t>

Breaking News

[Video] Ibrahim Ali : Masyarakat tiong hua beli lah makanan banyak2, apa sahaja mungkin berlaku selepas 9 julai.


"Tuan-tuan bayangkan perhimpunan BERSIH tidak dibatalkan, mereka teruskan juga, (mereka) tidak umum bahawa mereka akan batal pada 7 atau 8 Julai, saya percaya masyarakat Tiong Hua mungkin ramai-ramai, semua sekali, belilah bekalan makanan tambahan simpan di rumah."Apa sahaja boleh berlaku," katanya.


"Kalau (perhimpunan BERSIH) tak dibatalkan, kita teruskan... Kalau nak tangkap, tangkap semua, asalkan negara kita aman. Jangan buat kekacauan," kata Ibrahim

"Jangan balik, selepas subuh kita akan menuju ke Istana Negara, untuk mempertahankan negara," katanya.

Demi keamanan negara dan rakyat Malaysia, kalau saya berkayuh dengan lidi, saya akan pertahankan keamanan... Membujur lalu melintang patah.

"Kita bukan golongan pengacau, kalau mereka berhenti (untuk berarak) kita berhenti. Kita mahu menghalang tindakan melanggar undang-undang," kata Ibrahim lagi.


"Sebab itu kita buat penentangan bagi seluruh dunia tahu. Jangan bimbang, jangan takut dengan Ambiga.

"Saya sudah dua kali ditahan ISA, saya kenal Mat Sabu, saya kenal pemimpin DAP,"katanya.


"Pemuda Umno nak herhimpun, kita tidak campur dengan Pemuda Umno... Kita rakyat, satu batalion," katanya sambil bertanyakan kepada hadirin siapa yang ingin ditahan ISA.

"Jangan jadi seperti di Asia Barat, kita mahu membantu Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hishamuddin Hussein) kerana kita buat kerja baik supaya rakyat mengikuti undang-undang," tegasnya. -MKINI-






Aku tak faham motif ibrahim ali keluarkan statement di atas. Statement di atas berbaur ugutan dan kecaman kepada kaum cina. Kenapa nak mengugut kaum cina sedangkan perhimpunan bersih ialah perhimpunan rakyat yang berbilang bangsa?

Apakah peristiwa 13 mei 1969 cuba dimainkan semula bagi menimbulkan suasana huru hara dan kekacauan di kalangan rakyat malaysia? Tolong lah yer zaman dulu bukan macam zaman sekarang. Zaman sekarang di sekeliling kita suka atau tidak memang akan bergaul dengan kaum2 lain dalam kehidupan seharian.

Apatah lagi dengan budaya kahwin campur. Aku rasa tak senang dengan ugutan ibrahim ali kepada masyarakat cina. Bagi aku ini hanya akan membuatkan orang cina merasa marah + berdendam kepada orang melayu. Kalau dah macam tue lagi lah sukar untuk kita membentuk perpaduan yang di impi-impikan.

Sozcyili : Kenapa ibrahim ali tidak ditahan kerana mengeluarkan statement hasutan? Maybe menteri taktahu kot.

Tiada ulasan