Kenapa coke dan air ribena haram part II?
Rasanya ramai yang tak faham perkara pokok ataupun persoalan yang ditimbulkan pada entry yang neh. Bagi mereka apabila kita mempunyai persoalan dalam satu-satu pandangan ahli agama maka kita digelar sebagai jahat dan sesat.
Aneh. Bila mereka mengecam ulama kerajaan mereka tak fikir perkara yang sama seperti yang aku fikirkan. Bagi mereka ;
ulama kerajaan = sesat lagi menyesatkan.
ulama bebas = bagus lagi membaguskan
Adakah penilaian ini adil dan saksama? Soal hidayah bukan ketetapan aku atau ko. Ataupun mana-mana manusia. Soal hidayah ialah urusan Allah swt. DIA berkuasa memberi dan menarik dalam pada bila-bila masa yang DIA kehendaki.
Fahami masalah pokok. Ulama ialah manusia sama seperti kita. Kita tidak taksub kepada manusia. Manusia itu biasa melakukan kesalahan. Yang kita tahu ilmu islam kita kena pelajari. Bukan mengikut tanpa fahami ataupun membuta tuli.
Zaman budak-budak dulu, bila ibu suruh solat, kita solat. Tapi setelah kita besar sebagai orang islam sudah tentu kita akan cari ilmu yang berkaitan solat.
1. Kenapa kita kena solat.
2. Kenapa solat wajib
3. Kenapa orang islam ada rukun dan tertib
4. Kenapa orang islam ada pelbagai solat
Apakah ilmu tidak penting? Adakah sampai bila2 kita nak jawab Allah swt berfirman solat itu wajib, maka wajiblah. Ko nak cakap banyak buat apa ? Adakah ini jawapan kita sampai kita meninggal kelak?
Kita kena faham kenapa kita bersolat barulah kita boleh sayangi solat kita. Walaupun kita belum cukup mahir dalam ilmu persolatan kita jangan tinggal solat. Kita buat dalam masa yang sama kita cari ilmu supaya kita sayang apa yang kita buat.
Inilah yang aku tekankan dalam persoalan kenapa coke dan ribena itu haram.
Bagi aku, aku sudah faham kenapa kita tak boleh beli coke. Aku tahu coke bantu bagi modal kepada israel untuk bunuh umat islam. Sekali sekala ada terlepas minum. Tetapi bukan di kfc. Itu pepsi da. Aku pun terlupa. Dah air dia rasa sama je. Heh.
Aku sokong kita boikot coke. Tetapi aku mahu kita boikot atas perkara yang sahih. Sahihnya disini ialah ;
coke = bunuh umat islam = kita umat islam boikot = buat fatwa supaya umat islam haram minum coke.
STOP! Ini asas pemboikotan kita.
Yang tak sahihnya ialah macam2 cerita wujud bagi menambahkan perisa supaya kita boikot coke. Ini tak betul. Kita memang kena berjuang. Tetapi apa sebab kita nak menang? Perjuangan dan kemenangan ialah dua perkara yang berlainan.
Bagi membolehkan umat islam boikot coke maka kita cipta radix cola. Ini bagus. Ini satu alternatif yang cukup bagus dan bijak.
Tetapi ada segilintir umat islam sebarkan perkara yang mengarut. Dari botol coke, tin coke, tulisan coke, penciptaan coke, air coke semua nya dikaitkan dengan penghinaan coke ke atas islam.
Apa neh weh? Bunuh umat islam dia memang salah. Tapi kita reka cerita untuk fitnah dia adakah ini perkara betul pula?
Nak boikot, kita boikot. Sama-sama kita boikot. Tetapi jangan cipta perkara yang tidak benar supaya agenda boikot ini berjalan lancar. Ia tidak akan berjalan lancar. Allah swt tahu isi ahti kita. Sehebat mana pun kita, kita tak mampu menipu Allah swt der. Jangan buat cerita untuk raih kemenangan. Kita berjuang, kita tak hadap kemenangan pun. Kita hadap kebenaran. Dalam mencari kebenaran kita tak boleh gunakan medium menipu untuk berjuang.
Sebab akhirnya ini akan menimbulkan masalah kelak. Kena ingat ya. Kebenaran akan kekal menjadi kebenaran. Coke membunuh umat islam ialah satu kebenaran. Kita mencipta pelbagai dogengan untuk memaksa umat islam boikot coke ialah satu kebenaran yang lain pula.
Kerana akhirnya apabila kebenaran2 ini tersingkap kelak, maka yang terlungkup itu ialah kita. Itu sebab ada orang memilih untuk boikot dan ada orang memilih untuk tidak boikot. Kerana sesetengah dari mereka tahu dan sesetengah dari mereka tidak tahu asas kepada pemboikotan coke kerana pelbagai versi cerita telah diwujudkan. Inilah akibat yang membuatkan mereka akhirnya kembali sangsi dan meminum semula air coke.
Begitu juga dengan persoalan kenapa air ribena itu haram. Aku sebenarnya fikir bahawa ribena itu diperbuat daripada anggur = grape. Tapi rupa-rupanya ribena = blackcurrant. Aku tidak tahu jika kedua-dua jenis buah ini berada dalam kelompok keluarga yang sama.
Tetapi aku tahu bahawa ada ramai ulama di malaysia. Ada banyak ustaz di malaysia. Andai benar ribena ini haram maka sudah tentu bukan hanya satu ustaz sahaja yang akan membangkitkan isu neh. Kita tolak ulama kerajaan kerana ramai di antara kita malahan aku sendiri kadangkala sangsi dengan kata-kata mereka. Tetapi aku jenis suka mengambil tahu dulu point2 mereka. Tak bermaksud apa2 yang hadir dari ulama kerajaan adalah salah semua nya. Dan tak bermaksud apa yang lahir dari ulama bebas adalah wajib menjadi pegangan kita.
Dalam isu air ribena neh aku cakap dengan jujur bahawa aku minum. Dan akan terus minum. Meminum air ribena bukan bermaksud aku menghina ijtihad ustaz azhar idrus. Ijtihad dia aku hormat dan akan kekal hormat. Tetapi ia tidak mewajibkan aku buat masa sekarang sekurang-kurangnya untuk menghentikan minuman air ribena. Apabila aku tidak berpegang dengan kata-kata dia ramai yang menyangka aku menghina dia. Padahal aku bukan menghina dia ataupun menghina mana-mana hukum kerana meminum air ribena belum difatwakan sebagai haram di malaysia.
Aku tidak akan tunggu mana2 fatwa turun barulah berhenti meminum itu ini. Sebagaimana aku boikot coke. Aku cuma mahukan dalil dan nas yang jelas mengatakan bahawa air ribena itu haram di minum. Itu sahaja. Aku tak kata ustaz azhar idrus bagi nas yang tidak jelas. Aku tak nilai dia. Sebab versi video ialah versi edit. So aku bukan nilai ustaz. Cuma bukti kukuh yang mewajibkan aku untuk menghentikan minuman air ribena belum lagi sampai kat aku. So aku tiada alasan untuk mengharam yang halal ke atas diri aku sendiri.
Nota : kadangkala aku minum coke yang dibeli orang. Tahun lepas aku pernah membeli coke sebanyak 2,3 kali agaknya ketika dalam perjalanan naik bas. Tetapi usaha untuk boikot coke akan diteruskan insya-Allah.
Nota : Jangan mengaitkan semua perkara dengan zionist sehingga terbukti ia ada kaitan dan menjejaskan umat islam.
Nota : Jangan mengaitkan semua perkara dengan zionist sehingga terbukti ia ada kaitan dan menjejaskan umat islam.
Tiada ulasan
Catat Ulasan