[Video] Ismail sabri lupa ke pasal nak kaji harga astro?
Sapa tengok berita kat tv3 hari tue? Kalau sapa2 belum tengok, korang leh tengok kat bawah neh dulu ;
Melalui berita di atas apa yang aku dapat fahamkan ialah ;
1. Kerajaan boleh kawal harga astro kerana ada undang2 yang diperuntukkan untuk mengawal mereka.
2. Kerajaan akan mengkaji kenaikan yang telah di umumkan oleh astro.
Tetapi dari apa yang aku baca kat sini dan hasil maklumat beberapa pelanggan astro mereka telah menerima notis kenaikan astro yang akan berkuatkuasa pada bulan depan. Aku belum terima notis lagi walaupun aku pelanggan astro. Sebab itu aku pelik. Kalau sungguh kerajaan boleh kawal, maka kawal lah ia.
Kenapa kerajaan memilih untuk berdiam diri dan tidak mengawal syarikat astro neh aku pun kurang pasti. Nampaknya cakap2 menteri langsung tak boleh dipercayai. Mereka boleh bercakap dan menaburkan pelbagai janji manis tapi belum tentu mereka mampu mengotakan apa yang mereka berani dan pernah cakap.
Nampaknya kita sekali lagi ditindas dengan beban kenaikan harga barang lah jawabnya.
Sozcyili : Dengar boleh, percaya jangan.
3 ulasan
Ananda krishnan tu kan antara pnyumbng dana terpenting be end... Mesti dia nk kasi untung pnya.. PRU kan dah dekat...
aku rase astro ni termasuk dalam keluarga2 kroni jugak la
Ni best bro!!!
Cool Aje : Kereta Tanpa Pemandu Google Kini Sah Digunakan Dan Dijual
Cool Aje : Pelajar Sekolah Berjaya Mencipta Kereta Jimat Minyak Sehingga 2000 BatuPer Gellen
Trik Aje : Cara2 Nak Unblock Website,Premium Account Dan Pelbagai Lagi Trik
Sejuta Trafik Ke Blog Anda!
dah dpt notis drpd astro sebelum masuk parlimen aritu lagi.
Catat Ulasan