t>

Breaking News

Hebat : Kedai 1Malaysia dapat sambutan

ORANG ramai tidak putus-putus berkunjung ke Kedai Rakyat 1Malaysia. <-- caption BH online   berkenaan gambar di atas.

Harga barangan jauh lebih murah pikat orang ramai membeli-belah 

KELANA JAYA: Harga barangan jauh lebih murah dan berdaya saing menjadi tarikan utama Kedai Rakyat 1Malaysia yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Rabu lalu.Kesannya, ruang niaga berkeluasan sederhana di Stesen LRT Kelana Jaya tidak putus-putus menerima kehadiran orang ramai yang tidak mahu melepaskan peluang mendapatkan pelbagai produk termasuk makanan, barangan dandanan diri dan kebersihan pada harga murah.Antara yang mendapat sambutan adalah rempah ratus, lampin pakai buang, produk dandanan dan kebersihan diri, produk tenusu, kordial, minuman berkarbonat, cecair pemutih pakaian, bijirin, aiskrim, sardin dan air mineral. 

Kedai Rakyat 1Malaysia berkonsepkan pasar mini turut menjual 250 produk dibekalkan pengusaha kecil dan sederhana (PKS) tempatan yang dijenamakan sebagai Kedai 1Malaysia. 

Pelanggan, Nur Hidayu Rabaniyah Manan, 25, berkata Kedai Rakyat 1Malaysia bukti komitmen serius kerajaan membela kebajikan masyarakat yang memerlukan keperluan asas penting seperti makanan pada harga mampu beli, sekali gus meringankan beban rakyat di ibu kota yang terpaksa berdepan kos sara hidup tinggi. 

Saya sendiri terpaksa mengikat perut dan berjimat cermat kerana perlu membayar pinjaman rumah dan kereta. Kini sudah ada Kedai Rakyat dan harga pula jauh lebih murah berbanding tempat lain,” katanya sambil menambah kedai itu juga boleh mewujudkan persaingan sihat dalam kalangan peniaga sekali gus menguntungkan pengguna dari aspek harga. 

Bagi Kelvin Lim, 33, kewujudan kemudahan itu memberi pilihan kepada pengguna dan waktu operasi seawal jam 7 pagi sehingga 11 malam amat praktikal dengan rutin kehidupan masyarakat di ibu negara. 

Beliau yang selalu membeli barangan dapur dan produk penjagaan diri di kedai runcit atau kedai serbaneka 24 jam selama ini, nyata terkejut dengan harga barangan di Kedai Rakyat 1Malaysia yang jauh lebih murah manakala kepelbagaian produknya juga setanding pasar raya terkemuka. 

“Saya juga tertarik dengan pembungkusan produk di kedai ini yang ringkas dan bersih,” kata lelaki berasal dari Pulau Pinang ini yang turut menyarankan Kedai Rakyat 1Malaysia diperluaskan ke seluruh negara kerana ia mampu menggerakkan pembangunan PKS.

Kalau diperhatikan pandangan beberapa individu di atas maka kita boleh simpulkan begini ;

1. Kedai 1malaysia meringankan beban rakyat.

2. Kedai 1malaysia membuktikan bn ialah kerajaan berkebajikan.

3. Barangan di kedai 1malaysia lebih murah dan ada macam2 pilihan.

4. Ada orang terpaksa mengikat perut sebelum neh tetapi kedai rakyat 1malaysia telah membantu dia dalam menjimatkan perbelanjaan rumah.

5. Masa operasi kedai 1malaysia pratikal.

6. Pembungkusan yang menarik dan bersih.

Kesimpulan nya apa? Hukhuk.. aku nak batuk dulu. Korang masing2 boleh simpulkan sendiri guna akal masing2 okeyh.

Sozcyili  : Imej perlu dibina. Ia penting. Heh

Tiada ulasan