Penguatkuasa agama cedera ditumbuk ketika tahan suspek khalwat
Dah lah tak malu buat maksiat lepas tue tunjuk perangai gangster pula kat penguatkuasa. Dasar gampang. Tak sedar diri ke apa yang ko buat tue satu DOSA? Bahlol lah jantan macam neh. Siap nak main dengan perempuan muda berusia 17 tahun pula tue.
Memang lah salah perempuan tue gak sapa soh suka2 menderma "dara" kat kaum lelaki kan. Tapi jadi lelaki tue biarlah ada tanggungjawab sket. Takan budak2 17 tahun pun ko sibuk nak balun beb? Takde ahti perut ke? Haizhh rosak lah akhlak muda2 remaja sekarang. Taktahu dah cara terbaik nak bantu mereka melainkan ada undang2 ketat yang boleh mengawal masalah moral macam neh.
BESUT - Seorang pegawai penguatkuasa Syariah Pejabat Agama Besut cedera di muka apabila ditumbuk seorang lelaki yang cuba ditahannya kerana disyaki berkhalwat di chalet kawasan Air tawar di sini tengah malam tadi.
Ketika pemeriksaan di sebuah bilik chalet itu, pegawai berumur 33 tahun bersama dua rakan setugasnya mereka mendapati seorang lelaki berumur dalam lingkungan 27 tahun tinggal bersama pasangannya berumur 17 tahun yang berasal dari Kampung Jerimpong, Kuala Balah, Jeli, Kelantan.
Beliau kemudian mengarahkan pasangan itu mengemas pakaian masing-masing untuk dibawa ke pejabat agama tetapi lelaki berkenaan enggan dan telah menghubungi lima rakannya yang tiba dengan dua buah kereta.
Suspek telah melepaskan tumbukan ke muka pegawai itu dan merampas kad pengenalannya yang dipegang oleh pegawai berkenaan dalam satu pergelutan yang turut dibantu oleh lima rakannya.
Bagi meredakan keadaan, seorang daripada pegawai penguatkuasa Syariah itu melepaskan satu tembakan amaran ke udara menyebabkan suspek dan rakan-rakannya melarikan diri.
Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Zakaria, ketika dihubungi berkata, suspek utama telah ditangkap manakala rakan-rakannya telah dikenal pasti dan polis sedang memburu mereka.- Bernama
Sozcyili : ada kaitan dengan p...... tak? ha ha ha
Tiada ulasan
Catat Ulasan