t>

Breaking News

Mufti : Mualaf yang ramai murtad.

Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid memberitahu, banyak permohonan untuk keluar Islam dibuat oleh golongan mualaf yang baru memeluk Islam. 
“Yang ramai itulah dia, (orang yang) bertukar kepada Islam,” katanya ketika ditanya sama ada majoriti yang memohon menukar agama terdiri daripada saudara baru.

Beliau bagaimanapun tidak mempunyai butiran terperinci berhubung pendedahannya itu. -malaysiakini-

Mufti bagi kenyataan neh berikutan  isu 135 orang islam yang murtad keluar dari islam. Ini bermaksud mereka keluar dari islam mungkin atas alasan telah bercerai dengan pasangan muslim masing2. Selepas bercerai mereka memilih untuk tukar agama. Ini bermaksud mereka memeluk islam kerana perkahwinan. Bukan kerana islam. Perlu ke undang2 perkahwinan mualaf ini diubah bagi membendung gejala murtad? Maksud aku ketatkan sikit undang2 dia.

Biarlah mualaf tersebut ;

1. sudah peluk islam beberapa tahun sebelum perkahwinan.

2. Tahu bersolat dan membaca Alquran

3. Peluk islam kerana hidayah bukan nafsu.

Sebab apa kes perceraian begini kalau diperhatikan memang timbul pelbagai pertikaian. Contohnya anak2 terabai. Selepas itu hak penjagaan anak2 jadi rebutan. Yang lebih parah bila agama anak2 jadi taruhan. Itu yang kita bimbang sebab ia dah masuk bab akidah.

Jangan taktau kalau sang ibu ataupun bapa yang kembali semula ke agama asal, kemudian dapat hak penjagaan anak2 akan mengheret semua anak2 dia masuk agama lain gak. 

Sozcyili : macam baju boleh tukar2.

Tiada ulasan