t>

Breaking News

Khairy Jamaluddin: Waktu untuk amaran sudah berakhir

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, pergerakan itu akan tetap mengadakan perhimpunannya pada 9 Julai walaupun polis memberi amaran akan mengambil tindakan. 
Katanya, waktu untuk membincangkan mengenai permit bagi perhimpunan berkenaan juga telah berakhir.
"Saya rasa (berhubung) isu permit ini, keretapi dah lepas dah.

"Apa sajalah, permit polis, amaran dia nak bagi, pemuda tetap akan hadir.

"Waktu untuk amaran sudah berakhir," katanya lagi ketika ditanya dalam satu sidang media hari ini.

Dalam pada itu beliau turut mengambil peluang untuk memperlekehkan gerakan BERSIH 2.0 yang turut berkeras untuk mengadakan perhimpunan pada hari berkenaan.

Katanya, kenyataan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang boleh mengarahkan supaya BERSIH 2.0 dihentikan, menunjukkan gerakan berkenaan membawa agenda pembangkang.

"Itu (Anwar) tersilap cakap ke, saya tak tahu, tapi tunjukkan aspek agenda pembangkang di sebalik BERSIH.

"Walaupun semalam (pengerusi BERSIH) Ambiga (Sreevanasan) cakap tak ada pihak yang boleh arahkan untuk batalkan BERSIH tapi kenyataan itu bagi gambaran bahawa bagi (Anwar) sendiri ada pengaruh, maknanya BERSIH diberi peluang besar kepada pembangkang.

"Di situ kita nampak prinsipnya telah dikompromi. (BERSIH) dah jadi alat kepada pembangkang," kata Khairy lagi.-MKINI-

Tak silap aku, kerajaan cakap yang berdemo neh boleh rosakkan negara dan menyusahkan peniaga. Kalau di ikutkan macam tue maksudnya kat sini nanti ;

1. bersih

2. perkasa

3. umno

akan menjahanamkan negara pada hari tersebut ke? Mesti tv3 akan laporkan ketiga-tiga komponen neh sebagai pengkhianat dan tak kenang jasa kerajaan.

Sozcyili : kj dulu cakap sapa yang berdemo tue beruk.

Tiada ulasan