t>

Breaking News

Google salahkan penggodam komputer China kerana ceroboh Gmail

SAN FRANCISCO: Google Inc. menyalahkan penggodam komputer China kerana menceroboh akaun email peribadi Gmail milik ratusan orang termasuk pegawai kanan kerajaan, kakitangan tentera dan pejuang politik. 

Pencerobohan yang didedahkan itu adalah kali kedua berlaku dalam 17 bulan yang dikesan Google terhadap China sebagai pangkalan bagi skim yang bertujuan menggodam maklumat dalam rangkaian komputer Google.Kejadian berkenaan dikatakan
tidak mempunyai kaitan dengan pencerobohan lebih kecanggihan berpusat di China pada lewat 2009 dan awal tahun lalu. - AP

Kalau korang ada menerima email dari google yang meminta password dan butiran peribadi korang dalam apa bahasa sekalipun tolong jangan layan. Meskipun dari akaun yang tertulis google admin @ gmail admin. Tue semua adalah penipuan semata2.  

Gmail yang paling selamat neh pun dah digodam beberapa kali.. bayangkanlah email 1 malaysia? Urmm.. nampaknya projek tue tak jadi lah jawabnya..

Sozcyili : Gmail percuma.. email 1malaysia berbayar 50sen..

Tiada ulasan