t>

Breaking News

Isu Melayu Diserang Malabar Di Klang Palsu


SHAH ALAM – Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah hari ini mengesahkan bahawa maklumat berkaitan kaum Melayu diserang oleh kumpulan Malabar di Klang seperti yang tersebar melalui khidmat pesanan Blackberry semalam adalah palsu.
Beliau turut menafikan bahawa maklumat itu dikeluarkan oleh pihak polis.
“Sehingga kini polis Selangor tidak menerima sebarang laporan polis dari mana-mana pihak berkenaan kaum Melayu diserang di daerah Klang,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pusat Media Polis Kontinjen Selangor di sini.
Sehubungan itu, Tun Hisan memberi amaran agar pihak yang bertanggungjawab dalam penyebaran berita palsu itu supaya berhenti berbuat demikian dengan serta merta.
Kenyataan seperti itu boleh mendatangkan khianat awam dan ia satu kesalahan jenayah sebagaimana peruntukan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan, katanya. – BERNAMA

Motif kepada penyebaran SMS palsu neh apa? Melayu kena serang? Aku harap ianya bukan bermotifkan racist. 

Sozcyili : 1malaysia kan?

Tiada ulasan