alam, Timbalan Ketua Pemuda PKR Khairul Anuar Ahmad Zainudin ditahan kira-kira jam 11 malam di Shah Alam ketika pelancaran awal kempen BERSIH 2.0.

Difahamkan beliau ditahan di ketika mahu minum segelas air sebuah restoren ketika dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam supaya kenyataannya dapat dirakam polis.

Sementara seorang anggota PAS yang dikenali sebagai Shafri difahamkan turut ditahan, dipercayai kerana membawa barangan serta pakaian yang berkaitan dengan himpunan BERSIH.

Kedua-dua mereka dilepaskan awal pagi tadi, lapor Harakahdaily,

Di Johor pula, tujuh aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan ketika sedang mengedarkan risalah berkaitan himpunan BERSIH dalam pelancaran kempen 'Udahlah tu ...Bersaralah'.

Kempen 'Udahlah tu...Bersaralah' ditumpukan ke bandar-bandar kecil di Semenanjung Malaysia dari 24 hingg 26 Jun untuk mendedahkan rekod BN, lapor akbar web PAS itu.-MKINI-

Sendiri carik pasal. Sapa suruh jual baju bersih kan dah kena tangkap. Lainkali jual lah baju bn macam dalam gambar di atas tue. Padan muka. Heh. 

Mungkin juga dorang tak faham undang2 dan perlembagaan negara bahawa warna kuning ialah warna yang diharamkan di malaysia. Dan mungkin juga dorang tak pergi sekolah sebab tue tak faham undang2 bahawa nak jual apa2 baju ke apa ke mestilah baju2 yg membodek kerajaan. Hah kan dah kena. Tanggunglah sendiri jawabnya.

Sozcyili : Undang2 ikut hotak sendiri.

Tiada ulasan