Daudsu : Maafkan saya.
KOTA BHARU: “Maafkan saya.” Itu luahan pemain pertahanan Kelantan, Mohd Daudsu Jamaluddin, 26, kepada hampir dua juta rakyat Kelantan, selepas dia menjaringkan gol sendiri pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam kelmarin, sehingga mengakibatkan Kelantan terpaksa berputih mata apabila tewas kepada Terengganu, 2-1.
Mohd Daudsu berkata, hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaannya selepas melakukan kesilapan berkenaan.
“Saya memohon maaf kepada semua penyokong Kelantan, terutama penyokong yang sanggup datang dari jauh untuk memberikan sokongan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
“Saya sedar, penyokong Kelantan menaruh harapan tinggi untuk melihat Kelantan menang, tetapi nasib tidak menyebelahi kita. Maafkan kesilapan yang saya lakukan,” katanya, ketika dihubungi, di sini, semalam.
Menurutnya, dia tidak dapat melelapkan mata semalaman gara-gara tertekan dengan kesilapan yang dilakukannya.
“Saya akui saya tidak dapat tidur kerana terlalu memikirkan kesilapan yang dilakukan.
“Saya sudah mencuba segala yang termampu. Saya tidak mahu Kelantan tewas apatah lagi melakukan kesilapan sehingga membawa kepada kekalahan, justeru saya berharap semua penyokong dapat menerima kekalahan itu,” katanya.
Dalam pada itu, penyokong Kelantan tidak menyalahkan Mohd Daudsu, sebaliknya tetap memberi sokongan padu kepada pemain pertahanan itu.
Ini dapat dibuktikan menerusi kewujudan laman khas di Facebook dengan pelbagai tajuk, antaranya, ‘100,000 rakyat Kelantan tak salahkan Daudsu atas kekalahan Kelantan’, ‘Jangan salahkan Daudsu okay’, ‘Maafkan Daudsu’ dan ‘Bukan salah Daudsu’.
Kewujudan laman khas itu menerima sokongan ribuan penyokong Kelantan.
Mohd Daudsu ketika ditanya mengenai sokongan diterima itu, mengakui terharu dan berterima kasih di atas sokongan tidak berbelah bahagi yang diberikan penyokong Kelantan.
Menurutnya, dia juga berterima kasih kepada rakan sepasukan yang tidak menyalahkannya dan tetap menyebelahinya.
“Terima kasih kepada penyokong dan rakan sepasukan yang sentiasa memberi semangat kepada saya.
“Saya akan terus berbakti kepada pasukan Kelantan dan membantu Kelantan untuk menjuarai Liga Super,” katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa membuat kenyataan di laman Facebook peribadinya, bahawa tiada sesiapa perlu di persalahkan atas kekalahan Kelantan.
“Semua pemain sudah buat yang terbaik dan gol Daudsu adalah takdir. “Daudsu tidak boleh dipersalahkan,” katanya.
Alahai kesian nya dia. Sampai tak boleh tidur langsung. Mesti dia merasakan tekanan yang hebat. Well sebagai red warrior aku tak salahkan dia pun. Walaupun marah tapi time perlawanan je. Dah habis perlawanan dua tiga jam dah cool balik. Takdelah nak berpanjangan sampai buat hastag kat twitter untuk kutuk2 daudsu. Ataupun buat fan page untuk bencikan daudsu. Aku malas nak syak bukan2 pasal aku tak like apa2 page anti daudsu ataupun yang bekap daudsu pun. Aku malas nak masuk campur pasal tengah sibuk nak promote kempen bersih sana sini. So nak kena focus dan tumpu kan pada gerak kerja kempen lah kan.
Aku sejujurnya tak percaya orang kelantan @ pro kelantan yang buat fanpage anti daudsu. Tapi bukti takde depan mata so takley lah nak tuduh2 kan. Malam kekalahan kelantan tue pun aku tengok berlambak2 blog yang macam suka dan kutuk2 kekalahan kelantan. Hek eley.. apa barang nak anti2 kelantan. Tah pape lah weh.
Dorang neh ingat kelantan neh bukan sebahagian dari malaysia ke? Kelantan haters neh memang perangai cam gampang. Takde pasey benda kecik pun boleh dijadikan modal untuk kutuk budak2 kelantan. Sanggup pula tue cari kesalahan2 kelantan. Semata2 nak tunjukkan kebencian dorang tue berbaloi.
Semua neh jasa rtm dan tv3 lah. Sebab menanamkan kebencian kepada negeri kelantan sehinggakan budak2 kelantan dibenci tak pasal2. Sampaikan ada kelantan haters kat malaysia neh. Cuba korang fikir negeri2 lain ada ke hater? Takde kan? Nampak tak? Kebencian melulu. Aku cadangkan korang2 yang benci kelantan elok kenal dulu apa itu kelantan sebelum sibuk2 nak benci orang. Kalau nak benci kezaliman ada maafnya lagi. Ini benci semata2 kerana ia kelantan. Asal kelantan ko benci. Ko memang bongek lah kalau itu sikap ko.
Tiada ulasan
Catat Ulasan