t>

Breaking News

Hishamuddin : Tshirt BERSIH 2.0 Haram di pakai!


Tshirt pun boleh jatuh hukum haram? Dasat gila kerajaan neh. Benda yang sah2 haram macam judi sukan slumber plak bagi permit atas alasan kesukanan dan keuntungan cukai ye? Kira memang pelik sangat2 dah situasi kat malaysia neh bila larangan pemakaian tshirt bersih kerana ia ada kaitan dengan perhimpunan yang tiada permit kerana polis memang sengaja taknak bagi permit.

Kalau ikut secara logik akal, bukan hanya perhimpunan bersih 2.0 je takde permit. Perhimpunan patriot dan perkasa pun takde permit gak. Tapi kenapa mereka masih boleh pakai tshirt yang mempromosikan perhimpunan mereka dan dalam masa yang sama peserta bersih tak boleh pakai pula? Baca bawah ;

PUTRAJAYA 29 Jun — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kemeja-T yang menyokong Himpunan Bersih 2 0 diharamkan kerana ia ada kaitan dengan perhimpunan haram itu bulan depan 

“Kemeja-T Bersih ada berkaitan dengan perhimpunan haram maka apa sahaja yang mereka pakai adalah haram ” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini 

Bagaimanapun Hishammuddin tidak mengatakan di bawah undang-undang apa yang soal penjualan pembelian dan pemakaian kemeja-T itu dianggap haram 

Polis mula menahan mereka yang menjual membeli atau memakai kemeja-T berwarna kuning yang tertera mesej “Bersih 2 0” sejak minggu lalu 

Ketika bercakap pada sidang media di sini hari ini beliau juga mengetepikan dakwaan bahawa tindakan polis ke atas mereka yang menyokong perhimpunan 9 Julai ini menuntut pembaharuan sistem pilihan raya bermotifkan politik 

“Di pihak mana? Saya boleh bertanya perkara yang sama kepada mereka ” kata beliau Naib Presiden Umno ini berkata tindakan akan diambil ke atas ahli-ahli Pemuda Umno yang mengepung ibu pejabat PKR malam kelmarin yang didakwa mengugut untuk membakar premis itu 

“Saya memberitahu polis agar melayan mereka macam Bersih Tiada sesiapa pun bebas daripada undang-undang ” katanya lagi

Sozcyili : Nampak sangat BIAS nya pun..

Tiada ulasan