Isu Facebook: Kementerian Pelancongan sedia disiasat
PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan sedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubungan isu kos RM1.8 juta bagi mewujud, mengurus dan memantau kempen serta promosi pelancongan Malaysia menerusi laman web sosial Facebook dan Google.
Menterinya, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, berkata beliau memang mengalu-alukan sekiranya SPRM mahu menjalankan siasatan terperinci berhubung kes terbabit."Malah, saya sendiri sudah mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Datuk Dr Ong Hong Peng, menghubungi dan 'menjemput' SPRM, semalam (kelmarin) untuk menjalankan siasatan kerana kami memang telus dan tiada apa yang mahu sembunyikan.
"Pada masa sama, kementerian akan terus menggunakan strategi pemasaran baru (media sosial seperti Facebook and Google). Ini perlu kerana kami bertanggungjawab menjayakan sektor pelancongan negara," katanya pada sidang media selepas melancarkan buku Pullman Lakeside "The Jewel In The Crown Of Putrajaya" di sini hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas isu kononnya Kementerian Pelancongan membazirkan peruntukan RM1.8 juta untuk mewujud, membina dan menguruskan Facebook Tourism Cuti-Cuti 1Malaysia seperti didakwa sesetengah pihak sebelum ini, terutama pembangkang.
Baru-baru ini, media melaporkan petikan Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk James Dawos Mamit, memberitahu Dewan Rakyat kementeriannya membelanjakan RM1.8 juta untuk laman Facebook, termasuk perbelanjaan pembangunan, kerja-kerja menyelenggara dan pengiklanan.-BH-
Siasat je ke? Dah selalu sangat kot siasat2 neh ye tak?
Sozcyili : sapa2 boleh siasat, tapi belum tentu ambil tindakan.
Tiada ulasan
Catat Ulasan