Puteri Umno yang di tangkap Khalwat : Tidak Kompromi Salah Laku
Ini lah sebaik-baik tindakan oleh ketua puteri umno. Jangan kompromi dengan sebarang salah laku mana-mana ahli puteri umno samada berjawatan [macam yang kena tangkap neh] ataupun ahli biasa. Mereka memang patut dihukum kerana mencemar imej umno yang juga kerajaan kepada rakyat malaysia.
Memang memalukan di saat umno heboh memperkatakan isu video seks anwar ibrahim dan mat sabu tiba2 puteri umno pula kena tangkap. Di harap tiada mana2 ahli umno melakukan perbuatan yang sama lagi. Bukan apa, dalam pada umno sibuk bongkarkan salah laku orang lain rupa-rupanya terbongkar salah laku sendiri.
Pergerakan Puteri UMNO Malaysia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pemimpin atau ahlinya yang terlibat dengan salah laku moral, apatah lagi disabitkan bersalah oleh pihak mahkamah.Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, beliau akan membawa sebarang isu kesalahan tingkah laku, lebih-lebih lagi yang melibatkan kesalahan yang diputuskan oleh pihak mahkamah ke peringkat Majlis Tertinggi UMNO sekiranya perlu.“Kita tegas dalam menghadapi kerenah disiplin Puteri UMNO, tidak kira di peringkat kepimpinan negeri, bahagian atau cawangan, kita akan ambil tindakan.“Tiada tolak ansur dalam isu salah laku atau moral, terutamanya pemimpin, mereka membawa imej Puteri dan kita tidak mahu imej Puteri dirosakkan dengan unsur-unsur tidak bermoral,” katanya yang ditemui di Parlimen, di sini hari ini.Mengulas lanjut, Puteri tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang disabitkan kesalahan oleh mahkamah perundangan Malaysia dan memandang serius dengan kesalahan sedemikian.Beliau diminta mengulas mengenai kes Ketua Puteri UMNO Bahagian Jerlun, Yusmawati Yaacob, 31, yang hari ini didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Jitra atas tuduhan khalwat dengan seorang lelaki, Mohd Jasmi Ismamil, 47. -mynewshub-
Berita penuh disini
Tiada ulasan
Catat Ulasan