Ibrahim Ali : 'Cina duduk di rumah' satu nasihat saja
Presiden kumpulan pendesak Melayu, PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata seruannya kepada masyarkat Cina supaya menyediakan stok makanan bagi menghadapi perhimpunan BERSIH 2.0 bersifat nasihat dan bukannya satu ugutan.
Kenyataan itu buat pada perhimpunan mini PERKASA pada Ahad lalu bagi membantah ralli BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini di Kuala Lumpur bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya yang lebih adil di negara ini.
"Bila saya kata masyarakat Cina baik duduk di rumah dan jika perlu belilah bekalan makanan tambahan simpan di rumah, apa maksud saya? Ia bermaksud apabila ada protes, saya tidak lihat orang Cina menyertainya.
"Setahu saya, orang Cina jarang mengambil bahagian dalam demonstrasi jalanan. Demonstrasi kali ini, saya percaya akan disertai oleh orang Melayu dari PAS... dan juga Umno. Kita (PERKASA) akan juga adakan satu.
"Jadi pertembungan adalah antara Melayu dengan melayu. Jadi bagi mengelakkan bangsa lain terheret, saya kata lebih baik bagi orang Cina duduk di rumah. Itu sahaja,” kata Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas.
Apa daaa ibrahim ali lupa kot. Selain dari cina, ada bangsa india kat malaysia neh. Kat sabah sarawak tue hah lagi banyak bangsa. Kenapa tak cakap je macam neh lain-lain bangsa duduk rumah, bangsa melayu je keluar rumah habis citer.
Tapi malas lah nak tuduh2 atau nak letakkan apa2 spekulasi kat sini. Dah ibrahim ali cakap macam tue, terima je lah kata2 dia tue. Maybe gak betul dia lupa kat malaysia neh ada bangsa lain selain dari cina dan melayu.
Tiada ulasan
Catat Ulasan