Hukum makan keju dan pizza hut pun ada babi ke?
Semalam menerusi satu kenyataan akhbar yang aku baca kat sini ada memberikan ulasan bahawa ;
1. HP sos ada dna babi
2. tabasco pepper sauce pun ada dna babi.
Memandangkan dia cakap JAKIM yang sahkan ianya ada dna babi, maka aku pun g lah belek2 website jakim dan e-fatwa. Kat e-fatwa aku tak jumpa lagi apa2 fatwa tentangnya. Dan kat website jakim pun aku tak jumpa apa2 statement tentang neh. So dari mana CAP petik kenyataan Jakim neh? Ini betul2 confusing2 lah. Sebab apa ada orang cakap product kedua yang ada dna babi tue digunakan secara meluas dalam pizzahut.
Arhh sudah. Sekarang katakan macam neh. Kalau product no 2 neh betul2 digunakan dalam pembuatan pizza maka bukan kah pizza = pizza berdna-babi? Jadi ada baiknya kalau CAP boleh bagi statement menyeluruh. Dari mana dia tahu yang JAKIM cakap kedua2 product ini ada babi? Dan kenapa jakim tidak mendedahkan hasil siasatan mereka kepada umum? Tiada mana2 media alternatif [kecuali harakah] dan kerajaan yang mengeluarkan statement lagi. Ini kan pelik? Dah menimbulkan suasana ragu2 dan mengacau seluruh minda rakyat muslim malaysia.
Bagi aku jika ada apa2 product yang ada babi ke apa segala bagai yang haram JAKIM kena tampil bagi penjelasan segera. Jangan biarkan pihak lain bagi statement. Walaupun memang sah2 statement itu dari JAKIM sendiri. Sebab ini akan menjatuhkan reputasi dan kredibliti jakim yang memang sedia teruk. Jakim dilihat cukup takut nak mendedah nama2 product yang haram. Apsal? Apa kah yang menganggu bidang kuasa jakim? Adakah jakim disekat oleh individu2 tertentu? Siapa mereka neh?
Jakim kena ingat. Orang islam ialah pembeli utama makanan2 di malaysia neh. Tapi orang islam juga adalah mangsa utama peniaga2 tamak yang gilakan wang daripada memikirkan sensitiviti umat islam. Dan jakim pula nak bersama2 dengan peniaga macam neh? Bagi aku mudah je. Kalau haram cakap betul2 haram. Kalau halal cakap betul2 halal. Jangan bagi umat islam was2 boleh tak?
Yang kat bawah neh ialah hukum memakan keju. Baru aku tahu. ;
Hukum dia bukan halal tetapi harus. So harus makan keju. Tak makan lagi bagus kot? Kalau keju dibuat guna binatang yang disembelih jadi halal aku rasa.
Walau bagaimanapun aku ingat kita kena call jakim dan sahkan sendiri samada product kedua tue betul ke ada dna babi dan kalau betul product itu ada digunakan di pizza hut maka sah lah aku dah makan banyak babi. Adoii.. aku kena samak diri aku sendiri ke apa neh?
Sozcyili : pembabian umat islam.
Tiada ulasan
Catat Ulasan